Salam.
Ada sesuatu yang mencuit hati aku. Bukan mahu ketawa tetapi lebih kepada memendam rasa geram.
Sepanjang yang aku ingat, aku tidak campur tangan tugas-tugas guru dalam membentuk anak-anak aku di sekolah. Aku percayakan mereka. Cuma sekali aku berjumpa guru matematik kaklong semasa dia dalam darjah 3 atau 4. Itupun kerana kesilapan cikgu itu menanda buku latihan matematik kaklong dalam menyelesaikan masalah pencerakinan. Jawapan yang kaklong berikan salah tetapi cikgu menandakan betul dan kaklong menangis-nangis mengatakan yang aku salah dan cikgulah yang betul.
Aku berjumpa cikgu itu supaya dia dapat memberitahu anak aku yang jawapan itu sebenarnya salah. Aku tidak menyerang tapi meminta jasa baiknya. Pada anak-anak, apa cikgu cakap itulah yang betul. Apa cikgu buat itulah yang betul.
Semalam, sepasang ibu bapa yang berbapakan seorang datok, datang memarahi guru aku yati. Masalahnya bukanlah besar sangat dan boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu meninggi-ninggikan suara. Yati cuma tersilap menandakan buku matematik anaknya. Jawapan yang salah ditanda rait.
Apa dia tidak mengambil kirakah yang anaknya bulan satu haritu tak pandai buat matematik langsung. Mengira sampai sepuluh saja. Tetapi sekarang boleh buat operasi seperti 23+48-13.
Budak darjah satu pun belum tentu boleh nak kira macam tu. Tidak bolehkah memaafkan kesilapan yang kecil itu dan tidak boleh berterima kasihkah di atas usaha cikgu aku menjadikan anaknya pandai.
Katanya kesilapan itu boleh merosakkan masa depan anaknya.
Rosak? Tak paham betullah aku.
kakpah
26 comments:
pegi kung kung kung kepala dia
mslh pemikiran datok tu hurm...
Kak pah...geram kan kadang dengan ibubapa yang suka-suka aje nak marah cikgu...kadang bukan besar pun kesilapan cikgu tu...kenanglah jasa cikgu itu...
Kadang2 mereka itu terlalu memanjakan dan mengambil berat hal2 yang tak sepatutnya menjadi isu..
ye kakpah..
anak2 ni.. lbh dgr ckp cikgu dr kite.
dan
kite sbagai ibu bapa kalau menegur cikgu tu kene la cara yg berhemah.
x bagus la mak bapak bdk tu sergah cenggitu. xkira la ada pangkat ke hapa. xkan la xder rasa hormat walau sedikit pd guru ank dia.. scr tak langsung diorg dh tunjuk cnth x baik kt ank sndr.
ni sapo yg merosakkan masa depan anak ni...
ibu bapa sekarang menakutkan...
antara banyak2 cikgu... cikgu tadika la yg paling Maria kagum : sabar je ngan budak2 yg tak tau ape, lepas habis tadika 6 thn bole membaca n mengira utk persediaan ke darjah satu... susah tu, cikgu sek kebangsaan mengembangkan lagi kemampuan murid tersebut... yg tadika ni la paling banyak cabaran... respect kat cikgu tadika... dan itu juga salah satu sbb kenapa Maria berazam nak buka tadika sendiri satu masa nnt... puas bila tengok murid jadi pandai :)
dia nak tunjuk yg orang berpangkat macam dia buleh marah org sesuka hati.
Kalau mcm tu lah perangai dia saya tak hairan kalau satu hari nanti anak dia rosak. Cakap ibubapa ni doa.
Ada seorg ustaz baru berpesan kalau masuk kawasan sekolah, ibubapa tinggalkanlah pangkat di pagar sekolah. Jgnlah kerana ada title dato' atau pangkat Jusa lalu memandang rendah kpd guru.
ckLah pun berdebar menanti "Hari Ambil Kad Kemajuan" bulan depan....
Tambah2 kelas ckLah yang ibu bapanya ramai'somebody' tu...
Mesti nanti ckLah akan tundukkk dan terkebil2 menerima pelbagai komen macam selalu...hu..hu..
imah, nak kena kung kung balik ade la
wan, ego
anie, tu la pasal. benda kecik je. cikgu bukannya tak boleh terima teguran. tapi kenalah berhemah..
kakngah, cikgu pun tau malu gak kena marah-marah macam tu. kena sergah2 macam tu nasib baik tk sakit jantung..
lilies, ha.. tang tu yang aku tak pueh hati tu.
kog, ibubapa yang panas baran je yang macam tu.
ejamaria, budak2 datang ke tangan kitorang ni kebanyakanya datang KOSONG, tak tau apa-apa. Kitorang nilah yang ajar semua peringkat permulaan tu. Pegang pensel, menulis, mengenal... dan bila akhirnya mereka pandai, kami dapat satu kepuasan yang takde tandingan. Parents yang faham akan ucapkan terima kasih.
juliet, dia belum tengok taring aku lagi tu..
yb, aku suka pesan ustaz tu. Tak payahlah tunjuk besar depan cikgu2 kecik macam kami ni.
cklah, haha.. satu lagi yang nak kena tahan leteran.
hari report card kami pun bulan depan gak.
Untuk menjadi seorang cikgu bukan mudah.. kena banyak sabar melayan kerenah murid.. kadang2 juga kerenah mak bapak.. yang juga tak kurang hebat.. setiap manusia buat kesilapan.. takde yang tak pernah buat silap.. tapi bukanlah jadi hak kita untuk sesuka hati memarahi seseorang dan merendahkan nilai seseorang hanya kerana merasakan diri kita lebih baik atau hebat dari mereka..
Yang penting niat yang ikhlas tuh kan kak.. ;) Buat cikgu yati harap dia tak rasa serik nak mendidik lagi..
Sedangkan Nabi ampunkan umatnya...
Namanya pun 'manusia biasa' kakpah....!!!!
Saya pun tak faham parents yang 'action 'tu, buat 'sweeping statemnent' without thinking
kerek lebih tu kak...
.
kak pah..sian kan cik gu kak pah tu..tu baru lagi tu kak pah..kalau dah sekolah betul nanti...silap msikit serang..silap sikit marah..mau tak de yang berani mengajar anak dia..yang kesian anak la..
salam kak pah,
wah! dah terer tu, budak tadika pandai tambah bahagi nombor besar camtu. kesian yati, saya juga penah merasa jd guru.
alahaaaaiii... mak pak yg camni la yg sbnrnya meROSAKkan masa depan anak
.
.
ooppppssss.. sori DATOK
iina, jadi cikgu pada budak2 tua rasanya mudah lagi dari segi nak berhadapan dengan kerenah parents ni.Kau ngaja kat upsi tu ado kono sorang dongan mak bapak tak hehe...
nizam, ko nak suruh aku ampunkan dia ke atau suruh dia ampunkan kesilapan ckgu aku.
yelah... kitorang ni takde la simpan dalam hati dan dendam2 plak. anak dia kena ajar macam biasa je...
tokma, betul.. manusia mana yang tak buat silap.
kaknora, jadi guru besar dulu banyak tak kerenah macam ni..
TM, haha aku ingat pun cam tu gak.
erna, aku tengok yati tu selambe derk je.
indahouse, bdk2 6 tahun kami dah ajar macam2. Kadang2 terlebih pandai drpd budak sekolah drjh 1.
kts, ko kutuk dia pun dia takkan tau nye. Takde nya dia nak jumpa blog aku ni..oooopss...maap tuk..
Salam kakpah,
Memang ada segelintir parent yang ada nama dan pangkat suka menyerang walaupun kesalahan tu tak sebesar mana.Apa salahnya dia datang jumpa cikgu bertanya dengan elok, saya rasa kita lebih hormat pada orang yang beradab walaupun dia seorang pengawal keselamatan.
itu namanya sombong bodoh
zaitun, betul tun. Kalau kita salah bukannya kita taknak mengaku silap. Nak tegur, tegurlah.. Takyah lah mengamuk2.
pb, haha.. tu ko yang cakap kan? bukan akak hehe..
Post a Comment