Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, June 14, 2010

BREAKFAST

Salam.



Ramai orang yang tidak mengambil sarapan. Antara sebabnya ialah:
  1. Bangun tidur lambat. Matahari dah mencarak tapi masih berlengkar atas katil. Orang macam ni kena jirus dengan air batu biar terpelanting bangun.
  2. Bangun tidur lambat. Tergesa-gesa pergi opis. Walaupun sarapan dah mak sediakan tetapi tak sempat nak makan. Nak beli kat kantin opis duit pula dah habis. Belum tengah bulan lagi tu. Kenalah ikat perut nak cukupkan ke time dapat gaji.
  3. Bangun tidur lambat. Nak buat breakfast dah tak sempat. Selongkar dalam almari, biskut kering pun tak ada. Suami isteri teguk air kosong saja, itupun kalau sempat.
  4. Diet. Orang diet mana boleh makan pagi.
  5. Malas. Banyak kategori malas . Malas masak. Leceh masak ni. Kena basuh pinggan mangkuk kuali bagai. Malas makan. Tapi kalau orang lain yang masak, tetiba je pulak rajin nak makan.
  6. Memang sesaja taknak sarapan. Bila perut dah sakit gastrik, telinga mak bapak juga yang dipaksa menadah mendengar rengekan dan aduan mereka.

Sarapan pagi jangan dipandang rengan. Badan memerlukan tenaga untuk memulakan kerja sepanjang hari. Lagipun sekiranya kita mengelak daripada mengambil sarapan disebabkan ingin 'menjaga badan', kita mempunyai tendensi untuk mengambil jumlah makanan yang lebih banyak pada sebelah tengahari. Tak guno jugak kan!


Aku dulu masa kecik, makan pagi ni tak adalah memilih. Makan saja apa yang emak masak. Makan nasik sejuk pun jadik. Makan dengan lauk malam sebelumnya kalau ada. Kalau tak ada, makan dengan sambal gesek ikan bilis ataupun telur goreng. Kalau semua tak ada, makan je lah dengan kicap. Janji perut kenyang. Tapi mak aku selalu buat lempeng pisang. Feveret aku.


Bila dah ada rumahtangga sendiri dan beranak pinak, kepala mula pening memikirkan apa nak masak untuk sarapan. Dari dulu sampai sekarang kepala asek pening memikirkan apa nak masak. Tapi sarapan orang melayu ni biasalah, tak boleh lari daripada nasi goreng, nasi lemak, mihun goreng itu ini, mee goreng itu ini, senwic, bla..bla.. Kadang-kadang kalau dah itu itu jugak, muak juga tekak ni nak telan.

Ha.. cakap pasal muak ni, anda pernah buat sarapan rotijon sadin?
Meh sini kita buat roti jon sadin supaya anda tak muak asek makan yang itu yang itu jugak.



bahan:
roti hotdog satu bungkus
sadin satu tin
sedikit kubis (dihiris macam buat coleslaw)
timun dihiris
1/2 biji bawang besar didadu
3 biji telur
mayonis
cilis sos

Masukkan sadin ke dalam bekas. Hancurkan. Masukkan kubis, bawang. Gaul rata. Masukkan telur. Kacau. Rasakan garam.
Roti hotdog di belah dua tapi jangan putus, disapu dengan majerin dan di bakar di atas kuali leper. Angkat. Ambil sesenduk adunan sardin, letakkan atas kuali leper. Letakkan roti hotdong yang telah dibakar tadi di atasnya. (Yang dibakar arah ke bawah). Biarkan hingga masak.

Angkat. Paipkan mayonis dan sos cili. Letak hirisan timun. kalau nak letak salad pun, boleh. Makanlah begitu saja ataupun buat kuah cilinya.


Janganlah abaikan bersarapan. Anak-anak tu jangan dibiarkan tak makan pagi. Macamana budak-budak tu nak belajar dengan baik kalau perut keriut-keriut lapar......

kakpah

22 comments:

kucingorengemok said...

tutup la blog makan kita lepas ni... hihihi

kak Erna said...

kak pah..saya tak bolih tinggal sarapan kak pah..menggigil palo lutut nanti..anak2 pun diajar sarapan..berat pulak..nasi goreng,nasi lemak mee..ke..kalau takat biskut ni..bising mulut dia orang..mula la..menyelongkar dapur je keje nye nanti...

kakngah said...

saya memang wajipkan sarapan anak2. saya sendiri, kalau x lunch xper. jgn xsprn. bak kato kak erna.. ngigil palo lutut!

Ku Tak Sempurna said...

dulu2 tak biasa srpn pagi..

.
.


skrg2, tak biasa TAK sarapan pagi. klu tak SARAPAN, mulala angin semacam..

;D


terima kasih utk rotijon yg menyelerakan tu.. smpt la jilat skrin monitor ni.. sedap.. hihihi

Ena said...

wahhh..

picture yg sungguh menyelerakan.. laporrrrrrrrrrrrrrrr!!

ena hari2 (waktu kije) memg sarapan setiap hari denan hanya makan roti saje.. uhuk! tapi jd la janji perut beralas kan!..

tasekM said...

kak, ada lori mayonis terbalik depan umah ke nih....?

he he.





peace!~



.

Mak Su said...

fuhhh! resepi yang meleleh.... pheewittt

secangkir madu merah said...

kakpah...meleleh air lior..seb baik tak mengandung....klu tidak anak yg bakal lahir pon meleleh air lior gak......

nak buat juga besok pagi utk sarapan...

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Semoga sihat, saya juga Alhamdulillah.

Sarapan memang mustahak untuk membolehkan kita buat kerja dengan aman, perut tak menyanyi2. He he.

Ms.Lilies said...

Arini bfast roti telur ngan nestum....ntah sjk membuyung ni nestum begitu sedap skali hahaha

Kak Nora said...

Hajah,
Rotijon ke roti john? Si Jon atau John ke cipta resepi ini?

kakpah said...

kog, hehe.. janganla camtu.

erna, kakpah pun dah terbiasa buat makan pagi berat2. kalau buat roti jon ni sorang tak cukup seketul.

kakpah said...

kakngah, patut e macam tu lah. Mulakan pagi dengan pembekal tenaga. Tengahari dan malam tak perlu yang berat2.

kts, ko senang lagi kan? sarapan mak masak?

ena, perut mesti dialas pagi2. Makan roti pun okay dengan air panas secawan.

TM, wakaka.. memang aku kaut dari lori tu le ni...

kakpah said...

maksu. haha..

smm, buat bebanyak.. nanti tak cukup.

kunang-kunang. salam. alhamdulillah sehat.

lilies, kalau gigirl boleh namakan siti nestum. kalau boboy, muhammad nestum wakaka...

kaknora, memula nak tulis rotiPah tapi tertulis pulak rotijon hehe...

AZANI said...

salam hajjah
sarapan harian quaker oats...kalau tajk nesvita....pukul sepuluh tabuh nasi lemak sebungkus...teh tarik dua gelas..

kakpah said...

azani, dua gelas? mak oi..

Catwoman said...

Sy b`sarapan dgn roti bakar & kopi susu sejak peknen 2nd baby....harap2 keluar nanti cerah la kulitnya mcm kulit si abangnya, Aqif.

Hihihihihi....

:)

sonata anak kancil said...

salam...sarapan memang penting...kat rumah memanglah tak makan...kadang2 kat sekolah pun tak sempat bersarapan - terus ke brunch!

kakpah said...

catwoman, insyaAllah mengenan susu. jangan mengenan kopi hiiiii...

SAK, hehe.. mungkin perut tu dah terbiasa camtu.

a kl citizen said...

sarapan saya yang ringan je... milo ngan roti atau biskut

gambar tu tak leh tahan tengok lama2

kakpah said...

cikgu, biar rngan asal terisi kan?

nor_anifa said...

keh3..betul2 menusuk ke dalam qolbu alasan2 yg diberi..hehee....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...