Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, June 10, 2010

perginya yaya

Salam

Sebagai rutin biasa, pagi khamis itu aku ke Jasmin dan ke Mesra. Aku memberitahu pembantu aku supaya mengambil alih kelas aku, JannatunNaiim. Dari pagi, hari Khamis adalah seperti hari-hari biasa.

Sehinggalah aku mendapat panggilan dari salah seorang guru aku semasa aku masih lagi di Kajang. Waktu itu lebih kurang jam 11.40.

kakpah kat mana. Cepatlah datang kat klinik kesihatan ni. Yaya pengsan.

kenapa? aku dah mula cemas.

kak mah (bukan nama sebenar) jumpa yaya dalam van.

Aku memecut unser dengan kaki yang menggeletar. Debaran jantung aku tak tahulah macamana nak cakap. Sesampainya aku di pusat kesihatan aku lihat sebuah ambulan ngiong..ngiong.. keluar dari pintu besar. Aku memakir kereta dan berjalan menuju kumpulan guru-guru aku yang sudah mula bergerak menuju ke kereta mereka.

Masing-masing menangis. Setelah menerangkan begitu begini, kami terus ke hospital kajang.

cerita nana:

Bapak yaya yang datang hantar dia ke taska harini. Pagi ni tugas saya yang sambut. Dia elok memain dengan kengkawan. Bila van kak mah datang, saya yang masukkan semua budak2 dalam van. Yaya duduk kat belakang.

cerita nanu:

Masa van kak mah sampai ke tadika, saya ada di gate menunggu budak-budak. Kak mah harini datang agak awal. Cikgu lain belum sampai. Kak mah berhentikan van depan gate. Budak-budak turun. Lepas tu kak mah parking van dia di tempat biasa. Kak mah tak terus turun. Dalam lima menet jugak dia dalam van tu. Saya nampak dia tengah telipun.

cerita nana lagi:

Habis tadika tadi saya nak masukkan budak-budak yang balik ke taska ke dalam van. Haziq tak mahu masuk ke belakang. Saya tanya kenapa. Dia kata ada orang tengah tidur. Kak mah tanya, ada orang? Saya masuk terus ke belakang. Saya jumpa yaya di situ. Saya angkat, kak mah sambut. Kak mah berlari masuk ke tadika beri yaya pada kak kiah. Kak nanu telipun mak yaya. Kak kiah, kak siah dan kak nanu terus bawak yaya pegi pusat kesihatan. Saya dengan kak bibi ikut dari belakang.

cerita kak kiah:

Masa kak mah bagi yaya pada saya, saya ingatkan dia kena sawan kak. Rupanya dia tertinggal dalam van kak mah dari pagi sampai waktu balik. Apasal lah dia tak cek van kak. Sepatutnya sebelum dia turun, dia cek dulu. Pastikan semua budak dah turun.

cerita kak mah:
(Kak mah sampai ke hospital setelah selesai urusan menghantar budak-budak yang menaiki vannya. Bukan budak-budak tadika aku saja tetapi budak-budak sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tahfiz.)

(kak mah meraung) Aku tak tau macamana ni boleh berlaku, kakpah. Lama jugak aku dalam van sebelum aku turun sebab telipun seseorang. Aku pandang dari cermin depan, aku tak nampak sesiapa pun kat belakang. Dah tu aku main turun je. Selalunya aku cek sampai belakang. Boleh pulak hari ni aku tak cek.

cerita yam:

Semalam masa balik yaya bukan main melambai-lambai lagi. Selalunya tak macam tu.

cerita mak yaya:

Dia nak ikut saya pergi kursus kak. Menangis-nangis dia nak ikut saya. Saya tak bagi. Kalaulah saya bawak....








Yaya adalah nama panggilan manja untuk Aliyah Humairah. Dia berada dalam jagaan aku sejak bayi dan kami lihat dia membesar di depan mata kami. Kekesalan terhadap apa yang berlaku tetap kami tanggung dan aku tahu banyak jari yang menuding ke arah aulad.

Andainya, van yang membawa anak-anak ini adalah van dari luar, operatornya tidak ada kena mengena dengan aulad, orang akan menyalahkan pemandu.

van ini,
walaupun dia mengangkut anak-anak sekolah sekeliling bandar baru bangi
walaupun dia operator mengangkut anak-anak sekolah

tapi
last stopnya di aulad
dan dia guru aulad
orang akan nampak
yang salahnya
aulad.


kami masih tertanya-tanya bagaimana boleh terjadi
kerana
dari taska ke tadika perjalanannya tidak sampai 5 minit
kerana
tadika dan taska
hanya bersebelahan simpang


Hanya Allah yang mengetahui kerana DIA yang menentukan. Kami semua memohon keampunan dari ibu dan bapa yaya dan berterimakasih yang melaut kerana meredhakan pemergian yaya sebagai ketentuan dariNYA.


Sekian.

kakpah

31 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Allahu Akbar.... Dia sekolah kat Tadika kak Pah ke????

Unknown said...

salam kak pah..moga dipermudahkan segala urusan..... moga kak pah tabah yer....

salam dari
Imah

Kakcik Seroja said...

Salam Kak Pah..

sebenarnya 'waktu untuk kembali' bagi Yaya telah tiba.. Cuma, caranya..... :(

Catwoman said...

Salam Kak Pah.....

Sabar byk2 ye, Kak.
ALLAH lebih sayangkan arwah Yaya.
ALLAH tahu apa yg b`laku.

Org yg nak menuding jari, mmg byk.
Org yg nak faham situasi atau masalah kita, tak byk.

Sabar ye, Kak Pah. Sama2 kita doakan buat arwah Yaya.

anymz said...

se ado donga kisah ni dari sepupu yg tinggal di bangi.
ini semuo ketentuan dari illahi kak pah.bilo bondo nak berlaku,ado yo jalan,kito lupo nak perikso van lah,lupo itu dan ini.
yg penting kedua ibubapa redha dan kak mah kono lobeh hati2 lagi lopeh ni.

Yunus Badawi said...

Hati siapa yg tak terkilan dan sedih di atas perkara seperti ini. Semoga kita semua lebih berhati2 di masa akan datang.

kakngah said...

Al-Fatihah...

ita cutevirus said...

kak pah,
ita ada baca kisah budak tu di paper...
ita ucapkan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Aliyah Humairah...
dah takdir Allah kak... Allah da tentukan ajalnya di dalam van sekolah..

Mak Su said...

oohhh.......... :(

indahhouse said...

Salam kak pah,
Al Fatihah untuk Yaya... sebak rasanya.. . saya dulu masa jd guru tadika, dan taska, memang check budak2 yg turun. maklumlah orang van slalu nak cepat. dan budak2 saya dulu mulut riuh, ada kawan tak datang, mmg bagitau. Kawan2nya tak kejutkan dia? kak mah tak ingat brape budak yg naik van? saya sebak.... Agaknya arwah yaya ada sakit lain?
Moga ibubapa arwah, kak pah dan staf bersabar. ujian tuhan ni. kita pun tak nak jadi macam tu. Sebak ....

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

K.Pah,
Sewaktu menaip komen ni, air mata ini turun tanpa ditahan-tahan lagi. Sebak dada mengenang peristiwa pagi Khamis yang pilu.

Kedua tangan ini masih terasa mengeletar mengampu seorang anak comel yang tak berdaya kerana kekurangan oksigen.

Masuk ke dalam kereta masih terbayang betapa cemasnya saya menekan pedal minyak memandu laju ke unit kecemasan paling dekat demi nak menyelamatkan satu nyawa yang sedang bertarung antara hidup dan mati.

Hanya Allah yg tahu bagaimana perasaan saya seorang ibu dan seorang guru menempuh kejadian tragis ini. Hanya kerana sedikit kecuaian seseorang.. ianya membawa padah.

Hingga saat ini air mata sukar dibendung, ingatan dan gambaran masih kuat, sedih dan sayu...rindu pada wajah Yaya anak comel yang bijak, keletah, peramah dah mudah didekati.

Semoga Allah tabahkan hati ayah dan ibu serta adik beradiknya menerima kehilangan anak kesayangan. Al Fatihah..

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Setelah meneliti cerita Kak Pah, rasanya tak ada siapa yang perlu disalahkan....semuanya adalah satu suratan , satu ketentuan dari Nya.Sama-sama kita redho pemergian Yaya.....jangan sedih, tempat Yaya di sana adalah lebih berkali ganda hebatnya....masyaallah!

Untuk Kak Mah pulak, tak perlulah rasa bersalah...nak buat macam mana lagi????...takkan lah sengaja nak tinggalkan Yaya....tak ada sapa yang berfikiran waras akan melalukan sedemikian...itulah yang telah tertulis jalanan hidup Yaya....Allah pinjamkan dia kepada kita semua untuk dikasihi...Allah ambil dia semula untuk di tempatkan di tempatnya yang paling afdal....

Untuk Kak Pah, jangan gundah gulana....insyaallah...yang baik itu hanya dari Allah. Sabar dan tenang2....

pak long said...

salam buat kak pah..
simpati dengan kisah ni..
moga ada hikmahnya...

kucingorengemok said...

bersabarlah kak, hikmahnya hanya allah yang tahu...

tasekM said...

alfatihah...




.

Azita Zain said...

salam kakpah.
menitis airmata saya sebagai seorang ibu. memang perit kehilangan seorang anak, lebih perit lagi cara dia meninggalkan kita. apa2 pun, kita semua kena redha. ajal dan maut, jodoh pertemuan, semuanya ditanganNya. moga kakpah & kakitangan aulad serta keluarga yaya redha dengan pemergiannya. Al-Fatihah!!

Normi Hj Mat Yusof said...

Sesungguhnya segalanya dalam perancangan Allah juga. Didoakan semuanya tabah, lebih-lebih lagi ibu ayah yaya. Insyaalah yaya adalah antara puteri-puteri syurga yang menanti ibu ayahnya.....

KITA YANG DITINGGALKAN, HARAPNYA PAHALA SABAR INI MEMUDAHKAN LALUAN KE SYURGA NANTI.

"YA ALLAH, SEBERAT MANAPUN UJIAN MU JANGANLAH DIKAU CABUT IMAN KAMI.....KERANA TANPA IMAN KAMI TIADA HARGANYA LAGI..."

nurulazham said...

alfatihah..
sabarlah kak pah..perginya Yaya atas ketentuanNya...

lupekanje said...

al fatihah buat arwah.. takziah buat kluarganya.

tumpang sedih......

Ena said...

Al-fatihah buat arwah..

sudah tiba ajlnya kak pah..

izawani said...

Sedihnyaaaaaaaa...
Anak saya baru baru ni terkurung dalam kereta. Silap abah dia...
Dah biru biru dah muka dia menangis dan kepanasan.

Kalaulah jadi apa apa kat anak saya tu... isk...
Sib baik sangat tak jadi apa apa... tapi memang kami asik salah menyalah masa tu !

Tapi saya peluk lama anak saya lepas dia keluar dari kereta, rasa saya nak nangis kenangkan macam mana dia takut !

CikguIna said...

salam k Pah.
Banyakkan bersabar...hiba hati saya membaca entri ini...
Qadha' dan qadar Tuhan, tak siapa tahu....
Tak perlu menuding jari kerana ketentuan Allah itu pasti...
Takziah pada keluarga Yaya...
Setiap kejadian adalah peringatan Allah pada kita...
Al-Fatihah........

Hjh Noralenna Abbas said...

Salan Hajah,
Sudah ditakdirkan anak comel tersebut meninggal cara begitu. Hope you and the Aulad family are alright by now.

Zaitun said...

Al Fathihah buat yaya dan takziah buat keluarganya. Buat kakpah harap bersabar dan serahkan aje pada yang berkuasa,ada hikmah disebaliknya.

Acik Erna said...

kak pah..tiada kata2 yang dapat diucapkan..memang sedih..tapi..takdir allah..semoga kak pah..tabah dan sabar...walaupun sedih..dari kecil..dah ibarat anak sendiri kan..
semoga juga ibubapa yaya tabah..alfatihah untuk arwah..

annie said...

alfatihah utk YAYA, dia dah bermain2 di taman syurga sekarang, rezeki dia..Alhamdulillah..

Nizam.Ariff said...

Besar sungguh dugaan tu....

Tapi, aku yakin KakPah mampu menghadapinya, kerana Tuhan menduga mengikut kemampuan hambaNya.

Semoga KakPah dan ibu kanak2 tu berjaya dalam dugaan ini dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat...

SHAFIDA said...

assalamualaikum.....Allahu Akbar....k.Pah....xpercaya rasanya ia berlaku...tapi semua sudah ketentuan-Nya.....apa2pun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....semoga semua yang terlibat bersabar....

alfatihah buat Yaya...

ASH said...

kakpah,
Hari Jumaat tu aku masuk kerja dan ditanya oleh seorang ibu. terpinga pinga aku..sebab memang aku tak tahu menahu kejadian yang berlaku di center.

bila ko telefon, maka konfermlah berita ni.
dan waktu kakpah telefon, kepala aku dan dan berdenyut sakit..

Aku yang tidak berada di sana terasa bahang dan TEKANANnya..

Al FATIHAH..untuk anak kecil itu!!
Kepada ayah dan ibunya, simpati yng teramat dari aku.

Kaktiny said...

Sentiasa Percaya kepada 6 Perkara Iman...

Al-Fatihah..

mama kiter said...

Kakpah..mama kiter tahu cerita dari hubby..masa keluar berita di paper..internet dirumah prob..hubby balik dari kerja beceritakan kisah tragedi ini..

Kakpah..bila bace cerita dari kakpah..sebaknya hati..semua ini ujian buat kita hambaNYA..

Bukan kita sengaja..tetapi ini ketentuan dariNYA..DIA yang punya HAK..macam mane cara DIA hendak ambil kembali hakNYA...kita tidak tahu..

Alhamdulillah bila kedua ibubapa YAYA redha dengan pemergian YAYA..Sebak hati mama bila kakpah dengan rendah hati memohon keampunan kepada keluarga YAYA dan mereka meredhaknya..

Mama kiter juga mengasuh..walaupun buka buka tadika..tetapi anak orang dibawah tanggungjawb mama kiter sementara ibubapa mereka bekerja...kadangkala timbul rasa bimbang kiranya ujian Allah yang tidak diduga meyinggah...walaupun kita cuba beri khidmat sebaik mungkin..tapi Allah sahaja yang tahu apa ujian yang akan diturunkan..

Buat Kakpah..semuga tenang...Buat keluarga Yaya..semuga sabar dan tabah juga redha dengan Hak Allah yang Allah beri pinjam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...