Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, May 27, 2010

REMOVE YOUR CAR, PLEASE...

Salam.

Orang kata (tak taulah orang mana), orang perempuan ni kalau bawak kereta, main baaaawakkk je. Tak tahu nak cek angin ke, cek minyak hitam ke, cek itu ke, cek ini ke.. Aku bukanlah nak marah pada orang yang mengata tu sebab memang iya pun. Aku kalau bawak kereta, aku masuk dalam kereta, duduk, pasang seat belt (pakai seat belt pun sebab aku dulu dah kena saman ) dan broommm aku jalan.

Beberapa hari lalu macam tu lah. Aku ambil kunci, start kereta, jalan. Sampai pertengahan jalan aku tengok lampu tangki dah menyala. La, minyak dah nak habis. Aku tengok kiri kanan tak ada pula stesen minyak. Tapi dalam perkiraan aku, sempat lagi la sampai ke tempat yang dituju.

Imah, balik nanti ingatkan mak isik minyak.

Dah selesai gedebak gedebuk, kami pun balik.

Mak, jangan lupa isi minyak.

Mak, kat depan tu ada esso. Isi minyak.

Makkkkkkk!!!!!!!!..

Screeeeeeeetttttttt..........

h'a nasib baik tak terlepas.


Aku kona masuk esso dan parking betul-betul cantik sebelah pam minyak.

Mak malas nak turun. Imah jelah yang isikan.
Aku hulurkan kad visa.

Aku duduk relek sambil jari mengetuk-ngetuk stereng. Aku tengok ada perempuan tergedik-gedik berjalan menuju ke kaunter dan otak aku mula nak mengata. Tiba-tiba imah ketuk tingkap.

Mak, dia kata remove car.

Sapa kata.

Ni ha.. kat screen ni, ada tulis remove car.

Nak remove car ke mana pulak. Kan dah betul dah parking ni. Nak isik minyak kenalah paking kat sini. Kalau remove car camana pulak nak isik minyak.

Imah angkat-angkat bahu.

Mata aku melilau mencari kalau-kalau ada bangla yang kerja di situ. Sambil tu mulut aku membebel-bebel, ...kat tempat lain takde pun suruh macam tu....bla..bla...ni yang aku nak hot ni..bla..bla.. manalah bangla ni sorang pun takde nak tanya..bla..bla..

Bebelan aku terbantut bila imah ketuk tingkap lagi. Kali ni dia tersengih-sengih macam kerang terlebih rebus. Aku turunkan cermin lagi.

Mak, kik..kik..kik.. sebenarnya kan kik..kik..kik..

Cakap jelah... terkikik kikik plak..

Sebenarnya kan..kik..kik.. dia suruh remove card...kik..kik.. Huruf d dia hilang..kik..kik..


Aku tak jadi nak marah. Tergelak besar adalah.

Hidup aku takkan sempurna tanpa anak-anak aku.

kakpah

25 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Yang sebonar 2x5 yo anak ngan omak eh.

kakcikseroja said...

Kakacik tidak memandu.. tapi bila kakcik duduk sebelah pemandu, kakcik selalu jadi tukang bebel. Membebel kepada pemandu yang sedang memandu di sebelah kakcik yang suka sangat mengata pemandu wanita!

little diary said...

lahhhh.. remove card upanya. *gelak guling guling*

mamarempit said...

samo la ngn den...tau bawk yo.. :P

kakngah said...

kok tak.. sesio yo bangla tu kono sebijik...
hahhaha!!!

ejaMaria said...

hahaha... pakai 'card' lagi...

KAKTINY said...

aiyaaarrrkkkk.... remove car!!.. hahaha... naiya kalau sapa yg guna kad kena remove car.. untung sapa yang slot in lepas tu, dpt isi FREE.. kehkehkeh...

julietchun said...

kakpah, kts pesan suruh makan kismis, elok utk ingatan,eheheheeh

Tijah said...

sey ghoma p shell dr petronas sbb situ biaso buleh bayar kek pump. malehhhhhhh la nak jln ke kaunter jauh2 buto tu...

tasekM said...

aku lagi keji kak. aku akan cari petrol pump yg ada org nk tuangkan minyak. sbb aku tak reti nk tuang. hahaha... sungguh ngok, kan...?




.

Ena said...

kakpah,

sy pun nak tompang kih kih kih juge la..

kih kih kih..

kih kih kih..

kih kih kih..

=P

Yunus Badawi said...

Pakai kad kenapa pulak kena pergi ke kaunter? Takde cardreader kat pam tu ke?

a kl citizen said...

kak pah memang pandai buat lawak...

kakpah said...

yati s. haha..

kakcik, yang sebenanya kan kakcik, pemandu wanita ni lah yang berhemah berbanding ngan lelaki kan?

little diary, hehe..

mamarempit, selalu kono komplen apasal tak cek minyak hitam? dah koring...

kakngah, kono duo tigo bijik.

kakpah said...

ejamaria, pakai kad ni senang. takyah nak jenjalan pegi kaunter. takyah keluar duit hehe..

tini, takder.. takder.. mana aci camtu. kalau takleh masuk minyak haritu, aku komplen cekak pinggang kat menejer dalam tu.

juliet, ni sapa yang pesan ni. kts ke nko. Sini kismis in demand. Stok tak cukup. apa kata ko hadiahkan je akak kismis buat stok sampai ujung tahun hehe.

tijah, akak selalu poi petronas gak tapi dah emegensi ni apo yang ado akak tibai je la. Kek esso tu pun ado slot masuk kad kek pump dio. takyah poi kaunter.

tm, kat sini bangla dah kurang kerja kat petrol pump. Sumer kena buat sendiri. Sepatutnya kita dapat diskaun kan sebab isi sendiri?

kakpah said...

ena, hahaha...

yb, ko ni bacalah n3 aku betul2. Ko dengan tijah ni lebih kurang je ar...
Kad tu masuk kat pam tu lah. Pasal tu bila dah read card tu, dia suruh remove. Yang ke kaunter tu ada perempuan sapa tah yang jalan tegedik-gedik..
Itu la.. banyak lagi makan kepala ikan bilis kehkeh...

cikgu nomah, haha..

iina said...

wakakakah kak.. tergelak den.. bkn benda tuh dio tulis lopeh gores kad kat mesin ke.. hahahaha.. ingatkan ada signboard bosa tulih 'remove car'.. wat lawak sungguh ler hehehe.. kim salam lawak ngan dio yo kak ;)

kakpah said...

iina, haha.. iyo lah. bilo masuk kad, lopeh tu dio suruh remove card. tapi sobab 'd' dah hilang, jadiklah remove car. wakaka.. adui.. ponek den togolak.

xiiinam said...

Hi..hi..hi...





Haih..ckLah nak remove body ke dapur japlah....nak cari baki nasi ambeng berbuka tadi

Kak Nora said...

saya tumpang ki, ki,ki... tak pasal-pasal narah mat bangla.

Zaitun said...

Saya pun macam kakpah, taunya bawa kereta aje yang lain tak pernah diperiksa.

mamawana said...

salam caiyang....

Gelak dulu pasal remove car tu......ekekekekekekkk.....

Nak tambah skit...Mama kalu nampak mat bangla kena ngelak selalu bab elergic bauuuuuu. Kalu takleh gak ngelak... tahan napas sambil berurusan...

CikguIna said...

salam.
lawak la k Pah...
saya yg baca ni pun rasa panik...apsal pulak kena remove car?
minyak habis ke?
kalau kena kat saya....mesti saya bebel mcm k Pah jugak

DrSinga said...

fes... nak gelak kikkikkik jugak...
and... dua2 beranak dah kena pakai spek!!
2nd... apa jadik kat minah jalan tergedik2 tu... :)

kakpah said...

cklah, ada lagi nasi ambeng?

kaknora, hihi..

zaitun, tu yang selalu kena marah tu

mamawana, alamak.. pasal bau tengik ni kakpah pun tak leh napas.

cikguina, hidup ni penuh dengan lawak semulajadi.

drsinga, fes, hihihi..anak pakai spek. mak dah buat lasik.
dua..sebab dah marah tak tau apa dah jadi dengan minah tegedik2 tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...