Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, July 25, 2010

Bizi Di Hujung Minggu

Salam.



Kita bizi.

Bizi semalam: Pagi-pagi pergi jogging. Balik, masak untuk makan tengahari. Cepatnya kakpah masak. Masak cepat sebab lepas tu pergi meronda ikea. Balik matahari dah nak terbenam.

Bizi harini:

Pagi ni tak pergi joging tapi kakpah berkebun. Berkebun sampai melurut-lurut peluh. Itu pun eksesais jugak kan.



Faris pun tolong nenda berkebun juga.
Baik-baik Faris. Kamu tu baru keluar hospital.



Tapi Faris kata, na na no no ti ti ayah mak bei bei...
Apa bendalah Faris cakap ni. Nenda tak paham la.


Gebu betis si Faris ni.
.
.
.

Dah lama tidak berkebun. Rumput-rumput liar dah banyak yang tumbuh. Terasa sangat masa tak cukup akhir-akhir ini. Bila ada masa, buat pilihan untuk tidur pulak. Biasalah tu kan.







Kakpah cabut mana yang patut. Kakpah pangkas mana yang menyemak. Hasilnya, kemaslah sikit taman kakpah ni.










Selesai berkebun sudah pasti yang dingin ini dikejar dulu. Slurppppp... nyamannya bila sirap limau menyentuh tekak.



.
.

Selesai berkebun dan berehat sebentar tibalah pula sesi bersilat di dapur. Semua jenis silat kakpah guna: silat senduk, silat sudu, silat kuali bla..bla.. bukan setakat silat gayung sahaja.
Inilah hasil silatan kakpah pagi tadi.



Gulai pucuk paku dan terung melayu dengan udang masak lemak cili padi. Ini permintaan abah.

Ayam masak sambal. Ini permintaan anak-anak. Kalau makan tak ada sambal tak sah. Tak kesahlah sambal apa pun. Janji ada sambal.



Ini telur dadar gulung bersosej. Resepi asal kakpah cilok dari E-na tapi kakpah ubahsuai letak sosej dan mayonis. Sedap gak.


Yang ini khas untuk atuk si Faris.



Lepas masak, berehat sekejap sebelum solat zohor. Lepas tu sempat lagi pergi menyoping baju melayu untuk anak-anak lelaki yang empat orang tu.
(err... baju raya belum tempah lagi ni. Nasib baik ada tukang jahit yang masih sanggup nak tolong jahitkan)


Salam,
kakpah

33 comments:

anymz said...

sey nampak sirap limau tu yo kakpah...nak segoleh..hehe

Unknown said...

alhamdulliah cucu dah keluar dari hospital..skrg ni msm demam agaknya..anak buah ashik demam..risau jugak..


best ada kebun sendiri..tak yah jogging leh keluar peluh.

kat umah ni pun memang kena ada sambal atau masakan pedas....kalau idak tukang masak tak lalu nak makan.

Zaitun said...

Alhamdulillah dah sihat cucu kakpah.Nendanya pula busy dengan aktiviti berkebun,shopping dan memasak.

Tijah said...

semlm sy ado kek kl ingat nak singgah spita, sekali uwan eh admit ikea lak. kihkihkih. boli pinggan rayo ko kak?

(teringat lak meatball sodap kek ikea tu)

ckLah @xiiinam said...

Kak Pahhhh....nak tumpang dapur!

Guru said...

alahai kak pah
berkenan sungguh dengan si faris

terbaru dari saya : banyak pilihan

Ena said...

rajin kakpah berkebun kan!..
banyaknye masak.. macm2 ada.. ena berkenankan telur dada tu la.. tak pernah tengok pun.. nak cuba gak la nanti..

Ms.Lilies said...

kak oi....
jd confinement lady den yo la...
confirm sihat!

Kakcik Seroja said...

Terliurnya tengok gulai pucuk paku tu. :)

ASH said...

Jap jap jap...aku ni syak wasangka kakpah..
aku agak la kannn..

.
.
NENDA Faris tu dia berkobun pakai NIKON D60!!
hehehehehheeh
"tertiarap tiarap dia kerjakan pokok pokok tu!"

Treat and Trick said...

Salam Kak Pah, mengancam sungguh menu hari ni..cute betul Faris...tentang resepi muffin tu, sila c&p takde masaalah......

http://treatntrick.blogspot.com

ibundo said...

anim, sirap limau satu..mari!!!!

ina, alhamdulillah dah sihat.
kebun tu pun sekangkang kera je. time malas.. banyak rumput dari pokok.
rumah ni sambal mesti ada. tukang jolok makanan masuk ke tekak hehe..

ibundo said...

zaitun, dah sehat alhamdulillah. Hujung minggu ingat nak berehat je tapi banyak pulak kerja yang memanggil.

tijah, mano ado. Boli piuk. Piuk somo e dah hilang tangkai. tapi ko tau jo lah kok dah kek sanun. Bondo yang tak ado dalam sonarai pun toboli gak..

ibundo said...

cklah, Nak tumpang boleh tapi kakpah pengarah ek..
nanti ko tak tahan cklah..

cikgu normah, faris kata hiiiiiii..

ena, telur dadar ni boleh dipelbagai. cubalah.. sonang yo.

ibundo said...

lilies, haha.. gerenti ko makin gomok.

kakcik, beli pucuk paku ni kadang2 banyak paku daripada pucuk.

ashley, haha ko macam tak tau plak. buat keje jap pas tu klik..klik..
sambung keje balik.

palatable, thanks. dah cnp dah tapi tak tau lagi bila nak buat.

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
Memang bizi, bizi, bizi...saya tergoda dengan gulai lemak pucuk paku dengan udang . Kalau ada baki, saya selalu keringkan esok paginya dan makan dengan nasi.

kakngah said...

org lun bfas lg ni..
lapar lg tgk gulai kpah tu..
mano nak cokau nih!

Mak Su said...

amboi nenda amik gambar memang cantik2. jaga2 betis gebu itewww.. takut geget dek pacat ;)

lupekanje said...

kak..gamba tobu tolo tader ke...idup ke tak pokok tuh? heheh

julietchun said...

dalam kebun pakai serba ijau, nasib baik tak tertukar ngan pokok :P

iina said...

idea bernas nak buek telur dadar sosej nie hehehehe.. ;)

Acik Erna said...

kak pah..nak bolajar silat sondok..sudu..kuali..garfu bagai tu..nak bulan poso ni..sampai rumah nanti lambek...nak masak untuk buko...

Catwoman said...

Salam Kak Pah......

Rajinnya Kak Pah ni.....
Ada je yg nak d`buatnya.

Hihihihihi........

:)

Nizam.Ariff said...

Ada nama terung melayu eh?

Aku ingat Asam Jawa je...

secangkir madu merah said...

tak lama lagi nak raya...kemas laman tu siap2..bulan puasa nanti taklah penat nak mencatas rumput bagai..

ibundo said...

Kak nora, emak saya dulu kalau ada lauk berlebih dia akan panaskan sampai kering. memanh sedap makan dengan nasi panas. saya pun buat macam tu.

ibundo said...

kakngah, ekau cokau kek ghumah kakpah yo hehe..

maksu, pacat tak de. takut nyamuk je hiiii

acik, hahahaha.. tobu idup taknak mati tak mau. haritu dah tumbuh pucuk. datang rabbit kakpah disapu bersih. lopeh tu dah tergoncat nak idup. alahai.....

ibundo said...

juliet, supaya orang lalu lalang tak nampak. erk.. lupa plak pakai tudung hijau.

ina, buek..lam poso ni pelbagaikan resepi tolur.

erna, poso dah tak lamo lagi. kepalo memang poning pikirkan hal masak. susah2, boli jo kek kodai haha

ibundo said...

catwoman, kena merajinkan diri. orang sizen macam kakpah kena buat eksesais banyak2..

nizam, ntah... akak je yang panggil terung melayu. orang lain tak tau ler..

smm, hehe.. tak sampai sebulan nanti dah tumbuh balik.

Dr Singa said...

wehhhh.....
cantik gambau bunga2 tu!!!!

Anonymous said...

Salam kakpah,

Jeles tengok kakpah berkebun. Tie suka betul bekebun ni. Cabut rumput pun tak pe.. dah lama tak dapat balik tengok rumah kat kg tu.. rindu laa...

Tu telur dadar lawa pulak. Boleh gak Tie cuba idea kakpah ni...

ibundo said...

dr singa, puas aku tetonggeng-tonggeng tu...

tie, kalau tak joging, kakpah keluarkan peluh dengan bekebun ni lah..
cubalah telur dadar tu...

Syarafina Hamidun said...

maklong , windu lah ngn masakan maklong yang sedap 2 . yummy !!! then , windu nak buat cupcake sama2 . hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...