Salam.
Orang mengantuk disorongkan bantal.
Aku kalau dah mengantuk, tak payah sorong sorong bantal. Tidur tegak pun jadi. Berejam-jam pun boleh kalau tak ada yang kacau.
Mata ni kalau dah mengantuk, korang sendal dengan pencuci gigi pun dia malap jugak. Kalau nak kata mengantuk ni penyakit, memang penyakit. Sebab itu kalau anak-anak aku komplen mengantuk.. mengantuk.. aku jawab senang je ubatnya. Tidur.
Kalau naik kereta dan aku jadi mem, memang sah separuh perjalanan tu aku tidur. Nak buat macam mana. Dah mata tak mahu terbukak.
eh!! dah sampai ke
Sampai ke apa nya. Baru kat rest area pedas ni.
Apasal berhenti.
Dreba pun ngantuk gak. Lain le awak tu.. kreh kroh kreh kroh tak ingat orang sebelah.
Bila dreba dah cakap macam ni, tak baik melawan. Kena diam dan akur. Sambung tidur adalah lebih afdal.
Dulu-dulu masa aku anak dara dan duduk di Kl, aku selalu pulang ke kampung naik bas Foh Hup. Bas masa tu mana ada ekon. Semua pakai ekon semulajadi. Jadi, tingkap bas semua terbukak. Bila tingkap terbukak, angin yang lebih dari sepoi sepoi bahasa tu menerjah-nerjah kelopak mata aku menyebabkan aku menjadi mengantuk yang teramat sangat. Maka bermulalah sesi angguk-angguk geleng-geleng. Sekali kepala terbabas ke belakang dan gedegang pada besi tempat duduk, terus buntang bijik mata. Nak cover malu, buat-buatlah bukak beg cari teket bas.
Ada sorang kawan pada arwah mak sedara aku yang agak pelik bila dia tidur. Ini cerita dah lama dah. Cerita masa aku belum kawin gak. Kawan dia ni orang sabah. Masa tu dia baru balik dari US lepas habis buat phd. Sebelum balik ke sabah dia singgah transit di rumah mak sedara aku. Aku nampak dia terbaring di atas sofa tidak bergerak-gerak. Matanya bulat memandang ke depan. Lama dia macam tu. Aku ingatkan dia pengsan. Rupa-rupanya dia tengah tidur. Mak sedara aku kata dia tidur memang mata terbeliak macam tu. Masa tu memanglah aku rasa freaky.
Rasa mengantuk ni orang kata jangan dilayan. Tapi kena layan jugak. Kalau tak layan nanti kepala pening berdenyut-denyut. Dapat seploh menet pun memadai. Kadang-kadang tu aku rasa mengantuk ni pun kena hasut dek setan. Mana taknya, kalau menengok benda-benda yang mengasyikkan tak ada mananya mata tu mengantuk. Tapi kalau mendengar ceramah agama, duduk dalam kelas pengajian, mulalah mata terkebil-kebil dan asyik terangguk-angguk. Mesti ustazah/ustaz tu ingat kita mengiyakan kata-katanya dan mendengar dengan kusyuk.
Sebenarnya tadi masa balik dari melawat faris di hospital aku rasa teramat mengantuk. Aku cuba jugalah melawan imah berbual-bual tapi lama-lama aku tertidur jugak. Sorilah imah, ko kena bawak kereta sengsorang. Mak ngantuk ar.
Huarghh!!!!!!
kakpah
17 comments:
Nak tidur sebelah kakPah. Boleh?
:)
cklah, kik..kik..kik.. mana ko nak campak pak zahan tu.
a'a kan kakpah.. kao ngadap blog, tenet berjam2 pun tak pe.. segor bugor jekkk.. tapi bila ngdap kijer2 manual.. mata pun mula la mengantuk!.. jahat tul setan tu kan!.. haihhH!!
ada tidur mata terbukak ya kak pah...?
terbaru dari saya : long bamboo
kak pah..sian cucu kak pah..nasib baik masih boleh senyum lagi walau pun dah masok sepital..bertambah comel pulak nampak nya dak faris tu..
Kak Pah.. ngantuk mmg ubatnya tido.. den kalau ngantuk.. kena cari air cappucino lah kak.. baru terbuka biji mata.. cian faris ye kak.. harap2 dia cepatlah kuwa sepital ;)
Betol la Kak Pah... Kalau dh mengantuk sgt, dapat tidur sekelipan pon dh okay dah.. Akak sy salu cmtu, tido smbil duduk... lotih la tu..
Kak Pah ado tips tak cmner nak ilangkan rasa ngantuk maso dgr ceramah atau baca buku2 ilmu ni.. huhu...
Samalah macam saya kakpah,atas sofa pun boleh lena,duduk tu apa lagi kalau naik kereta tau2 dah sampai...hehehe.
Mata dah mengantuk, tapi nak layan blog juga.
adess...mata mengantuk gakz ni...jap lagi konfirm tumbang...tp ttp xnk lari dr fesbuk dgn blog..mlm minggulah katakan..hehe
kalau benda yang kita suka dan minat, memaang tak ngantuk
cikgu normah, tu lah sekali kakpah jumpa.
erna, semalam dah ceria dah. habis pelosok bilik tu dijelajah hehe
iina, kapukoling taakdo ko haha..
azz, haha.. ko mintak tips kek salah orang.
zaitun, samo lah kito
kaknora, tau tak per
noranifa, tu satu lagi penyakit yang susah nak elak hehe..
Tidur sebelum masuk waktu zohor , besttttttt
tapi jarang nak dapat lelap sebab kat pejabatni tak der tempat landing yang sesuai
pb, hii.... pasang toto bawah meja tak leh ke..
tido dalam kereta memang best, err..tu kira terapi gak ke? ehehehehe
saya seboleh2nya tak berani tido kalau husband drive sebab dia pun akan mengantuk..bila dia ngantuk dia drive laju2 nak bg cepat sampai..
Post a Comment