Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, August 13, 2010

CUTI PUASA

Salam.



Kecik dulu kalau terserempak dengan emak yang misalnya sedang bertenggong atas pengukur kelapa sambil menatang sepinggan nasi dan dengan kusyuknya memasukkan nasi itu ke dalam mulut, aku akan berlari mendapatkan abah.

Abah..abah... omak tak poso

dan abah akan jawab

Omak kau tolupo lah tu..

Logik aku ketika itu belum sampai ke tahap kalau-terlupa-kenapa-makan-dengan-nasi-sepinggan -penuh-dengan-lauk-pauk-bagai. Aku terima jawapan abah seadanya sehinggalah aku faham kenapa emak tidak berpuasa beberapa hari dalam bulan ramadhan.





Satu ketika semasa aku berumur sembilan belas tahun, aku membantu maklang membuat biskut raya di rumahnya di damansara height. Anaknya yang belum baligh ada sama membantu. Bau biskut yang harum semerbak memenuhi ruang dapur dan tengahari yang rembang menambahkan rasa lapar di perut yang sememangnya sedang lapar. Aku mengambil sebiji dan mengatakan pada anaknya yang aku akan makan biskut itu.

Kalau berani kaklang makanlah..(dalam famili aku dipanggil kaklang)

Dan aku memasukkannya ke dalam mulut.

Mama!!!.. kaklang tak puasa.

Dan maklang cuma tersengih.





Apabila telah berkeluarga dan anak-anak telah ramai dan sudah mula belajar-belajar berpuasa, aku akan makan menyorok-nyorok supaya mereka tidak nampak. Tetapi ada juga sekali sekala terkantoi dan anak yang lelaki berlari mengadu pada ayahnya.

Lama kelamaan apabila melihat anak-anak letih loyak terutamanya bila pulang dari sekolah dan dalam masa yang sama aku tidak boleh berpuasa, datang satu perasaan sayu dan serba salah. Anak-anak letih dan lapar. Aku sedap-sedap memenuhkan tembolok. Sejak itu kalau aku tidak berpuasa, aku akan hanya minum air sahaja dan sama-sama berlapar dengan mereka.




Perempuan diberi kelebihan ini. Diberi cuti beberapa hari di dalam bulan Ramadhan dan kadang-kadang diberi cuti lebih daripada beberapa hari seperti yang sedang dialami oleh lilies yang telah selamat melahirkan bos keciknya. Tapi cuti kami cuti berganti.

Dan ada kaum adam yang iri hati terhadap kelebihan orang perempuan. Sanggup mereka tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini. Kesiannya.





Berpuasa. Letih. Mengantuk. Biasalah.
Semalam, semasa melayan rasa mengantuk di dalam kelas, aku menyandarkan kepala ke rak buku di belakangku sambil memejamkan mata. Aku tahu, berpasang-pasang mata tengah memerhatikan aku.

ei..ei.. ummu tidurlah.
Ummu pening kepala tu. Ummu puasa.

Terima kasih anak-anak kerana memahami ummu kalian...hahaha..


Selamat berbuka puasa.


kakpah

24 comments:

Acik Erna said...

salam kak pah..selamat berbuka dan bersahur..
saya pun sejak anak2 mula berpuasa..tak pernah makan..walaupun tak puasa..kesian ngan anak..saya cuma membatalkan puasa aje..lepas subuh..lepas tu..tak makan apa2 sampailah waktu berbuka..

lupekanje said...

tak poser pun cam poser gak kan...kena makan sorok2 ...cam buat salah lak..haha..
bukan takut...tapi hormat kat org poser je..

aitotyati said...

salam kakpah,

sedapnye cendol (^_^)

Tijah said...

uishhh. tekonang lak rojak berahim pokan rabu tu..

ckLah @xiiinam said...

Apa cendol tu buat kat situ kakPah?

He he he

ejaMaria said...

puasa atau tak... mmg Mak dah ajar - tak bole makan juga... paling kuat pun curi-curi minum... jd sampai skrg pun Maria tak reti nak makan masa siang hari puasa walaupun tengah uzur... ade tidak minum je la... huhuhu

iina said...

Kak Pah.. yolah kak kot tido yo.. cubolah kalau mkn.. hahaha raso2 ehhh xdo memahami dah.. confirm gosip bosa ari tuh hehehe

Deliah's Deli said...

salam ramadhan...n slmt berpuasa kak pah :) sodap cendol pilah tu kak pah-ando laie ko? bak la sikit :)

Cik Azz said...

salam ramadhan Kak Pah... Jonguk sini japp, curi2 masa ni haa... hehe..

Lilies tu kwn Tijah tu kan.. Alhamdulillah, dah selamat bersalin dah dia...

sayapun mcm akak gak dulu, siap makan bawah meja lg nk nyuruk dr adik lelaki.... tup2 dia nampak je, terus dia jerit sampai jiran sebelah rumah dengar.. hahaha...

ibundo said...

erna, dalam bulan puasa kantung perut kempis. kalau minum air pun dah kenyang..

acik, yang kita perempuan ni makan nyorok2 takper jugak. yang jenis lagi satu tu makan nyorok2 belakang tabir apehal!!

ibundo said...

totyati, tu lah.. semalam godek2 gambar terjumpa gambar cendol. terliur la pulak.

tijah, err.. pokan rabu tu kek mano. toboh mano kek pilah tu.

ibundo said...

cklah, saja2 nak bagi cklah terliur hehe

ejamaria, anak2 pun tak dapatlah nak mengadu kat bapak ek..

iina, gosip sampai ko rumah haha.. konfem ado omak bapak yang talipun.

del, salam ramadhan. cendol tu dah solamat disomadikan berbulan yng dulu hiiii...

azz, osah bizi e kau kan? haah.. kawan dak tijah dan kawan ramai org gak sobab bloger terkenal kehkeh..
sekarang ni kau tokantoi lagi tak?

Ena said...

salam kakpah..

heheh.. sy tak pernah makan beria2 walaupun tak puasa apa lagi depan suami.. dan sy biasanya hanya minum air aje sbb rasa kesian pd mereka yg berpuasa.. dan sy tetap nak merasa nikmatnya berbuka sama2 walaupun tak puasa.. ;D

tapi sy kdg jadi malu bila ada ssetengah perempuan yg tidak berpuasa dengan selamba nya makan & minum didepan kaum adam.. haihhh!!

KTS said...

tgk cendol tu teringat mamak cendol

.
.

ada ke patut, pukul 12 setengah tgh hari meniaga cendol ngan rojak kat depan surau. Sah2 kat situ sume org islam.. eh org melayu.. sbb ada yg nama bunyi melayu, muka mmg tulen melayu, tp selamba jek tak pose... mungkin bukan islam

.
.

rasa nak FIRE je mamak tu!!

secangkir madu merah said...

wah cendol itu, sungguh....mmmm malasnya cakap, pagi lagi ni....

apape pun, ibu tetap ibukan..punya hati yg sgt murni, sanggup berlapar dahaga krana anak2...

kucingorengemok said...

kat ofis kita yang malu kalau org2 'cuti' tak segan silu announce dia nak gi makan kat pantri... mak tak pernah makan depan kita org (tak tau pun bila dia period) jadi tak biasa buat kerja tu.

baik sungguh anak-anak aulad! :)

Zaitun said...

Curi makan kadang2 terkantoi juga tapi bila anak dah besar2 malu pula makan depan mereka walau pun mereka dah faham.

ASH said...

Insyirah pun bersalin anak lelaki seminggu gitulah sebelum Ramadhan. Dok dalam pantang la ni.
Tak posa sebulan in 2003 sebab lahirkan si Huda. Dia lahir 28 Syaaban. Lepas tu jenuh bersilat menggantikannya..

kasihibu said...

kak
kalau sya, poso ke tak poso ke
enpakwe dah bagitahu, hormati bulan puasa, kesian anak anak
habis camno/minum air pun churi..churi.. ;p

Catwoman said...

Salam Kak Pah.....

Akak tempek gambar cendol tu mcm tahu2 je yg sy suka cendol.....
lagi best jika ada kacang merah & buah nau dlm cendol tu.....mabeles!

:)

ibundo said...

ena, bagusnya camtu. takder lah yang poser tu terkulat2 nengok kita makan.
yang selamber makan tu memang tak malu le tu..

ibundo said...

kts, kalau aku ada kat situ mesti aku fire gak sedas dua das...

smm, cendol.. harini kita buat puding cendol..

kog, aduyai.. sungguh kurang sopan.

zaitun, kakpah dah dua tahun puasa penuh haha.. takder terkantoi lagi dah..

ibundo said...

ashley, o ye ke.. no telpon dia dah hilang. aku pun kena juga sorang dulu cuti puasa sebulan dan memang mencabar menggantinya bila orang lain sedap2 makan...

sayangsayang ibu, haha.. curi2 minum belakang peti ais tak leh ke..

catwoman, bulan poser nengok benda2 yang berais...memang mencabar iman hehe..

Anonymous said...

kak pah,

selamat berbuka dan bersahur. takat ni belum lg nak berbuka sbb kak yah tak dtg lagi. mungkin dalam hujung bulan. kalo boleh nak pose abis. malas nak ganti2.

salam perkenalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...