Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, July 6, 2010

Puh Kiri Puh Kanan

Salam.


Sampuk

Suami pernah bercerita, isteri kawan kepada kawan kepada kawannya terlalu mudah kena sampuk. Isteri kawan kepada kawan kepada kawannya ini bagaikan laluan makhluk halus untuk menyeberang ke alam sebelah sini. Oleh kerana seringnya kena sampuk, maka sering jugalah dia tidak sedarkan diri. Kadang-kadang dia berbahasa siam, kadang-kadang berbahasa jepun, kadang-kadang dia berbahasa bahasa yang tak tahu bahasa apa.

Aku mendengar gitu-gitu sahaja tanpa penghayatan. Aku tidak tahu bagaimana rupanya orang kena sampuk dan bila aku mendengar cerita tanpa aku sendiri pernah mengalaminya maka begitulah aku. Mendengar gitu gitu sahaja.

Sehinggalah pada satu masa staff aku sendiri kena sampuk oleh makhluk halus ini. Makhluk yang menggelar dirinya si hitam dan si putih. Bila dirinya menjadi si hitam dia akan bersuara garau dan bila dirinya menjadi si putih dia akan bersuara bagaikan seorang puteri zaman silam.

Setan dan jin pandai menguasai manusia. Bukan sahaja menguasai perangai dan tindak tanduk tetapi juga pandai menguasai jasad. Untuk tidak dikuasai mereka, kita manusia ini perlukan perisai yang kuat dan kukuh. Tanpa perisai ini kita akan terus lupa dan mudah dikuasai.


Kakpah ni kena sampuk apa ni tak pasal-pasal tunjuk gambar makanan



menyampuk


Ada orang memang suka menyampuk cakap orang. Bila dengar orang bercakap, dia terus masuk tanpa bagi salam. Kalau kecil dulu aku buat macam tu masa mak atau nenek aku tengah bercakap, mesti aku kena cubit seletus dua.

Perangai suka menelinga perbualan orang menyebabkan perilaku menyampuk ini. Sukaaaaaaa sangat nak tahu apa orang bualkan.

Bibik aku ada sorang yang punya perangai macam ni. Kalau dia sedang menumbuk cili guna lesung batu, dan terdengar aku berbual dengan bibik aku yang lagi sorang, maka dia akan berhenti menumbuk dan pasang telinga. Macamlah aku tak tahu.



Mak!!!, nak ikut. Nak ikut........
Kata Man masa dia berumur 6 tahun.

Nak ikut pergi mana

Nak ikut mak pergi kedai cetak rompak


Aku sebenarnya tengah berbual dengan kaklong tentang kawan ayahnya yang kena rompak dan memberitahunya yang aku dan ayah mahu menziarahi kawan itu.
Man yang tak tahu hujung pangkal terus saja menyampuk. Memang kena lepuk.

kakpah

31 comments:

pB said...

Salam


tahniah sebab nak dpt cucu lagi ...

DrSinga said...

kalau ngomen.... tak namanya nyampuk kan....
sebab dok kat bawah...
:)

kak long said...

kaklong dh kono sampuk ngn makanan kakpah tu...
tongah lapa ni...!

Ms.Lilies said...

mcm2 jenis sampukan skrg...
saya pun tersampuk gak skrg ni

muahahahaha

kakngah said...

mlm kawen adk ipar, akk ipar kene sampuk. speking tamil.

Webmaster@Echam said...

Kesian kat Man.....

Yunus Badawi said...

Salam kakpah,
saya tak pandai pulak nak menyampuk hari ni huhuhu

julietchun said...

Errr.adakah man selalu dibawa oleh si ibu ke kedai cetak rompak? hahahhahaha. Kalo sebut kedai emas sedap juga bunyinya, :P

Ummi Humaira said...

salam kak pah...

saja nk menyampuk....

sedap je nampak makanan tu...terus lapar ni...

Tijah said...

misti bibik tu maghin maso kocik2 omak eh ghoma bg makan kuih telingo koling kan?

kucingorengemok said...

sekarang adegan sampuk boleh tengok kat tv, tah apa nama program, tak ingat (khalid salleh jadi hos, kalau tak silap)

Azita Zain said...

kalau orang menyampuk memang rasa nak lepuk2 jer....!

salam kakpah...
sihat ke?

Anna Da Lady said...

hehe...ayat kat bawah tu yang tak bleh tahan tu..camne ye bleh tersasul sebut kedai cetak rompak..hehe..ke emaknya ni meme selalu pergi kedai2 cenggitu...gurau je, sis..anyway,salam perkenalan, sis...

Ena said...

betul tu kakpah.. kalau zaman kecik dulu tak berani tak menyampuk sbb sure kena lepuk.. tapi zaman la nie.. lepuk kat anak yg suka nyampuk sekali deri yg lepuk kita balik.. adeiiih!! kak pah ada petua tak?

iina said...

Kak.. hehehe man tuh bkn takat nk kono lepuk.. kono sosah sekali hehehehe.. ado laei ko kodai cetak rompak nie?? hehehe

menyampuk sekali sekala best apo.. kalau disampuk bahaya kak.. tapi kalau disampuk hantu chef profesional best apo kak.. leh yo den order mkn best2 hehehe ;)

kak Erna said...

ha ha ha..kak pah..ado jugak lucu nya ni..teringat masa mak marah menyampok ni la..
tapi yang jadi kenangan..bila kita dah dewasa..mak pulak suka meyampok..tanpa..tahu apa yang kita bualkan adik beradik..kadang2 jadi bahan gelak cucu2 nya..

anymz said...

ingat kocik2 dulu kakpah,bila menyampuk ckp org tua2,teruk saya kena cubit,sampai lobam2 lopeh tetamu balik..huhu..apolah garang na omak sey....hehe

kakpah said...

juliet, dulu aku selalu gak la beli keset/cd kat pasar malam. err.. tu kira kedai cetak rompak ke hiiii..

umiiiiiiii.... umi sehat ke. dah hilang penat?

tijah, kek indon nun ado kue tolingo koling gak ko jah kahkah..

kakpah said...

kog, iye? akak ni selalu terkebelakang..

ita, salam dan sehat.

anna, salam kenal. hehe dulu2 layan gak cd cetak rompak ni..

ena, petua? haha.. orang bercakap suruh dia pegi memain jauh2

kakpah said...

iina, dulu kocik2 buleh lah di lopuk hehe..
ontah. raso e tak do kot. kek warta ni dulu torang2 jua cd pirate ni. dah lamo dah tak ado.
kono sampuk dek chef? takyah lah ina oi. kono chef kaflamyanga, maun hari2 masak kari yo..

kakpah said...

erna, hehe.. kakpah kadang2 termenyampuk gak bila anak2 bercakap. sudah e kono golakkan.

anymz, nenek kakpah dulu kalau monyampuk ni dio kobaan 'molampam'. Memang kono cubit kalau molampam ni.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Ya, memang ada orang suka sangat menyampuk, walau pun tak tahu hujung pangkal. Paling geram, ada orang yang angsung tak respect topik perbualan orang yang nak disampuk, kita sedap-sedap cerita tentang nak masak mee rebud, tup-tup dia bawak cerita artis bercerai...haru!

~Kak AZZ~ said...

Hehehe.... Kannn, kito kocik2 dulu kalau menebeng yoo tgk mak beburak, dah kono joling dah... kok tak paham gak, kono la cubit sedas dua...

Saya pnh tengok orang kena sampuk ni kak... kena histeria laa.. bnyk kali dah tengok.. Mmg ada suara kecik dgn suara besar tu... serammmmm.... huhuhu...

tasekM said...

pengakit menyampuk ni dapat kat MC. mmg aku nk lepuk je rasanya...



.

ashley said...

Hmm..apasal aku rasa macam dah baca jer entry ni..hmmmm
.
.
kena sampuk ke aper ek?

kakpah said...

yan, haha.. kalau nak nyampuk pun nyampuk lah dengan ada stail kan? tak masuk korum tul.

azz, osah botul lah kan? kekocik dulu goma bonar menebeng bilo orang tuo bocakap. memang nak kono..

kakpah said...

tm, kalau nak lepuk pun, bagi lepuk sayang. kang melalak pulak budak tu.

ashley, ala.. citer batman, citer superman pun ada versi baru apa. kehkehkeh..

a kl citizen said...

budak sekarang ni tak de takutnya nak menyampuk cakap orang kak pah..
dedulu ayah menjeling je dah kecut perut

kakpah said...

cikgu, budak sekarang tak tau takut kan?

Zaitun said...

Salam kakpah

Orang dulu2 kan banyak yang tak boleh,kalau mereka bersembang usah nak sampuk dekat pun tak boleh.

kakpah said...

zaitun, haah kan.. kena suruh pegi jauh-jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...