Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, June 18, 2010

Cis!!!!! Cubalah kalau berani.

Salam.


Letrik masuk ke rumah aku masa tahun 70han. Ketika itu aku dalam tingkatan lima dan belajar jauh dari emak abah. Jadi, zaman kanak-kanak aku berlalu tanpa tv. Sebab itulah agaknya kepala aku ligat dengan aktiviti-aktiviti lasak.

Aku dapat menonton tv hanya apabila aku ke kuala lumpur ke rumah maklang atau mak tua pada musim cuti sekolah. Masa tu tv masih lagi hitam putih. Dan cerita yang paling dinanti-nantikan waktu itu ialah The Saint lakonan Roger Moore, The man From Uncle lakonan Robert Vaughn dan tak lama kemudian cerita Mission Impossible.

Cerita katun Tom and Jerry menjadi kegemaran aku. Sekarang pun kalau ada yang menonton Tom and Jerry aku akan curi-curi pandang. Aku lihat Tom dan jerry tidak dimakan usia. Aku dah menginjak tua tapi mereka macam tu juga.

Semasa menonton TnJ inilah aku mengenal apa dia cheese. Yelah, budak kampung macam aku mentega pun susah nak dapat. Apa lagi cheese. Masa itu apa guna cheese pun aku tak tahu. Ingatkan makanan tikus. Hinggalah aku mengenal pizza, itupun ketika aku dah habis sekolah.

Kalau ada photographer yang datang ke sekolah untuk mengambil gambar, dia kan kata 'say cheese'. Aku pun heran kenapa kata cheese sebab aku sebut perkataan tu tak adalah dengan mulut melebar hingga ke pipi.


Sekarang ni anak-anak aku cukup gemar dengan cheese. Kalau aku masak apa-apa yang ada bubuh cheese mereka akan kata 'horray.. ada cheese'. Kalau makan burger di Mc D, mereka akan minta cheezy wedges dengan extra cheese. Kalau makan pizza, mereka akan minta extra cheese juga. Pada aku, cheese ni tak adalah sedap sangat. Menambahkan kolesterol adalah.

Yea.. mk beli cheese!!

Bedebah kau..

Apasal lak bedebah.

Awak cakap Cis!!!! Mak cakaplah bedebah kau..

Haha.. apa lah mak ni.


Sebenarnya aku nak cakap yang aku buat cheese cake.


Oreo Cheese Cake. Teruja aku bila tengok ashley tayang gambar cheese cake di blog dia. Aku pergi rumah anymz pun ada cheese cake juga. Tapi kerak cheese cake tak berapa jadi pulak. Melekat. Apa-apa pun, rasa memang ummmph....


kakpah

30 comments:

Acik Erna said...

kak pah..wah..pagi2 saya dah tengok cheese kek ni.meleleh air liur..tak pernah buat kak pah ..takut tak jadi..tapi..paling suka makan cheese kek..

Tirana said...

Kak Pah, saya pun suka makan cheese cake walaupun masa kecik2 dulu saya pun macam kak pah juga..tak pernah tahu yang cheese ni ujud..hehehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Nancy dan Sluggo pun tak tua-tua, Tarzan tak mati-mati lawan dengan buaya. Saya pun follow cerita-erita yang hajah mention. Saya tak suka cheese tapi bila ambil gambar suka pula.

anymz said...

thumbs up to kakpah..uwan2 pandai buat cheese cake...hooray..hehe
Tapi jgn byk2 na makan kakpah,menculin2 naik kolestrol tu nnt..

ita cutevirus said...

cis cake memang sedap kak.. saya pon suke...

Izan Ishak said...

salam kak pah...
saya pun suka cheese. ntah kenapa jadi cam ketagih dgn cheezy wedges tu...pizza laaa...tp risau jgk nnti badan membesar...hoho...
*cheese cake kak pah ni menggoda laa...

Tijah said...

wiiii ai untung eh faris uwan teral buek ciskek. tapiii...capo yg makan lobih gek eh tu.

Catwoman said...

Salam Kak Pah....

Uwaaaaaa.....sedap itu kek.
Menggoda tau !!! Sexy sgt warna dan rupa bentuk nya.

:)

pB said...

Salam Kak Pah


Kak Pah zalim. pB dah tiga empat hari dok teringin nak makan cheese cake nie....

Guru said...

tinggal banyak tu je ke?
cuba email sikit... nak rasa

kucingorengemok said...

umphh! nasib baik kita tengah kenyang

kakngah said...

tv lama ayh dulu cam lemari. ada sliding door.

ckLah @xiiinam said...

Saya dulu tumpng tengok combat kat rumah jiran...TV guna bateri..


Elektrik masuk rumah saya masa saya formsix akhir 80an...bapak tulis surat semata2 nk beritahu hal itu kepada saya di asrama.

lupekanje said...

acik pn suka cheese kakkk...klu akak buat lgi, jgn lpa roger acik...hehe..

julietchun said...

sampai sekarang tom tak buleh dapat Jerry kan,hahahahahaha.

dulu2 nak tgk tv memang susah, sekarang ni satu bilik satu tv kekdahnya :P

Kaktiny said...

ni yg 'konpius' nih.. nk mintak kak pah buat cheese cake ker, bun sosej eh?.. hmmm... dua-dua lah.. hahahaha..

ibundo said...

erna, kita rasa macam susah je nak buat cheese cake. Tapi senang je. Bebaloi lah daripada bayar 7, 8pluh hingget kat secret recipe tu.

Tirana, cheese cake ni sedap bila makan sikit. lebih drpd 1 slice dah rasa muak.

kaknora, haha.. tu yang jeles tu sebab dorang tak dimakan dek umur. ish.. budak2 sekarang ni tak tau dia bila kita mention cerita tu.

ibundo said...

anymz, tu la pasal. makan sikit je. takoottt....

ita, rasanya ramai yang suka cheese cake ni. jangan makan banyak2..

izan, mcD ni pandai betul nak melakukan barang dia kan? Agaknya kalau semua berger dia ditaruk cheese yang kuning meleleh2 tu, pasti laku.

ibundo said...

tijah, yang lobeh makan si faris tu lah. sampaikan uk uk pun keluar macam cis ngehngeh..

catwoman, ko time time macam ni semua ko nampak sedap. Sori ar.. kalau dekat sini boleh kakpah hantar sikit.

pb, kik..kik.. apo kan dayo ku.

ibundo said...

cikgu, hehe ada lagi suku kat dalam peti ais. takyah email lah. amek je yang ada tu ha...

kog, mesti ko breakfast nasik lemak pagi ni kan?

kakngah, kat kampung pun ada lagi lemari tv tu tapi dah jaadi tempat petarang ayam hehe.

ibundo said...

cklah, haha.. dululah kampung kakpah masuk letrik nih. Semua orang teruja bila dah ada letrik kan? takde la hidung berjelaga tiap kali bangun pagi..

acik, ado lagi sikit tu. mehlah kalau nak, hehe..

juliet, kadang2 geram jugak dengan si jerry tu sebab dia je yang nak menang.
haah.. kat dapur pun dah ada tv.

ibundo said...

tiny, wakaka... mintak yang senang je. Kau belum terai lagi cekodok aku hehehe.....

tasekM said...

dan2 rasa nk pegi resepi rahsia...



.

Dr Singa said...

cisssssssssss.....
kita tengah puasa....
cisssssssss.....balik dulu lah...

ibundo said...

tm, aku tengok kat tti tu ada mydin je kehkeh..

dr singa, cisss.... er..

Ms.Lilies said...

aiseyyyyyyyy
wrong timing la masukb sini...

Zaitun said...

Salam kakpah

Kalau saya buat cheese kek tak berapa nak makan tapi bila makan orang lain punya atau kek kat kedai secret recepi tu sedap pula.

Azita Zain said...

cissss...kakpah dah terer buat ciskek. tak de can nk jual ciskek ngan kakpah. cistat ada tak???

ibundo said...

lilies, tak dapek den nolong e

zaitun, cam tu la selalu kan? kalau orang yang buat, sedapppppp je.

ita, nak lawan ita lah ni. nanti kakpah buat cistat pulak eh.

Anonymous said...

hum..sedapnyaa oreo cheese kek tu nampak pd gayanga..tp konfirm x mkn sbb x suka cheese..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...