Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, July 28, 2010

Cinta Kolesterol

Salam.


Sekarang aku dah jarang makan roti canai. Lagipun roti canai bukanlah makanan feveret. Cuma sesekali dalam beberapa bulan bila tak ada mood nak buat sarapan, suami akan ke kedai mamak 4 tambahan membeli beberapa keping roti canai dan roti telur. Aku makanlah agak-agak setengah keping.

Kalau nak makan roti canai, suami akan ke kedai yang sama sebab di kedai itu telurnya dibasuh terlebih dulu. Suami dah cek. Hati-hati kalau makan roti canai sebab sekiranya telur tidak dibasuh sudah semestinya ia tercemar dengan najis. Penebar roti canai akan memegang telur untuk membuat roti telur dan tangan yang sama akan digunakan untuk membuat roti yang lain dan lain lagi.




Dulu aku rajin juga membuat roti canai dan murtabak. Lama-lama aku malas sebab tak pandai nak menebar nipis-nipis. Aku cuma penyek-penyekkan dough dan menarik-nariknya ke tepi sehingga nipis. Tak ada skill langsung. Dan rasanya pun tak sesedap roti canai di kedai tapi cukup jugalah untuk melepaskan kehendak tekak.

Satu hari berbelas tahun yang lampau, semasa suami aku di tempat kerjanya, dia berasa teramatlah lapar walaupun hari baru pukul sembilan. Dia ke kedai makan berhampiran tempat kerjanya dan pekena roti canai dua keping dan teh tarik secawan. Lepas makan, memanglah burpp kekenyangan. Bila balik opis dan tengah bizi buat kerja, tiba-tiba dia teringat yang dia sebenarnya puasa pada hari itu. Puasa sunat. Dah terlupa. Kira rezki dialah...

hmmm.. nak masuk roti canai dalam menu puasa? Tak payah lah. Mungkin letak murtaba sebagai makanan tempelan. Beli di pasar ramadhan saja beberapa keping.

Masih pening lagi ni untuk menyiapkan menu.


kakpah

39 comments:

Kamsiah said...

salam
kat area umh saya ni, ada restoren char kueteow...telurnya dibasuh...saya tak makan chat kueteow kt tempat lain...

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Jauhnya sampai ke 4 Tambahan cari roti canai. Kak Pah, kat Azura section 3 tu pun roti canai dia sedap....roti sadin lagi sedap. Tokey orang kita.....TAPIIIII, tak check pulak telur tu depa basuh ke tidah....aaahhhhh...sudahhhh! :-(

kayteeze said...

Salam Kakpah,

Kat sini semuanya melayu jual roti canai. Tapi Tie tak perasan samada telur tu dibasuh.

Tie suka juga buat sendiri, cuma tak pandai nak tebar. Asyik koyak je. Jadi Tie pun tarik-tarik doh tu sampai nipis, hehe...

kakngah said...

atok cendekey..
kehkehkeh!!!



murtabak mmg wajip beli dlm bln ramadhn. adam sorg jek 2 keping... kuek boto ank bujang tu mkn... ayo ai...

pB said...

pagi ni pB rebus sotong dengan goreng ayam jer...

Kak Nora said...

Salam,
Terima kasih hajah kerana mengingatkan perkara yang selalunya kita ambil 'for granted', terlepas pandang. Ya, roti canai dan murtabak 'cholestrol free'...kolestrol percuma dah!

Mak Su said...

hhmmm, maksu basuh telur kalu kat umah, tapi tak peronah cek pula di kedai, hajat mata nak intai2 tapi takut orang kedai kecik ati, paling baik adalah jgn singgah, kan. lagipun skrg ni maksu pun ada mcm2 ketidak kesihatan, huhuhu

KAKTINY said...

salam kak pah..

kata nk pentol nak buat jamu anak beranak, adik beradik sempena sambut ramadhan... bilanya nak? puasa lagi berapa minggu je nih.. hihihi..

nak nanti, email je eh..
dgn segera pentol sampai.. warghkahkah.. eh eh.. serius nih..
(bagitau nk berapa paket.. yang pentol jenis besar ke or yg jenis kecil tau..)

DrSinga said...

ada restoren siap tulis...
'telur ayam kami dibasuh'

tasekM said...

aku tiap kali nk mkn roti canai mesti teringat. minyak. minyak. jgn mkn. tapi murtabak selamba plak aku cekik. hahaha...



.

mamarempit said...

ye kak...skang ni byk yg sy tgk...tk de basuh pun itu telor....ammakk....ayooyooo...jgn kate mamak..melayu pun samo yo...camno???

julietchun said...

terbyg2 najis kat telur yg tak dibasuh tu, pelaris tu kot,hahahaha

Ms.Lilies said...

murtabak??
huihhhh lama tak makan ni

Ena said...

betul tu kakpah, ena pun tak la penggmar roti canai.. tapi sesekali teringin tu suh la en. hubby belikan.. tapi tak pernah pulak nak check pasal telur tu sibasuh or tas.. nampaknya kena mintak hubby check dulu la lepas nie.. tetiba rasa kembang tekak nie..

kucingorengemok said...

waaa, kak pah dengan kak ash dah ada menu... kog bila lagi? tanya diri sendiri

kucingorengemok said...

waaa, kak pah dengan kak ash dah ada menu... kog bila lagi? tanya diri sendiri

KAKTINY said...

chop chop.. nk jawab kt Dr.Singa.,.
Ye doc, ada satu kat Sg. Dua, P.Pinang.. tagline dia "Char Kue Tiaw - Telur ayam dibasuh" (naik straight atas sikit Mee Udang Sg. Dua yang marbeles itew.. hahaha...)

eh eh.. tasek tak suka dengar semua ni pasal kolesterol kolesterol kolesterol.. kan tasik kan kan kan.. hahaha..

(ampun kak pah.. bermaharajalelarani plak kat sini.. kehkehkeh).

Nizam.Ariff said...

Err... jom diskus menu pagi raya pulak nak?


hahahaha

Nizam.Ariff said...

Err... jom diskus menu pagi raya pulak nak?


hahahaha

Nisa said...

salam kak, nak suh orang tu basuh telur susah sikit, baik jgn makan je kan...

iina said...

saya kat sini buat murtabak guna kulit popia jek kak.. lagik senang takde tebar2.. tapi kata mak saya.. kalau dia buat kulit murtabak tuh dia letak atas dulang pastu tarik pelan2 tepi dulang tuh jadilah nipis hehehe.. xpenah try.. selalu guna kulit popia yg dah siap tuh jek ;)

Den jrg sgt mkn kedai mamak.. sobab pakwe den xgemar lah kak.. dio klu boleh ari2 pun makan masak minang yo.. hehehe..

Zaitun said...

Saya jarang makan roti telor kat kedai,takut telor tak dibasuh.
Nak ikut cara kakpah menyediakan menu...

kakpah said...

kamsiah, lama tak makan char kue tiau. eloklah tu prihatin..

yan, kena tebal muka pegi tanya basuh ke tak basuh. memang ada orang tak suka. tapi kita kan pengguna. pedulik apa..

kakpah said...

tie, melayu pun ada yang tak peduli. suami kakpah dulu kena marah lagi bila suruh basuh telur.

kakngah, umangai adam.. osah goma e kau makan murtabak. so, resepi untuk adam dah setellah kakngah... hari2 murtabak.

pb, je..je.. ko tu banyak jugak kerjanya tu pb hehe..

kakpah said...

kaknora, haha.. percuma yang ni yang kita tak nak ni.

maksu, memang kalau kita intai2 dorang akan rasa semacam. suami kakpah tak kira. orang tak suka dia intai jugak. kalau pasti bertaik dia akan tegur. siaplah kena panjang muncung

kak Erna said...

kak pah..lamo dah tak makan roti canai telur..kalau nak makan pun pi tampin..kedai anak sedara..sah2 pueh hati makan..

kakpah said...

tiny. nak.. nanti nak tengok dulu nak buat makan2nya bila. betul ek boleh hantar hehehe.. kau lah adik angkat aku tiny wakakaka...

dr singa, wah .. tu sudah bagus. tak payah nak skodeng kat dapur dia lagik...

kakpah said...

tm, akak rasa kau selalu je menapau kat subaidah tu..

mamarempit, camno.. melayu pun samo yo untung mahu kerja lebih sori..

juliet, ada taruk perasa lebih jugaki..

lilies, kau oder je kat kakngah...

kakpah said...

kog, ko takyah menu. pegi je makan kat kedai, bnyak menu hiiiii....

tiny, tak per ar ko nak bermaharajela pun. akak ni tak de masa nak masuk blog sendiri pun..
er.. bagus ek bila ada kedai yang ambil berat tentang kehendak orang ramai.

nizam, menu pagi raya tunggu la masuk bulan pose dulu. ko ni punnnn..

kakpah said...

nisa, ikut mulut kita ni je. kalau berat mulut, takyah makan kat situ..

iina, pakai kulit popia sedap ek. akak dulu main tebar atas dulang jugak. tarik2 ke tepi kadang2 sampai koyak.
memang takleh amalkan makan masakan mamak ni..

zaitun, baik takyah makan, kan? Ha.. dah buat menu lum..

kakpah said...

erna, makan kat kedai saudara gerenti dapat diskaun kan?

Insan Marhaen said...

Nak fikir pasal menu pun pening. susah jadi suri rumah yer...

kakpah said...

IM, memang susah jadi suri rumah. sebab tu dapat pahala banyak...

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Saya masih ingat lagi dulu masa kecik-kecik di kampong, kalau nak makan roti canai masuklah telur bawa sendiri telur dari rumah, jadi harganya murah sikit.

Sekarang maunya dilayan kalau kita buat begitu. Silap2 dia suruh kita buat roti canai sendiri.

en_me said...

jijik tengok telor yg kotor kannns..

kakpah said...

kunang-kunang, haha.. betul ke ada kedai yang boleh macam tu. lebih baik buat sendiri je la ye tak..

en-me, mestilah jijik kan!!!

AZANI said...

salam hajjah
roti canai macam dah jadi ruji utk saya...atleast sarap

secangkir madu merah said...

mmmmm sedapnya roti canai...lama dah tak makan..

kakpah said...

azani, salam. hati-hati ... cek dulu sarang telur tu

smm, haha.. tak makan pun tak rugi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...