Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, May 26, 2010

Kaka

Salam.

Tadi ke tesco. Minggu ni jadual membeli barang-barang kena ubah sebab hari jumaat nak pergi cameron highland. Ya.. tak silap baca. Jumaat ni bawa guru-guru ke cameron highland sempena sambutan hari guru.

Sampai ke paras atas tesco, aku nampak muka yang aku kenal sedang duduk bersenang lenang.

Woi.. relek nampak.

Arrrrrrr......kkkaaakkk pppaaahhhh.......... mmmehhhh lllllaaa jjjjooiinn....

Tak kuasa aku. Nak cepat ni.

wwwookeyyyyyy...

Aku nak tergelak tengok badan dia bergoyang-goyang atas kerusi urut. Kalau setakat urut belakang sikit-sikit dan lepas tu goyang-goyang lebih kurang, tak boleh celenlah bibik aku.

.
.
.

Habis menyoping terasa pula tekak aku kering dan perut krak kruk krak kruk. Aku ajak siti singgah restoren bunga raya di lantai bawah tesco. Aku teragak nak makan mee kari tapi menu harini tak ada pula mee kari. Aku oder kuetiau goreng dengan air teh dan siti mintak mee goreng takde udang.

Tak mau udang tau.

Wokeh.

Tapi bila sampai udang berketul-ketul dalam mee. Paham ke tak paham si mamak ni. Aku tak kesahlah tapi si siti dengan badan gatal-gatal mau tak tidur malam dibuatnya nanti. Akhirnya, disuruh bungkus saja.

Habis makan, aku bangun dan tolak trolley aku keluar. Siti tolak dia punya. Seksanya trolley tesco ni, badan sajalah yang tahu. Terkial-kial tau bila trolley jalan macam ketam. Bila aku dah berada di luar pintu aku dengar ada orang panggil-panggil.

kakka...kakka..

Ish.. apa bendalah yang mamak ni nak. Dia tak nampak ke aku tengah terkial-kial. Sebab tak kuasa nak melayan, aku buat-buat tak dengar dan terus menolak trolley.

kakka...kakka..

Aku tengok si siti menoleh ke belakang.

Buk.. makan tadi ibu dah bayar ke..

Pap.. aku tepuk dahi. Macamanalah aku boleh terlupa nak setel bil.

Ayoyo adde.. sori ar. Kakka ada lupa juga. Bukan mau lari ar adde..


Nasib baik lah dalam restoren tu pelanggannya cuma kami dua orang.



Kakpah

24 comments:

Kak Ezza@makcik blogger said...

nasib baik dia panggil kakka kakka,,kalo dia panggil amma amma..terus dapat anak angkat! hahaha

kakcikseroja said...

Nasib baik juga dia tak bawak security guard untuk kejar Kakpah! :)

julietchun said...

hahahaha, letih mamak tu mengejar.Kot tak kejarkan rugi pulak.

Ms.Lilies said...

Penangan troli tesco...sampai lupo hihi

kakngah said...

adeh.. sebbaik la jauh.. kok tak, thn lopeh dh apply cikgu tadika. kompem jemahat ni dapek g cameron...

KAKTINY said...

pasal pelanggan dia 2 org tu ler, dia kejar kak pah...

kalau pelanggan dia ramai.. sure kak pah makan freeeeee!!!.... kahkahkah...

betul.. kekadang bila dh penat.. menda2 kecik pon bleh lupa..

Mak Su said...

hah x 3

saya ingat tadi, ka ka yang main bola tu.....

tasekM said...

mau rasa tak nk masuk dah kedai tu kan...? ha ha.



.

kakpah said...

ezza, kahkah.. lawak lah ko. tak pasal2 lak aku dapat anak angkat.

kakchik, hehe..jangan!.. malulah ai.

juliet, takde mananya dia letih.dia tejerit2 je kat tepi pintu kedai dia.

lilies, nasibaik penangan.. kalau pengaki lagi susah ..kikkik..

kakpah said...

kakngah, hoho.. stroberi..ai mari. ngah, jom..

tiny, ko jangan. kang tak pasal2 je akak terceret beret.


maksu, hongeh kau datang erk.. takper la maksu. musim bola tak lama lagi ni..

tm, lenkali aku datang nak pakai misai. mesti dia tak kenal..

kak Erna said...

kak pah..tak bolih tahan..golak bosar sensorang..nasib takdo yang kato ..apo kono oamak e ni..he he he..

xiiinam said...

PAP....haiyuooooo kakka. Mau bilang sama Anney juga ini macam!

lupekanje said...

muahahaaa...kakpah misti udah brangan sampai cameron sambey petik teh....

kakk...nk itot la gi cameronnnn...
Nnt kirim beli jagun ye kak....

kakpah said...

erna, dah tuo2 ni cam tu lah kan. Selalu kalau makan situ husband ada sama. lepas makan angkat montot je sebab dia yang bayar. wakaka.. camaner leh lupa plak.

cklah.. kahkah.. tiru gaya cklah.

acik, apahal lak akak nak petik teh. siti ngan ros ikut.. diorang lah yang akak suruh petik teh.. wakakaka...

secangkir madu merah said...

sedap sangat agaknya kuewteow mamak tu sampai terlupa kaka mau bayar...heehhehehe...

Ena said...

hehehe..

kelakar la kak pah nie..

nsaib baik lom jauh lg tolak trolley tu kalo tak kan! lagi la lotih kan kak pah.. heheh

kakpah said...

smm, takder mana sedapnya. sedap lagi kita buat hehe..

ena, kalau dah jalan jauh, mahu melaung mamak tu..

ummu said...

salam kakpah
hu hu kalau saya jadi akak pun saya bengang sebab yang diminta lain yang sampai lain..nanti kalau dah gatal ayik tergaru tak boleh buat kerja...
sib baik dia panggil kaka.

Zaitun said...

Salam kakpah

Ada tak dia kejar kakpah macam filem hindustan tu kihkihkih....

Balik nanti bawa strawberry ya sedappp...

Nizam.Ariff said...

Alaaaa.. kakpah tak boleh lari punya, troli tesco tayar macam hampeh... hahaha

aNIe said...

Hiihihi...kak...camaner boleh lupa tu...aiyooo!! nasib baik kakka dua orang ada...kalu ramai mari...saya pun tada tau sapa bulum bayar addey...

Azita Zain said...

salam kakpah. hehehe...ingatkan citer kakpah jumpa si kaka pemain bola internasional tuu.....!!!!

kakpah said...

ummu, salam. eheh.. sama plak nama kita ek. budak2 panggi kita ummu gak.
.. saja malas nak cari gaduh. sebab tu suruh bungkus je.

zaitun, nasib baik dia tak kejar tun oi.. kalau tak mau termalu besar..

nizam, tu la pasal. sebab tak bergerak la tu dia asek panggil panggil je. kalau tak dia dah melaung dah.

anie, kalau dia tak panggil alamat sampai ke rumah lah baru tersadar..

azita, ala.. sesekalli buat gempaq. musim bola dah nak mai kan..

iina said...

kak pah tak rasa muda ke bilo mamak ehh panggil kaka?? cam rupo ceti keja org yo gaya eh.. hehehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...