Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 13, 2010

Terung Yang Lawa. Rasa Lagi Lawa.



Salam.

Pernah buat lawa terung? Rasanya sungguh enak. Persediaannya juga mudah.


Anda cuma perlukan:

Terung panjang
santan pekat
cili api
bawang yang dihiris
limau
sedikit lada hitam
garam secukup rasa


Mula-mula terung dibakar. Suka hatilah nak banyak mana. Kalau nak lebih wangi, bakar atas bara arang atau letak atas tudung periuk dan bakar atas dapur. Aku cuma masukkan dalam oven. Bakar sehingga empuk.

Kulit terung aku ni berkilat sebab aku taruk sedikit butter bila membakarnya , takut melekat. Kalau tak bubuh pun tak mengapa.



Tunggu sehingga sejuk dan buang kulitnya. Siat atau potong terung itu seperti ini:



Sementara itu siapkan bahan-bahan lain.





Masukkan terung ke dalam bekas. Campurkan bahan-bahan, santan, garam dan perahkan limau. Rasakan semua masam, pedas dan masinnya cukup. Makan segera dengan nasi panas.

Lawa ini tidak boleh disimpan lama sebab santannya tidak dimasak.

Selamat mencuba.

kakpah

23 comments:

kak Erna said...

kak pah...apo lah kak pah..buek meleleh air lior yo..kalau saya buek..tambah ikan pari masin kak pah..bakar gak ikan pari tu..peh tu tumbok...inilah makanan kegemaran arwah bapak saya kak pah..kalau ada ni..dio tak nak lauk lain..makan dengan nasi paneh..

kak Erna said...

eh lupo pulak..cucu kak pah kan..gambar kat ateh tu..comel e..geram..

Ena said...

ho ho horlick!..
ehehehe..

sedapnyer...

ada lai tak kapah.. nak sikit.. sikit jer.. tak nak banyak pun.. heheheh..

Kak Nora said...

First time tengok resepi ini. Pelek-pelek gini, tak jalan di rumah saya. Pernah buat terung bakar dengan sambal belacan. Tapi,kan hajah, 'rumah'lawa, terung lawa, cucu nenda pula comel (tapi serius).

kakpah said...

erna, oo.. iyo ko. tak ponah pulak cubo ngan ikan masin ni. mosti sodap kan.

erna, haah.. sifaris

ena, oopss sori ek. dah habih.

kaknora, memang pun. anak2 saya pun tak berapa suka makan. cuma kami yang tua2 ni je yang bagi perabih..

a kl citizen said...

lama mencari resepi yang ini...
sebab tak tau namanya
tq kak pah

comel si cucu

kakpah said...

cikgu, sekarang bolehlah cuba kan!...

Tijah said...

uiii. osah sodap eh tu. dio kok makan tak maun judu mo laok lain do kan? sesado dio yo mo nasik paneh2 lombik2 kit...

ibuintan said...

salam kak pah,
memang goma lawa terung ni, bakar ateh api baru keluar wangi e..
saya lak suko ganti santan ngan air je.. anak2 pun suka hirup, ada pedas, masin dan masam nye

cHeRyNa PiReS said...

ibu selalu buat nieh pakai mangga:)
sha pulak suka kalau buat pakai jantung pisang.
terung, tak pernah try lagi.

tp bila tanye ibu,
"ibu tau...tp malas nak buat."

thanks kak pah.sha dah jeling ibu tadi. nanti sha buat sendiri.

(cehh...statement merajuk ngan ibu sendiri nieh. mana tau dia nak buatkan utk sha)

kakpah said...

tijah, ratah dio jo pun sodap.

ibuintan, salam. ado podeh, masin, masam cukup longkap tu yang bawak ummph. Ooo.. taruk air jo yo. hah.. elok gak tu untuk kurangkan kolesterol kan?

sha, ponah buek lawa durian tak. Dapat durian tembaga plak tu. emmm.. meleleh air liur ni.
ala.. sha buat je lah sendiri.

iina said...

sungguh lawa terung tuh kak.. hehehe.. tapi den suko laei kalau buek sambal terung.. menjilat jari kak ;)

ckLah said...

kakPah...
Comelnya gambar kat atas tu...siap ada kesan gigitan nyamuk kat dahi tu. ke pimple? He..he..


(sambil buat-buat tak nampak hidangan yang meggoda dalam cerita)

Ms.Lilies said...

terung?
ngada2 tak tekak saya?
sebab saya tak makan terung...
hihihi

annie said...

tak tedayo menahan tokak, sokgi den nak buek lah..tang lado api tu yg teliur bona tu sbb mesti toghung lawa ni lomak2 podeh, kan kak pah..

kakpah said...

iina, buek samba torung campur ngan ikan sadin. sodappp..

cklah, haha pimpel..

lilies, tokak kau memang ngengado

annie, iyo. kuah e hirup camtu pun sodap.

Catwoman said...

Salam Kak Pah.....

Sedapppppp......

Ada lagi ke?

Org peknen selalu cenggini, apa org makan, sy pun nak tumpang makan. Tak malu sungguh sy ni.....
Tapi baby dlm peyut ni yg nak makan.......BUKAN sy.


(Sambil buat mata ala2 lampu lit-lap hari raya......huhuhuhu).

:)

DrSinga said...

oh....
gitu...
tak pernah makan lawa-lawa ni...

satu said...

Salam kenal salam ziarah. Teruskan menulis ya ukhti.

Saya follow.

Silalah singgah ke http://www.ibunoor.com
-ibunoor-

kakpah said...

catwoman, ala siannya. Dulu masa peknen, kalau husband pegi kenduri dengan tak malunya akak mintak tuan rumah tapaukan sedikit lauk pauk. Selalunya dapat bukan sikit2. Boleh makan anak beranak sampai dua tiga hari.
ko jauh la nak bagi...

dr.singa. hmmm, cuba sekali. gerenti lawa.

ibunoor, salam kenal.nanti kita pegi melawat ek.

Kunang-Kunang said...

Eh bestya lawa terung.

anymz said...

alahai terung, tadi se dah buek goreng sambal cili api..ari tu buek lawa kuinin..sokgi mesti boli torung.kacau tul la kak pah ni..rosak diet sey.

kakpah said...

kunang-kunang, hehe..

anim, lawa kuinin? mak oi.. lai kocur air lio ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...