Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, July 21, 2010

Pagi yang mendung, burung masih menyanyi riang

Salam






Pagi tadi mentari tidak menyinar. Langit kelihatan suram di selubungi awan hitam yang memuntahkan titis-titis hujannya menyembam ke bumi. Deruan angin bersatu harmoni dengan bunyi titis-titis hujan yang mendarat di atas genting dan mengalir melalui alur-alur genting itu terus mencurah ke atas air kolam. Melalui cermin tingkap yang sedikit terbuka aku lihat ikan-ikan di kolam mematikan diri di bawah kiambang yang cepat benar membiak.

Pagi tadi agak dingin tetapi terpaksa juga di redah sebentar lagi untuk menghantar adik ke sekolah. Suami sudah pun keluar ke destinasi sebaik selesai solat subuh dan bersarapan ala kadar. Sejak berpindah majikan ke Tanjung Malim dia terpaksa keluar awal untuk mengelakkan arus kenderaan yang tersekat-sekat.

Aku berpindah ke meja makan mengemaskan sisa sarapan yang belum berkemas. Semasa mengangkat pinggan mangkuk ke dapur ternampak kelibat siti yang sedang terbongkok-bongkok mengeluarkan baju yang sudah selesai di basuh di mesen dan memasukkannya ke dalam bakul. Baju-baju itu akan terperap di dalam bakul sehinggalah hujan berhenti. Ataupun dimasukkan ke dalam mesen pengering sahaja.

'Dah siap dik?'

'Belum'

Sudah dua hari adik pulang berjalan kaki. Van yang sepatutnya mengambilnya dari sekolah dan menghantar ke rumah tidak melaksanakan amanah yang dipertanggung-jawabkan. Dua hari adik pulang dengan baju lencun berpeluh. Penat berjalan selama lima belas minit di bawah terik mentari tidak pula menjadi keluhan adik. Timbul juga perasaan jahatku bahawa ia sengaja dilakukan sebagai melempiaskan rasa marah terhadap aku. Tapi adik tetap menyejukkan hati aku dengan mengatakan tidak mengapa.

'Okay mak, dah siap'

Adik segak berpakaian bomba. Setiap hari rabu murid-murid sekolah menengah jalan 4 akan memakai pakaian koko mereka. Aku mencapai kunci vitara dan memberi isyarat kepada adik supaya menunggu di luar. Hujan masih turun tetapi lebatnya sudah berkurangan. Sebelum keluar aku berpesan pada Man yang masih menjalar di ruang solat supaya bangun dan bersiap untuk ke kuliah. Aku menyuruhnya meminjam kereta atuknya memandangkan hujan belum menunjukkan tanda mahu berhenti.

Perjalanan ke sekolah tidak selicin selalu. Banyak kenderaan di jalan. Begitulah selalunya kalau hujan. Ibu bapa yang risaukan anak mereka kehujanan akan menghantar sendiri anak-anak mereka ke sekolah. Aku mengekori kenderaan yang berekor-ekor.

Tayar belakang kereta di hadapan kereta aku tercebur di dalam lopak di pinggir jalan. Air kuning bertebaran. Perempuan berbaju hijau yang sedang berpayung sambil memegang erat tangan anaknya meloncat terperanjat ke belakang. Kainnya sedikit disingsing sambil mulutnya kumat kamit mengatakan sesuatu. Mungkin memarahi si pemandu. Mungkin. Tetapi siapa peduli?

Aku menurunkan adik di hadapan pintu pagar belakang sekolah. Di situ ada jalan berbumbung yang boleh menahan murid daripada panas dan hujan. Aku terus berlalu dan singgah sebentar di 7 E membeli biskut untuk aku hantar ke perdana.

Tugas aku belum terhenti di situ. Hari masih panjang. Yang pasti hari ini hati aku tidak semendung pagi tadi.


kakpah



10 comments:

Kak Ezza@makcik blogger said...

ini kisah silam ke kak....lain macam jer bunyik nya....

kakpah said...

haha.. kisah pagi tadi.

Ena said...

pagi tadi punyer cerita ye kakpah.. heheh.. best la baca penulisan kakpah.. macam baca novel pulak.. hik hik hik..

Yunus Badawi said...

Bila sibuk buat kerja tu kadang2 hilang perasan yg terbuku dlm hati.

psst - jauhnya abg kerja kat Tg Malim? Dia berulang setiap hari ke?

Mak Su said...

mcm cerpen :)

bila hati tak mendung, hari plaks mendung, baju maksu tak kering, huhuhu

iina said...

Kak tiba-tiba hujan pun turun di glasgow.. mendung jek nie kak.. hehehe den ari2 jln kaki tau kak.. tak pun naik bas lepas tuh kena daki bukit.. jln kaki lagik nak p uni.. xdo sapo nak tumpangkan den nie ahhh hehehe ;)

Kak Nora said...

Gaya penulisan cerpen nampaknya. Saya dah lama tak baca cerpen.

Zaitun said...

Salam kakpah... macam baca novel gitu.Hari mendung hati pun mendung,nasib baik tak sampai kepetang.

kakpah said...

ena, akak ni ada hangin..menulis pun ikut hangin hehe

yb, aku kalau susah hati memang suka buat2 sibuk..
Haah.. berulang tapi kalau kelas sampai pukul tujuh dia tido kat sana je.

maksu, hati mendung pun boleh tak kering baju ek..

kakpah said...

iina, jalan kaki lah bagus. banyak kalori boleh terbakar. ..

kak nora, saya pun dah lama tak baca cerpen atau novel.

zaitun, risau kalau hati mendung. banyak benda tak jadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...