salam.
Pagi tadi seekor pepatung tersesat masuk ke dalam kelas aku. Anak-anak murid aku yang sedang menghafal surah-surah terhenti bacaan mereka kerana tumpuan mereka telah beralih kepada pepatung itu. Mata mereka mengikut ke mana arah pepatung itu pergi dan akhirnya ia hinggap di alat bantu mengajar yang tergantung di tepi whiteboard.
Bila seorang bangun untuk melihat pepatung ini dari dekat, yang lain-lain juga turut bangun. Semuanya berkerumun mendekatinya. Hairannya, pepatung itu tidak berganjak.
Eii.. tak boleh usik lah..
Kita tak usik pun.
Ummu, apa tu.
Dragonfly.
Dragonfly!!!....
Bergema satu kelas.
Ummu, nanti kat hidung dia keluar api ek.
Kenapa hajar kata macam tu.
Ye la.. kat tv tu kan dragon keluar api kat hidung dia.
H'a.. yang itu dragon. Naga. Yang ini dragonfly. Pepatung.
Pepatung? hehe.. macam anak patung je..
Bila selesai bersoal jawab, anak-anak akhirnya balik duduk di tempat masing-masing. Pepatung ini masih di situ bila kami menyambung bacaan surah yang tadinya terhenti. Dan aku tidak sedar bila kala dia terbang entah kemana.
Pepatung. Satu ciptaan yang amat cantik. Ia mengingatkan aku pada zaman aku masih kanak-kanak, mengejar dan menangkap pepatung yang kemudiannya di sumbat ke dalam plastik. Sudahnya pepatung itu keras kejang tidak bernyawa. Dan aku merasa nikmatnya berbuat demikian. Seringkali berbuat demikian. Aku pohon Allah sudah mengampunkan dosa aku itu.
kakpah

25 comments:
salam kakpah,
errr saya juga buat begitu masa kecik2 dulu. -_-"
Cantik kan serangga ni....
Macam helikopter pun ada..
Orang Jawa panggil 'kinjeng'.
totyati, salam. bersama kita menjadi manusia ganaz satu masa dulu..
cklah, ooo kinjeng. dah bertambah satu lagi vocab kakpah ni hehe..
salam kak pah..
hehe anak2 bandar...mana nak kenal serangga2 mcm tu...saya kecik2 dulu..suka sgt kejar2 pepatung...warna warni..cantik..
cantekknyer..
pandai betul kak pah amik gambo kan.. :)
anak2 ena pun tak kenai mende nie.. huhu..
org perak panggil cakcibor....
.
Mereka ingin tahu dan...confused!
dia nak menghafal surah juga :)
kecik2 tangkap pepatung sebab nak letak kat pusat adik biar dia tak kencing malam kononnya,sungguh jahat,hahahahaha.
kamsiah, itulah beruntungnya jadi anak kampung
ena, kebanyakan anak bandar tak kenal yang pelik2.
tm, nama cakcibor tu sedap didengar...
kaknora, betul tu
kog, agaknya lah. aku tak sempat nak tanya.
juliet, tak penah plak dengar petua tu. tak semenggah tu ko ni..
Salam kakpah,
Mengingatkan saya waktu lampau.Pagi2 menangkap pepatung bersama abang lepas tu masukkan dalam plastik.
Kadang2 ada juga tersesat ditaman keliling rumah saya.
dulu2 lepas tangkap pepatung, ikat bontot dia dgn benang... err.. bukan ikat, tp cucuk ngan jarum.. tp pepatung tu mcm tak rs skt pun ... ampun pepatung
.
.
bila pepatung tu terbang, jd mcm lyg2.. :D
Saya masa kecil pun suka tangkap pepatung bila pergi rumah nenek. Letakkan gam di hujung lidi dan tunggu pepatung tu hinggap. Lepas tu mesti terletak kaki dia hehehe
Tapi taklah cucuk bontot dia dgn jarum mcm yg kts buat tu.
sekarang susah betul nak jumpa pepatung...dulu kecik-kecik suker gi tepi sungai..kat situ memang banyak pepatung..
bdk-bdk kecik byk btl imiginasi dia orang.
tak sangka kts main belakang.
kepaknya rapuh.... eh! panggil kepak ker?
marin maso kocik2 kan kak.. ambik lidi penyapu.. sapu getah nangka.. p letak kat tepi parit depan umah buat perangkap pepatung tuh.. kdg2 kecian sayap dia kena getah nangka tuh.. tuhlah kan kak masa kecik2 xingat kita musnahkan makhluk Allah.. arwah nenek dulu selalu marah kitorg.. selalu dia ingatkan lepaskan pepatung tuh ;)
zaitun, salam. pepatung ni comel. sebab tu kita bebudak suka menghambatnya..
kts, mak datuk ai.. tak sangka ko lebih kejam dari aku.
yb, tak sangka ko pun suka nangkap pepatung gak.
erk.. kts tu memang..
ina kl, haah, kat tepi sungai, tepi bendang, memang banyak pepatung ni..
juliet, wakaka... hilang kata2 aku..
maksu, erk.. sayap?
iina, nenek akak pun selalu marah suruh lepaskan. tapi maso kekocik dulu ikut hati yo. Cakap orang tuo taknak donga....Memang ganeh botul.
salam hajjah
bebudak dulu rasanya ramai yang lebih brutal lagi....
Kak Pah...bebudak ni banyak tengok citer dongeng...bila ada nama dragon aje ...mesti keluar api dari hidung...hahahaha
azani, salam. dulu2 game lebih menjurus kepada aktiviti fizikal..
skang lebih banyak duduk depan pc je. sebab tu la kot.
anie, haha.. banyak tengok citer dongeng, banyak dengar citer dongeng..
".. mengejar dan menangkap pepatung yang kemudiannya di sumbat ke dalam plastik..."
huhuhu... kak.. tiny pon sama... huhuhu... pastu kena marah ngan ayah dan mak.. katanya, jgn buat dah!!.. kalau tidak, nanti pepatung tu sumpah kita mati camtuh jugak.. nauzubillah...!!..
p/s: dan lagik, suka amik benang dan ikat kat badan dia.. pastu lepas kan bagi terbang.. dh jadik cam layang-layang pepatung plaks.. hehehe... opssss!!!....
tiny, masa kecik dulu tak ingat dah dosa ke, zalim ke... yang tau seronok. Agaknya budak2 kampung sekarang ni ada lagi tak buat menda macam tu ek..
banyaknya dosaaaa ....
Post a Comment