Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, July 22, 2010

Jaga-jaga kalau demam tak baik-baik

Salam.


Faris demam sejak sabtu malam ahad. Panas. Suhunya tinggi. Beberapa kali mak dan ayahnya membawanya bertemu doktor di kllinik. Makan ubat demam, baik sekejap. Kemudian panasnya membahang semula.

Aku menyarankan membawanya ke kajang medical centre. Doktor suruh balik dan habiskan ubat yang ada. Katanya tak ada apa-apa. Panas badannya baik sekejap. Kemudian panas semula. (Kajang mc pun macam spital kerajaan gak ke. Kata swasta tapi apasal hampeh gak).

Petang semalam Faris dibawa ke Pantai MC terus. Kalau di situ semua tindakan cepat. Sebab itu aku suka ke sana sahaja kalau ada yang sakit. Biar mahal tapi hati puas.

Di Pantai suhunya naik sampai 40 F. Nurse masukkan ubat dalam montot, ambil darah dan lewat petang Faris di syakki diserang denggi. Faris terus ditahan dalam wad. Sian cucu aku.








Alahai Tijah... apasallah 4 bulan baru insuran tu boleh pakai.
Aku konfiden je cakap dengan kaklong; h'a..kang masa nak register tunjukkan medical card faris tu. Hehe.. rupanya belum laku lagi. Kena rabak poket sendirilah nampaknya.

kakpah

28 comments:

kakcikseroja said...

Salam Kakpah..

kadang2 memang 'letih' berurusan dengan insurans ni...

Tapi..Faris memang tersangat comel. :)

Ms.Lilies said...

demam2 dia pun...tetap kiut dgn senyuman :D

nak tenung lelama la...kot terkenan ke kan....eh...sempat lg ke nak terkenan muka faris ni kak hehehehe

anymz said...

kenapa insuran kena tggu sampai 4 bulan tu kakpah??saya yang mengidap penyakit darah tinggi tahap yg tinggi pun,masa apply kena tunggu sebulan je..seb baik dapek yo med kad terus sey di serang strok hehe..

kesian cucu yg comel tu..takpo uwan ado leh tlg bayarkan..itu namo ee sayang cucu :)

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Betul tu. Kalau demam lelama jangan dibiarkan apa lagi budak-budak. Anak Kak Yan (masa dia darjah empat)pernah demam tak kebah-kebah,dah lepas seminggu bawak ke kelinik pulak(kelinik gomen je)...rupanya dia suspected kena denggi, apalagi hampir seminggu, setiap hari kena ambil darah..nasib baiklah lepas tu dia ok.

Sian Faris tu...hiba tengok dia nangis (foto no. 2)....La...dah dapat puting...senum pulak dia!...moga cepat semboh.. :-)

Suliana said...

assalamualaikum kak pah:-)

salam singgah..

anak saya pun selalu demam, beralih bulan baru mesti demam. last bulan lepas sampai 'tarik'. masuk wad terus. ni pun tgh demam ni, ulang bulan yg ke 18 bulan.

http://www.suliana-mylittlesunshine.blogspot.com

kak long said...

hehhh...iyo ko kak?
alahai ank kaklong pun ado yo...
dah elok domam,domam yo balik...
cuak dah nih...

pB said...

harap baby cepat sembuh ...


letih kalau kena tahan lama-lama

kakngah said...
This comment has been removed by the author.
kakngah said...

kok boto denggi, jgn lupo msk sup kotam kak.. bg faris mkn tau.. bkn atok eh.. hihihi!!

Ku Tak Sempurna said...

alahai... tu yg susah klu hospital atau klinik lmbt detect

.
.

.
.

cepat2 sembuh ya faris...

Ena said...

sian kat faris..
moga cepat baik ye sayang..

NOORWAHIDAH MOHD RIDZUAN said...

salam..kesiannya faris.anak sya pun penah demam camtu jgk kak pah. dah rsa cuak dah saya time tu.alhamdulillah pegi klinik bt kali ke-3 baru lega demamnya.harap2 faris cepat sembuh ye

Zaitun said...

Salam kakpah

Dulu masa anak bongsu saya demam 2 bulan bawa klinik bagi ubat tak baik2.Lepas tu saya bawa ke Pantai Hospital,baru tau apa sakitnya.Biar poket robek asal cepat bertindak.

soclose2213 said...

ciannya kena denggi..nasib baik bertindak cepat..semoga cepat sembuh..=.=

kayteeze said...

Salam Kakpah,

Cukup risau bila budak kecik demam panas ni. Bahaya betul. Eloklah dibawa ke klinik tu. Mudah-mudahan Faris cepat sihat kembali.

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Semoga Faris cepat semboh.

Kak ani pun macam tu juga kalau ke klinik dah banyak kali tapi tak juga semboh (maksimum tunggu 3 hari), akan dibawa ke hospital ke PPUM ataupun hospital swasta.

ieda said...

salam kak pah..
sian budak comel ni..cepat sembuh yer..
pasal kad insuran tu..apasal kena tunggu 4 bulan baru boleh pakai?biasanya 3 @ 4 bulan tu utk kes darah tinggi,kencing manis etc.utk kes demam @ kemalangan boleh guna terus jer..cuba check kat polisi/call office insurance tu.

Yunus Badawi said...

Berapa plalette count dia skrg? Harap masih tinggi dan akan naik semula dgn cepat.

Makan sup ketam.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Smlam nampak si Faris tp kita x berani nk dekat pasal kita pun demam, batuk, selsema. Dah 5 ari pun masih lum sembuh 100%.
Tak sangka si comel tu kena denggi. Mmg musim skrg.

Terkenang masa jaga Asnawi di PMC selama 1 mggu sbb denggi. Plalette dia rendah sgt akibat menunggu klinik az zahrah nk sahkan betul ke dia kena denggi. Dah serius baru dia kalangkabut mintak kita pilih mana2 pusat rawatan swasta sbb masa tu hosp penuh org kena denggi. Syukur dia kembali pulih, Semoga Faris cpt sembuh hendaknya.

ckLah@xiiinam said...

Ciannya dia...

kakpah said...

kakcik, kakpah yang tak paham. Dah cakap dah 4 bulan baru boleh pakai.. kakpah yang terlupa.

lilies, dah terlewat dah ko nak mengenan.

anim, ko kena strok nim. Sekarang ni dah ok ke. kakpah pun ada darah tinggi ni.

kakpah said...

yan, kalau demam kejap panas kejap okay dan macam tu berhari-hari, mestilah ada yang tak kena. susah hati dibuatnya.

suliana, salam. ada budak yang antibody tak kuat. sebab tu kejap2 demam. semuga demam anak tu tak apa-apa..

kakpah said...

kaklong, bawak poi klinik tak. tapi klinik pun kadang2 cek ala kadar yo.

pb, alhamdulillah.. dah beransur sembuh

kakngah, dah buek dah sup kotam

kts, faris cakap tenkiu auntie..

kakpah said...

ena, dah beransur sembuh.

noorwahidah, susah hati bila budak kecik demam.

zaitun, tu lah pasal. Kita nak yang cepat, pantas..

kakpah said...

soclose, alhamdulillah.. dah ada tanda nak sembuh

tie, memang susah hati dan risau bila anak kecik sakit.

kunang-kunang, rasanya swasta lebih cepat kalau dibandingkan dengan gomen.

kakpah said...

ieda, memang 4 bulan pun. kakpah yang teroverlook..hehe..

yb, dah buatkan sup ketam dah.. tapi mak dia yang makan hehe

yati, weh.. risau hati. semalam balik suhu dia dah naik. bagi makan ubat pun tak kebah. tu yang pegi bawak spital tu.

cklah, huhuhu..... time kaceh cian kat kita..

julietchun said...

tak sampai hati tgk budak kena cucuk kan, mau uwan bergenang airmata.

~Kak AZZ~ said...

comel ehh cucu Kak Pah... Ni cucu sulong Kak Pah ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...