Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 20, 2010

pacifiers

Salam.


Orang selalu cakap kalau budak hisap puting lama sangat nanti gigi jadi jongang. Tak tahulah kebenarannya. Aku dulu hisap puting sampai umur aku nak masuk empat tahun. Emak yang cakap. Dan aku sendiri dah cerdik masa tu.

Mak nak pisahkan aku dengan puting memang susah. Dia sorok macamana pun , pasti aku akan cari. Ada sekali tu emak bubuh ubat 'kuini' ( macam panadol gak lah tapi warna dia kuning kalau tak silap) dalam puting tu dan kemudian dia tebuk hujung puting supaya bila aku hisap, pahit ubat tu akan aku rasa. Pada pendapat mak, mestilah aku akan buang puting tu. Tapi aku kan dah cerdik. Aku bukak puting tu dan basuh. Pasang balik dan hisap nyot nyot depan emak.

Anak-anak aku cuma beberapa orang saja yang hisap puting. Sebab mereka memang tak suka hisap.

Kelmarin semasa aku mengemaskan beg zaman silam aku, aku terjumpa dengan puting kaklong. Memang dah berzaman ni. Kaklong dah berumur 30 tahun. Mestilah puting ni pun dah 30 tahun lamanya. Bahagian dalamnya dah tumbuh cendawan.



Terus aku scan gambar kaklong yang tengah hisap puting ni. Gambar ni aku ambil semasa aku dalam flight dari New York ke San Fransisco. Makcik tua yang dukung kaklong tu ialah stewardess airline tu. Agaknya ambil stewardess tua-tua ni bayar gaji murah.



Faris pun hisap puting. Masa keciknya haritu faris sering merengek-rengek walaupun sudah diberi susu. Aku bagi je dia hisap puting dan terus dia senyap.



Sampai bila nak bagi faris hisap puting ni mak.

Cubalah pisahkan perlahan-lahan. Nanti dia tahu sendiri bila dia tak memerlukannya lagi.



Sekarang ni aku tengok di pasaran terdapat banyak puting yang cantik-cantik, pelbagai bentuk dan warna. Kalau masa aku kecik dulu ada puting yang macam ni mesti aku akan melaram sakan.


kakpah

22 comments:

Acik Erna said...

kak pah..golak bosar dah ni..dengan puting pun bolih melaram ke kak pah..ha ha..
anak saya yang sulong hisap puting..tapi sekejap je..umor setahun dah berenti..dia yang tak nak dah...bila dia punya puting dah rosak..beli yang baru..yang keras punya..lansong dia tak nak..

cheryna zamrinor said...

hehehe...adik sha punye puting mak letak jadam! tp tak tunggu lama...masa tu dia dah 2 tahun rasanya. sebab takut lagi lama dia suka isap puting. sebab dia pun cerdik...bila mak balik keje...dia nak puting mak je! hehehe...(tukar interest dalam beberapa jam mengikut keadaan mak)

so, dua2 puting letak jadam.

cheryna zamrinor said...
This comment has been removed by the author.
Yunus Badawi said...

Hisap puting boleh jadi ketagih. Sayapun mcm kakpah masa kecik. Nasib baik masa tu takde pusat serenti hehehe

KTS said...

jongang ke dak gigi kakpah??

.
.


:D

abg den isap puting smpi bosa, tak jongang pun.. ibu kt, kat umah simpan 10 puting.. sangkut kat merata tmpt sbb klu dia buat hal memalam, takde la kelam kabut sgt.. :D

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya pula hisap ibu jari sampai kecut ibu jari ku.

Guru said...

boleh buat alumni penghisap puting ni...
saya pun sama gak, kak pah

Cik Azz said...

hehehehe... kolaka lak aihhh... Sey tak ingat lak sey ado isap puting ko tak... Tp ghaso2 ehh takdo kottt... Tgk adik yg bongsu dulu, susu dlm botol pun dio tak nak.. kono lotak dlm cawan baru dio minum susu tu...

Mmg boto la kann... puting skang cantik2... kdg2 ghaso nak boli yooo... tp sapo lak yg nak ngisap ehh... hehehe...

kakngah said...

first time tgk stewardess veteren.. klasik!

Zaitun said...

Anak lelaki kedua saya hisap puting sampai nak kesekolah tadika tapi adik bongsu gunakan jari pengganti puting sampai bengkak ibu jari.

ASH said...

hahaha..
.
.
.
dah itu jer komen saya

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Pah, muka si Farah masa kecik sebijik cam muka Faris. Jgn buang puting tu k.pah, lg lama lg antik tentu in future design puting dah tak rupa tu lg. Masa tu sure dah tinggi harga sbb dah jadik brg antik. Laku di pasaran utk tontonan generasi akan dtg. Basuh bersih2..jgn kasik berkulat.

Catwoman said...

Salam Kak Pah.....

Sy hisap puting hingga umur 2 tahun je. Tapi hisap botol susu sampai darjah 2. Ketagih wooooo...
Gigi sy tak jongang. Selamat !!!

Anak sy yg debab montel ni masih lagi breastfeeding dan hisap botol susu / puting. Nak putuskan dia dgn breastfeeding & botol susu/ puting?? Hmmmmm.....jgn mimpi la sy dpt tido nyenyak malam2. Mau dia nangis kuat......

Huhuhuhuhu......

:)

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Auntie tak berapa nak percaya yang kalau budak hisap puting, nanti gigi jadi jongang. Auntie 6 beradik masa kecik semuanya hisap puting, alhamdulillah, sorang pun tak jongang! Malah adik Auntie yang no.2, hisap puting sampai dia nak naik darjah dua...okk je gigi dia. :-)

Mak Auntie pulak menggalakkan Auntie memberi puting pada anak-anak. Satu, budak akan asyik, kurang sikit nangisnya. Satu lagi, tak lah dia mengutip apa-apa yang ada atas lantai masuk ke mulut.Pernah terjadi, sorang anak buah mungutip lipis mati masuk mulut, nasib baik maknya tersedar...nampak kaki lipas je dah....kah!..kah!..

anyway terpulanglah, ada budak tak suka puting, cam anak Auntie yang bongsu tu, dia hisap jari dia je.....sampai masuk darjah tiga!

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ada juga dengar isap piting gigi anak jongang...hehe.ntahlah kak...anak2 saya semua tak isap puting.

pB said...

anak pB yang paling lama hisap puting ialah kakak ...

Dr Singa said...

:)
kalau bayar gaji berdasarkan umur....
berapaaaaalah nek stewardess tu dapat ek kak??

julietchun said...

puting kaklong buleh letak kat muzium,:P

baru ni tengok stewardess veteran,keje bagus tu yg kompeni sayang nak buang :P

secangkir madu merah said...

hahahhahaha....dgn puting pon boleh buat melaram ek...
tapi kiut kan budak kecik hisap puting...

Azita Zain said...

salam kakpah.
penangan puting ni mmg hebat. ada anak saya yang hisap 2 puting sekaligus. issshhhh...buruknya!

ibundo said...

salam kat semua yang meninggalkan komen di sini. Penat sangat kakpah ni nak jawab satu-satu. bizi sangat-sangat.
Apa apa pun hisap puting ni takdelah menyebabkan kejongangan ataupun kemancungan gigi...

tentang stewardess tua tu, kakpah banyak kali jumpa. Agaknya, lagi tua lagilah murah gajinya. agaknya lah..

t.kasih.

indahhouse said...

salam kak pah,
hihi. tak taulah saya. mgkin ada betulnya juga. tapi bg saya, budak yg hisap puting soo cute..... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...