Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, July 5, 2010

Yang dirancang dan Yang tidak dirancang

Salam.


Ahad lepas kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari imah.

Imah langgar orang.

Aku dengar ayahnya bercakap dengan nada terkejut dan bimbang. Aku yang ketika itu berada di dalam billik air cepat-cepat keluar dengan dada yang berombak mengikut rentak jantung yang berdegup kencang. Bila aku dengar suara ayahnya mengendur aku merasa sedikit lega.

Ceritanya, ada perempuan bawa motor dari kiri dan tiba-tiba melencong ke kanan. Imah yang tergamam dan tidak sempat membrek terus melentung motor dan penunggang serta pemboncengnya terhumban di atas jalan. Kejap-kejap tu juga orang ramai dan juga polis datang.

Aku sempat membebel. Aku dah cakap tak payahlah pergi piknik dengan kengkawan tu. Hari hujan. Nanti hujan di sebelah atas, lebat ke tak lebat ke, kita yang mandi di bawah ni tak tahu. Banyak dah berlaku air sungai turun melimpah-limpah dari sebelah atas terus membanjiri, melimpahi sungai di sebelah bawah. Bahaya. Tapi kalau bercakap dengan lawyer ni memang dia akan menang.

Akibatnya, keretanya tersadai di workshop sampai ke hari ini. Menyebabkan aku susah ke mana-mana kerana kereta aku juga secara otomatik diambil-alih. Nasib baik juga orang yang dilanggar tak apa-apa.

Sebulan sebelum itu semasa aku dan staff ke Cameron Highland, Imah juga buat gempar. Kebetulan dia dan kawan-kawan ke Perak pada hari yang sama sebab memenuhi jemputan kawan mereka yang melangsungkan perkahwinan. Sebelum kami sampai ke Tapah Imah telefon mengatakan keretanya terhenti di tepi highway kerana enjin dah tak boleh setat. Aku pun hairan juga kerana kereta tu kereta baru dan baru tiga tahun pakai. Nasib baik masih di Sungai Buluh dan kesudahannya kereta dia masuk workshop. Habis lima ribu lebih untuk baikinya.



Kamis lepas pula aku tengok Man terlepek saja di atas katil. Dua hari sebelum itu badannya panas sebab demam. Aku menyuruhnya makan panadol. Tapi pada kamis itu suhunya mencecah 40 F. Aku dan suami terus membawanya ke Pantai MC. Doktor di wad emegensi mengambil darah, mencucuk jarum di pergelangan tangan dan memasukkan air. Dr kata tak payah masuk wad. Kalau darah okay, dia bagi ubat dan boleh balik.

Bila dapat result, dr kata tak ada denggi tapi white blood cell's count tinggi. Ada virus lain. Mahu tak mahu kena masuk wad juga. Empat hari juga Man duduk hospital. Mula-mula dr suspect malaria. Tapi bukan. Sepanjang duduk di wad, Man terus diberi ubat dan antibiotik. Alhamdulillah semalam petang dah keluar.


Banyak benda yang kita rancang. Kadang-kadang apa yang kita rancang itu berlaku seperti yang kita rancang dan kadang-kadang pula apa yang terjadi tidak seperti yang kita rancang. Semuanya kuasa Allah.

Ada pula benda yang kita tidak rancang tetapi ia berlaku juga mengikut kehendakNya. Kita terpaksa akur.

Kebelakangan ini banyak benda yang kami rancang dan yang tidak rancang berlaku. Yang berlaku mengikut rancangan, alhamdulillah. Dan yang berlaku tanpa dirancang-rancang, kami terima dengan hati bersyukur juga kerana dengannya Allah membawa peringatan buat kami.


Sabtu depan majlis menyambut menantu di rumah aku. Bukan anak aku tapi anak buah. Maaf tidak menjemput. Kami buat kecil-kecil sahaja. Semuga semuanya berjalan lancar seperti yang di solat-hajatkan.

Kepada Imah yang ke mahkamah hari ini kerana 'short call', good luck!!!

kakpah

20 comments:

Yunus Badawi said...

Kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan. Semoga apa yg ditentukan itu yg terbaik buat kita walaupun kita tak mengetahuinya.

Ms.Lilies said...

saya yg baca cite si imah eksiden pun debar2 lagikla akak yg jd maknya...

tp btlla....plan mcm mana baik pun kalo Tuhan kata bukan itu yg terbaik xjd jugala kan

Yunus Badawi said...

Wah saya first pagi ni. Nampak sgt takde kerja huhuhu

ibundo said...

yb, cuma DIA yang mengetahui.. kita cuma terima pilihanNYA.

Lilies, berderau darah akak weh..

yb, ko takde keje macam kakpah jugak. minggu ni cuti sebab bizi hehe..

kucingorengemok said...

tak boleh lawan cakap mak langsung kan, adaaa je benda tak kena terjadi nanti :|

Dr Singa said...

mak kena beli kereta baru...

ejaMaria said...

kalau engkar cakap 'Mak' mesti macam-macam hal... lagi la susah hati mak... hummmm
moral nye - ikut cakap Mak

julietchun said...

kalo eksiden motor ngan kereta org suka nak salahkan kereta tambah lagi kalo pemandunya wanita, kecut perut.

ibundo said...

kog, tu lah pasal.. tapi mulut ni tak nak sebut je..

dr singa, huwaa... bajet tak de.

ejamaria, nasib baik ko paham maria.. anak aku je yang tak paham hehe..

juliet, tu yang takut tu. ada yang siap bawak geng lagi.

Ms Haslina said...

sungguh tu...emak emak pun kena tolak ansur....

KTS said...

klu dah namanya ibu, tetaplah ibu juga

.
.

err.. ibu den pun mcm kakpah laaa... br dgr cite sikit, mula berombak2 dada... br ujan sikit, mula tak bg pegi jalan2.. risau..


.
.



errr.. dan kalau namanya anak, tetaplah anak juga

.
.
kurang mendengar kata.. kurang tu maknanya kdg2 tak dgr kata, kdg2 dgr kata. :D

haip IMAH! dgr ckp mak lain kali..


errr.. den ank yg mendengar kata kakpah.. bagus kaaan

hihihi

tasekM said...

aku kalau jadi imah nk menggeletar kepala lutut dah...



.

secangkir madu merah said...

salam kakPah,

Tidak semua apa yg kita mahu akan kita perolehi dan seringkali apa yg kita tidak mahu yg kita miliki...tetap bersyukur...

iina said...

Tu namo ehh tak donga cakap mak.. dah kabar jgn poei.. ahh poei gak hehehe.. sajo den lak nak membebel hehehe.. tapi klu den lah kan.. klu omak dah xbagi poei.. den mmg xkan pergi.. mulut dio masin yo kak.. xleh buek memain hehehe.. samo cam mulut kak pah hehehe..

Yelah kak kdg kita tak dpt nk kawal apa yg terjadi sebab itu ada qada & qadar kan ;).. yg penting kita usaha dulu

Acik Erna said...

kak pah..alhamdulillah..walau apa pun anak2 kak pah..dah sehat..dan juga tiada kecederaan.....syukor...

ibundo said...

haslina, emak sekarang tak macam dulu2. mak kata putih, putih lah... anak jangan nak ngengada kata hitam hiiii...

kts, kao kena tunggu jadi omak dulu baru ko buleh paham haha. tapi ko anak yang baik kan? kan?

ibundo said...

tm, tak tau lah pulak menggeletar ke tidak lutut dia.. Heh.. kau pun penakot ke.

ibundo said...

smm, ye la kan. Allah nak uji kita ni macam2 cara.

iina, haha.. tu lah den dah kobaan takyah lah poi.. nak poi gak.
kocik marin kalau abah dah kato jangan tu,ha..janganlah. kang tak pasal2 kono lompang.

erna, alhamdulillah..

Anonymous said...

alamak ramai lak smash imah ni! hihihi
ala time remaja ni la nak bejalan. sok2 dah tua kena duk umah aje. kuang3

lupekanje said...

imah da jadik lawyer dah?..wah...bolehlah mintak tulun bab undang2 nnt nih.

kak pah..acikpun salu mmbebel..eh..bukan bebel...nasihattt...kat anak acik si kakak tu. Pompuan ni bawak keter gopoh...tawu nk laju je...yg kita ni tesirap2 darah dibuatnya.
*pompuan? si abang kata.."umi pun bawak gopoh gak!" heheh...
ok imah...don wori...acik da tetua ni la bru dpt gi jenjalan tau...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...