Salam Jumaat
Di Mekah dan di Madinah, orang perempuan akan sama-sama berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat. Dua tiga jam sebelum azan, jemaah sudah menempah tempat duduk di dalam masjid. Kalau lambat, alamat sembahyang di luar di bawah panas terik.
Di masjid Nabawi ada disediakan tempat khas untuk muslimat. Di Masjidil Haram, tempat muslimat terhad dan memandangkan jemaah yang ramai terutamanya dalam musim haji, muslimat dan muslimin duduk bercampur-campur. Memang susah nak dielakkan. Tambahan lagi orang tempatan juga akan turun untuk menunaikan solat Jumaat.
Di tempat kita yang keluar untuk solat Jumaat adalah kaum muslimin itupun tidak semua juga kaum adam ini yang keluar ke masjid. Ramai juga yang keluar melepak-lepak di shopping complex ataupun berjalan tanpa hala tuju. Agak janggal bila perempuan sama-sama bersolat Jumaat di tempat kita ini.
Kalau kita dalam perjalanan ke mana-mana dan suami singgah di masjid untuk solat Jumaat, kita akan duduk dalam kereta sahaja menunggu sehingga mereka selesai bersolat. Kemudian barulah kita mengambil giliran untuk solat zohor.
Mungkin pihak masjid boleh meninggalkan sedikit ruang untuk kaum muslimat yang kepingin untuk bersolat Jumaat ini?
kakpah
21 comments:
salam kakpah.
teringat masa saya jd student kt korea dulu. tiap jumaat saya akan ke masjid di itaewon tu utk solatr jumaat. ruang muslimah disediakan di tingkat atas wpun x luas. selain bersolat dpt juga kenal2 org muslim korea & lain2 negara. juga dpt jumpa kawan2 malaysia yg tinggal di berlainan tempat & universiti.
lps solat sama2 gi makan nasi lauk ayam kt gerai2 korean muslim kat situ...
teringat plak cerita lama...heheh
btl la kak..
kat mesia ni tk dipopularkan muslimat menyertai solat jumaat. bagi yg xder tmpt melepak lagi mengabiskan duit cam saya ni.. selalunya buat taik mata jek.. ops!
agaknya kalo disediakan ruang utk muslimat, lagi ler ramai muslimin tak gi solat, dengan alasan ruang dorang dah sempit :P
salam kak pah ....
tadi pie Jaya Jusco Bukit Raja, ramai lelaki yang datang bulan
Salam Kakpah..
kalau keluar de shopping complex pada hari Jumaat, memang sedih lihat ramainya lelaki Islam yang selamba 'berjalan-jalan' sama di dalam waktu solat Jumaat. Dan lebih sedih, beriringan dengannya adalah wanita yang bertudung. Takkan ramai sangat yang bermusafir, kot! Lagipun, tak ada masalah untuk para musafir menunaikan solat di Kuala Lumpur ini sebenarnya! :(
Salam kak pah...orang lelaki yang kat shopping kompleks tu agaknya kulit muka diorang tu dah tebal macam kulit tenggiling agaknya...takde rasa malu pun...
Hajah,
Apa-apa pun, topic aside, saya suka tengok mata cucu ninda. Bulat dan bulu matanya lentek.....mesti bila remaja nanti hencem!
kak pah..mual2 sekali nak cakap..comel faris..apa sal wan biarkan dio gigit gotah..bahayo tu..he he..faris memang menarik minat saya nak ke blog kak pah ni..makin di lihat..makin direnong..makin teringin nak jumpa..ish2.
n3 kak pah pun bes..saya kalau ayah e..masuk masjid..tak pernah ikut..tunggu dalam keto..dah selosai dio jumaat..orang dah kluar semua..baru masuk pulak solat zohor.
Salam Kak Pah,
Faris dah sihat yer. Alhamdulillah.
Dulu-dulu masa saya muda2lah, di masjid negara tempat sholat jumaat untuk orang perempuan di tingkat atas. Sekarang saya tak sama ada masih ada atau tidak.
Sebenarnya bukan sholat Jumaat saja perempuan kurang (mungkin tak ada) begitu juga dengan sholat jenazah, jarang kita nampak perempuan sholat jenazah, tapi sekarang dah mulalah sikit. Mudah2an akan berterusan.
klu kat m'sia pompuan solat jumaat....shopping mall akan berkurangan pengunjung pada tengahari jumnaat.....bagusjugak tu...bleh jimatkan duit...
kat malaysia ni macam awkward kan...issue berkaitan juga adalah tempat, mmg tak dak tempat untuk wanita, padahal dibolehkan kalu nak join, sunat.
Bagus juga cadangan kakpah tu,saya merasa solat Jumaat kat Masjidil Haram.
Betul tuh kak.. klu ada ruang insyAllah ramai perempuan nak pergi..
memang patut
jadi tak ada sebab, suami temankan bini ke shopping complex
terbaru dari saya : saya ikut perlahan dari belakang
ita, oo dulu stadi kat korea ye. anak2 kakpah cukup minat dengan artis korea ni. orang korea cantik2 dan hensem2 ke ataupun yang cantik dan hensem tu yang keluar kat wayang je.
kakngah, boleh jimat duit yo. haha.. kok ado pun, yang poi semayang boleh kiro ngan jari. baik bontang toto kek opis..
juliet, memang cukup bernas pendapat ko.
pb, alamak..takut harga pad naik mendadak sebab permintaan tinggi..
kakcik, salam. Memang susah nak faham masalah ni. kalau dalam bulan puasa pihak penguasa tangkap yang tak puasa masukkan dalam kereta mayat. kalau nak buat macam tu utk mereka yang tak pegi solat jumaat...ish..tak terbuat pulak agaknya.
anie, betul cakap ko tu anie. dah tak lut..
neklang, time kaceh.. time kaceh..
erna, dah dio jumpo gotah, kakpah pulak dapek idea nak tangkap gambar.
Ha.. tu lah kan? kono tunggu orang solosai somayang dulu baru kito boleh masuk pulak. kalau ado tompek, boleh sokali gus yo.
kunang-kunang, faris dah sehat alhamdulillah. pukul 6 lebih discharged. Begitu begini dekat pukul lapan jugak baru keluar hospital.
tak tau lah ek ada lagi ke tak ruang utk solat jumaat kat masjid negara tu.
zaidah, rasanya orang lebih gemar bershoping daripada ke masjid.
maksu, sebab tak biasa. Ruang solat wanita pun kena conquer dek orang lelaki masa solat jumaat.
zaitun, seronok dapat sama2 melaksanakannya....
iina, kalau ada ruang kan?
cikgu nomah, haha.. terkena sapa yang makan cili tu..
Tie rasa laa, lebih elok dulukan yang wajib. Ni masih lagi tiada kesedaran yang solat Jumaat tu wajib bagi kaum lelaki.
Kaum wanita diperlukan berada di rumah tika itu, sebab nak sediakan hidangan tengahari (suami balik dari solat nanti), hehe..
tie, kalau ada pun tak semua yang pergi. yang pergi mungkin beberapa kerat... yang dah tua-tua macam kakpah ni hehe..
pegi dengan suami dan balik singgah makan kat kedai.. hehe..
Post a Comment