Followers
jom klik
Saturday, August 14, 2010
Api yang menjilat daging
Tengok api ni teringat pada api neraka.
Kalau kayu dan batu menangis takut dijadikan bahan bakar api neraka, apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal fikiran. Kepada yang saja-saja meninggalkan puasa tu, takut takutlah pada api yang mengganas.
Petang tadi anak-anak sibuk membuat barbeque untuk berbuka. Aku sudah menyiapkan nasi lemak dua periuk. Satu bewarna hijau dan satu lagi nasi lemak biasa. Masak rendang kerang tiga kilo. Biasalah kalau beli kerang ni. Dua kilo tu berat kulit saja. Isi dapatlah seciput. Sambal, siti yang masak sebab kaki aku dah tegang sebab berlama-lamaan bersilat di dapur.
Aktiviti hari ni penuh sejak pagi. Pukul lapan lebih sikit aku dah terpacak di pintu tesco. Harini 'no plastic bag's day'. Aku bawak 4 raga besar siap2 dari rumah. Balik rumah terus buat puding cendol yang memang telah dirancang sejak semalam.
Kemudian aku tengok dalam peti ais ada whipping cream, ada lebihan fruit cocktail, ada lebihan cincau juga. Tengok dalam almari ada pulak tepung kastad dan agar-agar pun ada sikit. Lebur semua dalam periuk, buat dua warna, maka jadilah:
Sebelum maghrib, adik beradik dan anak buah sudah mula datang. Berbuka ramai-ramai memang seronok. Seronok berebut-rebut. Tapi bos sudah sound dulu; azan berbuka dengan kurma dan minum air saja. Makan kuih sikit. Lepas tu maghrib. Lepas maghrib baru makan-makan sampai puas.
Ni gambar masa berbuka. Ada satu grup lagi yang tua-tua kat bawah. Acara makan tak ada gambar sebab kamerawoman pun sebok makan.
Pagi tadi terbatuk-batuk sebab sejak awal puasa asek minum air batu. Bila dah batuk rasa taubat taknak minum air batu lagi. Tapi bila tiba masa berbuka, boleh terlupa pula taubat aku tu. Ish..ish..
kakpah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
salam kakpah...
seronoknya berbuka beramai2. mcm2 ada pulak tu. geram tengok puding / agar2 tu....
ita, memang seronok..
ala.. ita lagi pandai buat macam-macam..
kakpah,
sodap-sodap menu eh...
teringat kalong kek punding cendol tu...
ari tu balik umah omak,kek dewan ado buek pertandingan memasak..omak suh kaklong buek satu resepi..kalong buek la puding cendol tu...monang kak...
suko omak kaklong...
takpo kak...ais tu ubej batuk...hehehe
kak pah..taubat sambal belacan tu..dah tau podeh..colik yo lai..
nak buek camano kak pah kan..dah mana tahan..tengok anak2 minum air batu..kita pun teringin yo..tapi..saya cuma sejok kan air dalam peti ais....tak do air batu..
Selamat menjalani ibadah puasa, buat kakpah sekeluarga.
.
.
.
Tertarik betul pada puding kakpah tu..huhu..
salam buat kak pah..
amboi sedapnya...
isshhh...kakpah..apo tak koba an buek puding cendol tu..boleh yo ese gagah2kan diri poi bangi..tak malu mengendeng ni doh..hehe
Salam Kakpah..
aduhai.. terliur tengok puding tu!:)
Wow, puding cendol yang mengancam dan minuman ais yang menggoda.Terliur, batal puasa tak?
kreatiflah kakpah ni...boleh buat mcm2 klu cukup bendanya kan? yg penting pandai masak...tak macam saya hehehhehhee...
seronok berbuka ramai2, dan solat ramai2 juga...
kaklong, wa.. tu dah kiro terer tu kaklong. air batu? tengok dulu koadaan tokak potang ni hehe..
erna, haha.. memang taubat sambal bolacan. potang ni anak bawak air kolapo pulak.. hmm.. camno tu..
tee, selamat menjalankan ibadah puasa jugak utk tee dan keluarga. puding tu... mungkin indah rupa dari rasa hehe..
paklong, salam. selamat berpuasa.
anim, iyo ko nim.. ko jangan acah-acah yo.
kakcik, selamat berbuka puasa kakcik..
kaknora.. tak batal. hilang markah je haha
smm, ko pun terer masak. jangan nak sorok la..
Post a Comment