Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, July 8, 2010

HIDU

Salam.


Waktu abah melaungkan azan subuh, enjin besar lori sampah menderam kuat tika ia lalu di depan rumah. Bau busuk yang dibawa bersama lantas masuk menerjah rongga hidung. Jelek, jijik bersilih ganti. Aku kagum dengan mereka yang tugasnya mengutip sampah di rumah-rumah orang dan sekaligus menghirup aroma yang disertakan bersama sampah sarap. Tiada siapa yang mahu tetapi sudah ditakdirkan itulah perkerjaan mereka. Dan kita memang memerlukan mereka. Harap-harap sekiranya yang bertugas itu muslim, janganlah lalaikan laungan di pagi yang hening itu.

Aku ke kl menaiki komuter. Semasa pintu komuter terbuka, aku beratur menunggu giliran tetapi anak-anak muda bertolakan terus. Aku terdorong ke kiri ke kanan dan akhirnya di dorong ke dalam. Perut komuter penuh dengan manusia. Aku terhoyong-hayang bila komuter mula bergerak. Tidak ada tempat duduk. Aku memerhatikan kalau ada sesiapa yang kesihan dengan makcik tua yang kehilangan tempat bergantung. Tidak ada tiang nak pegang. Ada seorang anak muda mengisyaratkan dengan tangan supaya aku duduk di tempatnya. Alhamdulillah.

Sebaik aku duduk bau hamis manusia di sebelah aku menusuk hidung. Adakalanya menyebabkan kesukaran untuk aku bernafas. Aku mula mempersoalkan keikhlasan anak muda tadi memberikan tempat duduknya kepada aku.


Kadang-kadang bila lori sampah lalu dan sekiranya anak di sisi membuat komplen tentang bau busuk yang ditinggalkan, aku akan katakan bahawa tanpa mereka hidup kita akan lebih sengsara dan tidak selesa. Bayangkan sampah terlonggok berhari-hari tanpa dipungut. Tugas mereka mulia. Kita tidak boleh memandang rendah kepada mereka.


Apabila sampai di kl central, aku terus ke tempat menempah teksi dan membayar tambang untuk ke Pantai MC. Lima belas tinggit lebih. Mahal? Aku rasa cekik darah. Selepas mendapat tiket, aku ke tempat menunggu teksi dan ada sebuah teksi yang sudah siap menunggu pelanggan. Ada orang yang mengarahkan aku menaiki teksi tersebut. Aku buka pintu belakang. Aku masuk. Dan bau rokok yang terperap di dalam kereta itu membuat aku mahu termuntah belilah. Aku menekup hidung dengan tudung, hirup nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Lima belas minit yang aku terpaksa lalui untuk sampai ke destinasi cukup menyiksakan.


Aku juga memberitahu anakku supaya belajar rajin-rajin. Belajarlah supaya dapat ke menara gading. Supaya nanti dapat menjawat jawatan yang boleh menjanjikan perkerjaan yang baik. Mereka yang berkerja sebagai pemungut sampah mungkin tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan perkerjaan yang lebih elok. Perkerjaan yang tidak dikelilingi bau busuk, hapak dan jijik.


Aku turun dari teksi dengan rasa sikit terhoyong-hayang disebabkan kekurangan oksigen (acah lebih?) ditambah pula dengan panggilan alam yang sangat mendera. Dengan kelam kabut aku mencari tandas. Aku menolak pintu tandas dengan agak rakus dan bau semerbak yang ada di dalam bilik kecil itu menerobos rongga hidu aku terus. Apalah nasib aku hari itu.


Bau busuk. Bau hapak. Bau tengik. Bau yang menjijikkan. Saban hari kita menghidunya. Kita tak boleh lari daripada menghidu bau-bau sebegini. Tetapi ada satu jenis bau yang tidak dapat dihidu menggunakan deria bau.

Hati busuk.

kakpah.

26 comments:

Ms.Lilies said...

Hati busuk doc je bleh detect hehehe

ejaMaria said...

kak... dulu Maria gi keje naik bas... mcm tu la pagi2... lalu depan tpt sampah... dlm bas duduk ade bangla... turun bas sakit perut pegi public toilet bau nye... ampun...

Alhamdulillah... skrg dah ade keta sendiri... dah tak tunggu bas... dah tak bersesak dlm bas... bau perfume keta slalu wangi je... sampai baju pun bau wangi :)

dan slalu ingatkan diri jgn pandang jelek org keje kutip sampah... sapu jalan... potong rumput... cleaner... klu takde diorg ni sape nak buat kan?

indahhouse said...

Salam kak pah,
Alangkah baiknya kalu lori sampah tak keluarkan bau busuk. kat negara maju dah ada sistem macam tu. selesa je para pemandu kat jalan raya. Ini tidak, masuk taman perumahan pun dah terbau dari jauh dan menitis2 air dari lori. huhu.

saya org susah dok kampung dulu, tandas zink kerajaan, dah biasa bau-bau camtu. Cuma teringat.... kebersihan itu separuh dr iman :D

kakcikseroja said...

Kalau hati busuk, hanya tuan punya badan yang boleh 'berusaha' untuk menyucikannya....

ain said...

salam kak pah. lori sampah kat sini suka press sampah kat dpn umah saya, bau air sampah tu mmg menyeksakan, klu rajin saya kasi cuci bersih2 jln tu, klu tak main pancit2 gitu je la.

Yunus Badawi said...

salam kakpah.

Ada hari2 yg mcm ni. Semua perkara mcm tak memihak kpd kita. Mungkin utk kita berfikir supaya hati kita tak busuk. Subhanallah.

Yunus Badawi said...

Anak saya masa kecil dulu bercita2 nak kerja jadi pengutip sampah sbb teruja tengok org bergayut kat lori sampah hehehe

anymz said...

salam kakpah,hati busuk?
hepatatis B atau manusia yang mempunyai hati yang lengkap dgn hasad dan dengki?

ermmmm....yang ini ese lomah boto....
sebab tak dapek hidu......

pB said...

akak pernah tengok Dirty Job tak ...


itu lagi dasyattttttttt

NenekPenne said...

hati busuk umpama syaitan bertopengkan manusia
sedih tengok dia, berpakaian menutup aurat siap dgn tudung, tutur kata yang sopan dan lemah lembut tapi sayang hatinya busuk...

mamarempit said...

kak pah - hari2 sya duduk dan berdepan dengan rubbish collector ni kak pah...ada yg hatinye memang bersih....tp ada juga yg tidak merasa bersyukur dgn pekerjaan mereka...sy penah rungutkan betapa geramnya hati..bila mereka merungut hanya kerana mendapat kenaikan gaji yg tidak memuaskan ati...sy katakan sebaiknya kamu bersyukur..sbb kamu masih punye kerja dan ada kenaikan serta bonus...tp saya dimarahnye balik...


kalaulah mereka itu tau, betapa mulianya kerja mereka...dan kalaulah mereka itu bersyukur....:(

Ena said...

betul kata kakpah tu.. hati busuk susah nak hidu.. lama2 tembelangnya akan pecah juga.. itu pun kalau kita lama dengan dier.. kalo tak sampai bile pun tak tahu betapa busuk nye hati yg busuk tu.. haihhh!!

julietchun said...

budak muda tu pon agaknya taktahan bau hamis tu dia pass kat kakpah,ekekekeke.

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam boss, lama x bersua muka..busy ler tu. Thanks for the cup cakes, yummy.

kita slalu ckp kt bebudak dlm kelas jgn pdg hina pekerja angkat sampah tu. Klu takde diaorg mau berulat seluruh Bangi nih. Kena t.kasih kt depa sepatutnya, dahlah hidung diaorg kebal bau busuk..

Kita serik naik komuter sbb hidung VVIP kita loya seribu bau wangi dlm tu sampai kita muntah berlelah masa gi pameran bk PWTC. Dahlah kena berdiri brhempet2, mujur x kena org. Nasib baik ada bag telekung, dialah penyelamat. Maka telekung kita beranekalah warnanya dan bertambahlah wanginya.

Ada ke anak2 suruh buang jer telekung tu, tidak sama skali. Kita siap tumpang basuh kt toilet stesen dan jemur kt pagar blakang toilet, balik PWTC amik semula..selamat..

Sejak tu sorry n tq, smpai skrg x naik komuter lg dah..nanti agak2dah hilang fobia..teringin gak nk try..ngeh..ngeh..

lupekanje said...

acik harap acik tk ada simpan hati yg busuk tuh. Rasanya tak ada. Tak ada sebab pulak nk membusukkan hati.
Tapi ada orang benci jugak. Ujian lah tu...

kakpah said...

lilies, ko kat sepital lagi ke atau dah keluar.

ejamaria, kalau kenderaan sendiri boleh kontrol bau.
kita semua perlukan mereka yang menjadi boroh kasar ini.

indahouse, negara kita dah maju. sepatutnya cara pembuangan sampah mesti sudah sampai tahap maju juga...
orang kampung dulu pakai jamban asli. bertenggek atas titi dan dibawa kehilir oleh air sungai haha..

kakpah said...

kakcik, masaalah besar ialah orang yang berhati busuk itu tidak sedar yang hatinya busuk..

ain, alamak.. itu lagi menyeksakan.

yb, the day when everything goes wrong... kena tanya diri gak apa salah yang kita dah buat.

yb, sepupu aku dulu kecik2 nak jadi dreba stemrol... budak2 ni nampak yang seronok je.

kakpah said...

anim, memang susah nak hidu. kadang bila dapat hidu dah terlambat. nak buek camno?

pb, haha dirty job. errkk.. dirty job tu cerita tv ke, movie hehe..

nenekpenne, mungkin ko telah mengalami sesuatu yang pahit dengan orang yang berhati busuk ini...
kena tabah.

mamarempit, selagi rezki yang kita cari itu halal kita patut bersyukur, walaupun sekadar menjadi cleaner, pemungut sampah dan sebagainya. malanglah kalau mereka tak nampak kemuliaan di sebalik kebusukan itu..

ena, kalau terjumpa orang yang hatinya busuk, eloklah tolong cucikan.. kalau dia tak mau, tinggalkan je.. takut menjangkit.

kakpah said...

juliet, aku syak pun macam tu lah..

yati, aku pun malas nak naik komuter ni. kena pulak hari tu semua orang pegi keje, kreta aku pulak orang dah songlap. vitara dan kete imah masuk bengkel. mau tak mau naik gaklah commuter. Terasa seriknya...

acik, kalau kita rasa hati ada penyakit, baca je zikrullah banyak2 sebagai ubat. Acik okay. tak busuk pun. kakpah tak benci acik ngeh..ngeh..

Zaitun said...

Salam kakpah, kalau orang hatinya busuk mukanya jarang nak senyum.

kak Erna said...

kak pah..hati busok tak bolih bau..tapi bolih..dengar dah bolih lihat..

~Kak AZZ~ said...

Betul kata Kak Pah.. Kalau semua nak kerja yg bagus2, siapa pula yg nak buat kerja2 mcm pengutip sampah tu..

Kerja apa sekalipun, yg penting hati kenalah baik... Tp kalau org dh tak suka kt kita, baik mcm mana sekalipun tetap kena kata juga.. kannn...

Mudah2an dijauhkan la penyakit hati busuk ni dr saya dan kita semua..

kak ina kl said...

salam kak pah..betul tu..jgn di hina org kerja cam ni..tapi takutlah dengan orang yang hati busuk..lagi bahaya..

ala memang tak sempat nak jenguk kelas kak pah..saya byk hal lah tadi..

tahniah buat kak ngah..wah sekejapan ajer nak ada 2 cucu ek

rajin tul nak cc bagai..saya tak rajin

kakpah said...

zaitun, hehe tips bagus tu

erna, benda yang busuk ni mesti tak boleh sorok punya. bau!!!

azz, sebolehnya memang kita taknak kerja yang macam tu tapi semuanya rezki masing2. Kalau dak rezki kat situ, kat situ lah...

ina, kakpah memang takut dengan orang berhati busuk. org macam ni bahaya..
aduy.. sakit belakang buat cc semalam.

DrSinga said...

aku setuju dgn Dak Juliet tu Kak....
:)

kakpah said...

dr singa, kakpah pun setuju jugak atas persetujuan ko dengan dak juliet tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...