Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, June 12, 2010

Yang bulat menggolek, Yang pipih melayang

Salam.


Nak tengok bola.

Kat depan tu ada.

Apa yang ada.

Bola.

Bola?

Kata nak tengok bola. Pegilah tengok kat depan tu. Ada sebijik.

Lawaknya....





Masa anak lelaki aku baru tiga orang berumur antara 2 hingga 5 tahun, kami bawa mereka ke padang ukm pada satu petang. Bawa bola sebiji. Di padang itu suami aku ajar anak-anak main dan menyepak bola. Main sekejap mereka bergaduh dan menangis.

Apasal menangis.

Bangcik tak bagi bola.

Rebutlah.


Taknak. Nak bola.

Sudahnya kami balik dengan anak-anak yang tak puas hati kerana tidak mendapat bola seorang sebiji.






Channel berapa?

Channel satu.

Astro takde ke. 811 takde. 812 tak de. Tak sedaplah tengok channel satu ni.

Tangan memicit butang remote satu lepas satu.

Meh sini.

Dan selepas menggodek-godek, aku terjumpa channel 801.







Masa anak aku kecik dulu, aku belikan mereka bola daripada getah. Kecik-kecik manalah tau nak main bola yang mahal-mahal. Itupun mereka berebut-rebut, bergaduh dan melolong. Tapi bila masa mood baik, elok pula tu bermain sama-sama.

Jangan main dalam rumah. Pergi main di luar.

Tak ada tindakan.

Mak kata jangan main dalam rumah. Nanti kena barang-barang dalam rumah ni, pecah.

Nanti jap.

Main kat luar!!

Prangggggg.......








Ala.. tu pun tak masuk.

Kalau Rooney dah masuk dah ni.

H'a..h'a....h'a.. alamak...

Beckam yang pandai amek free kick dari sini. Ronaldnho pun pandai.

Hah.. tak cukup slice.







Bila dah besar sikit, mereka tak minta bola sepak tapi minta belikan basketball. Petang-petang anak-anak aku pergi main di rumah kawan yang ada pasang net basketball. Tapi bola ni kejap-kejap hilang. Kejap-kejap hilang. Bila hilang, beli lagi. Asek beli saja, lama-lama aku malas nak belikan. Dan mereka pun dah tukar hobby main skateboard.








Goal!!!!

H'a? h'a? goal? Sapa goal.

La.. tengok bola ke, tido. Tu ha, afrika selatan dah jaringkan satu goal tu.







Demam bola dah mula. Aku yang tak demam ni terikut demam sama sebab tv depan katil. Nak tido macamana!!

Hidup ni juga sama macam bola. Kena tendang sana kena tendang sini.
Macam tu lah.
Yang baik dijadikan teladan.
Yang buruk dijadikan iktibar.

Apa-apa pun life has to go on.

Salam.

kakpah

15 comments:

KTS said...

nasib kat rumah ni takde yg gila-gila-gila-gila-gila bola

.
.

tggu final baru nak tengok ;D hihihi

KTS said...

tido kat dapur la kakpah.. baru tak demam


.
.


err.. kat dapur pun ada tv??
susah camni :D

Kak Lia said...

betul tu....
Bola den tk minat..

bg yo kek den jarom & spatula...hahahha

Ena said...

betul tu kakpah.. yg baik jadikan teladan.. yg buruk jadikan sempadan.. :)

anak2 ena yg sorang laki sorang pompuan pun kemain lagi nak main bola gak.. adeih!!

Acik Erna said...

salam kak pah..saya nya tv depan katil gak..tapi..sape nak tengok bola..pi tengok tv kat dapor..he he..saya nak tidor..
dulu masa anak kecik saya pun macam tu kak pah..habis pecah..bila..bila dimarah..katanya dia tak buat..bola pergi sendiri..memang la bola pi sendiri..tapi..sebab dia sepak..

Anonymous said...

hahaa..syok pula baca cerita kali ni...pasal bola x pepasal kena berebut tv. Mujurlah kat umah ni abah sorang je lelaki..klu ramai mmg xtau lah nak kata apa..sure bising. nak naik demam jugak ni..cepatlaa bola abis..kih3

ibundo said...

kts, kalau kat dapo demam masak la pulak. err.. kat dapo aku ada periuk belanga pinggan mangkuk je. tv tadak.

kts, final? lama lagi tu..

mamarempit, tempah baju amek lagi tak..

ibundo said...

ena, berebut bola? beli je sorang sebijik hehe..

erna, hiii.. kakpah kalau tv kat dapo tak jadi la nak masak..

nor anifa, kalau pasal bola ni, tak kira dalam rumah kita ada berapa orang lelaki. mesti dia menang punya hehe..
kena ada tv lebih dari satu..

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah, Pantun demam bola.

Yang bulat datang menggolek
Yang pipeh datang melayang
Kalau sorak, sorak molek-molek
Takut-takut kena tendang

Catwoman said...

Salam Kak Pah....

Sokong pasukan mana?

Bofana ! Bofana! Bofana!

:)

aNIe said...

Kak Pah...nasib baik kat rumah ni sorang je yang minat bola...jadi tak lah teruk sgt...dia cuma tgk kalau ada kawan je...kalau cik abang ada...menjadi2lah...hehehe

Guru said...

kak pah..
kita pun boleh jadi demam sebab terpaksa tak cukup tidur...kan
takpelah
bukannya selalu pun

ASH said...

Aku tidur dengan SEMPURNA...tak der sapa kacau..LEGA!

ibundo said...

kaknora, err.. takut2 nanti sapa yang bersorak tu yang kena tendang hehe..

catwoman, sokong mana yang menang ngehngeh..

ibundo said...

anie, tengok bola ni yang jadinya bila ad kawan. sengsorang tak bes. Jadi tu, bila takde kawan, kitalah yang jadi mangsa..

cikgu normah, mana boleh cikgu.. tido kena cukup.. haha..

ashley, hmmm.. bukan ko pun kaki bola ke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...