Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, August 24, 2010

Jus Kurma air Zamzam

Zam zam alakazam..
Mentera magik yang selalu dimainkan anak-anak. Mentera ini mengingatkan aku pada cerita ali baba bujang lapuk bahagian p.ramlee dan aziz satar mahu membuka pintu gua. Aku hafal mentera itu sejak kecil hinggalah masuk u tetapi tidak mengetahui maknanya. Sehinggalah lecturer bahasa jawa aku memberitahu maknanya. Sejak itu setiap kali menontonnya aku pasti akan ketawa terkekek-kekek apatah lagi bila si sudin yang merapu meraban mencuba membuka pintu gua tak dapat-dapat.

Aku rasa pelawak tiga orang ini tidak ada penggantinya.


Minggu lepas aku mendapat panggilan telefon dari sepupu aku Zam di Trengganu. Mula-mula aku tertanya-tanya juga kenapa dia menelefon aku tetapi hanya saja-saja bertanya kabar. Zam ini anaknya ramai macam aku juga dan anak-anaknya alhamdulillah semua pandai-pandai dan berjawatan baik-baik. Hidupnya juga aku lihat sudah berubah. Anak-anak sudah boleh membantu. Dia adalah antara sepupu aku yang rajin mencari saudara. Kalau dia ke kl sudah pasti dia akan singgah ke rumah saudara maranya di sebelah sini.


Tertingat juga aku kepada kawan sekelas aku semasa di tingkatan 4 sehingga tingkatan 6 di JB dulu. Zamharirah namanya. Dua tiga bulan yang lepas aku rasa aku melihat kelibatnya di tesco. Oleh kerana aku sudah berada di kaunter bayaran dan hari pun sudah lewat petang, aku terpaksa menahan diri daripada mengejarnya. Selepas itu aku berharap-harap akan terserempak dengannya lagi. Nampaknya nasib belum menyebelahi aku. Mungkinkah dia tinggal di daerah kajang?


Mereka yang bernasib baik menjejakkan kaki di Madinah dan Mekah tentu tahu akan kenikmatan air zamzam. Rugi kalau tidak mengambil kesempatan meminum air zamzam sepuas-puasnya ketika di sana.




Dulu, dalam masjid Haram berhampiran dengan kaabah terdapat tangga menuju ke bawah ke telaga zamzam. Aku sempat melihat telaga itu walaupun sudah di kepung konkrit tinggi. Di situ ada pancuran air untuk mandi bagi sesiapa yang mahu mandi. Aku tidak melepaskan peluang bersiram air zamzam walaupun memakai baju dan telekung kerana pakaian yang basah akan mengering dengan begitu cepat di bawah cuaca panas Mekah.

Kemudian, air pancur itu sudah tidak ada lagi. Yang ada cuma deretan sinki dan pancutan air paip untuk para jemaah mengambil airnya untuk diminum. Ada juga yang menggunakannya untuk mengambil wudhu. Sekiranya batal wudhu ketika tawaf atau solat, ramai jemaah akan turun ke tempat perigi zamzam itu. Bagi jemaah wanita, tempat itu selesa untuk berwudhu kerana jauh dari mata lelaki.

Kemudian beberapa tahun lepas tempat itu sudah di tutup dan dijadikan dataran.


Aku dan suami telah menjadikan satu habit membawa sebotol kecil air zamzam mengelilingi kaabah ketika kami tawaf. Air zamzam itu kemudiannya kami masukkan ke dalam bekas air besar. Kami buat begitu sehinggalah bekas air itu penuh. Air ini kami bawa balik ke malaysia dan kami gunakan sedikit-sedikit bila perlu. Sekiranya ada anak-anak yang sakit pening atau untuk menghilangkan darah gemuruh atau untuk menenangkan fikiran atau apa-apa sajalah, dengan izin Allah ia membantu.

Semasa mengerjakan haji tahun lepas kami mengisi air zamzam tawaf ini ke dalam bekas air 10L tetapi tidak dapat membawanya balik ke tanah air kerana tidak dibenarkan oleh pihak pekej. Kami meninggalkannya pada sahabat kami Abu Ahmad seorang arab Mekah untuk menguruskannya. Alhamdulillah dua bulan yang lepas air zamzam itu sampai ke rumah.


Aku dan suami mempunyai azam untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan tetapi azam kami masih terhalang kerana sebab-sebab pekerjaan dan anak-anak. Kami berdoa supaya azam kami tercapai satu masa nanti.


Salam.

kakpah

25 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam kakpah..

InsyaAllah aZAM dan niat yang baik itu akan dikabulkanNya. :)

pB said...

Salam Kak Pah


insyaallah satu hari nanti , impian kak PaH dan suami akan menjadi kenyataan

kucingorengemok said...

dulu masa kecik percaya je orang kata air zam² rasanya lain dari air masak, payau... lama² ni baru tau kenapa- yang dibawak balik dari mekah dah lama dok dalam bekas plastik! dah rasa plastik laa... hihi

Ena said...

Mudah2an yg azam yg elok tu akan terlaksana juga nanti.. ;D

Catwoman said...

Salam Kak Pah.....

Sy doakan yg baik2 utk Akak & family. Semoga m`jadi realiti & t`laksana apa yg d`azamkan tu...
Insya Allah.

:)

KTS said...

amin... semoga dimakbulkan aZAM kakpah tu..

nanti bole mintak sikit air ZAMZAM ala kaZAM
.
.

.
.

dah dengar lagu raya ct naZAM lebaran??

;D

zuanjoe said...

bertuah k.pah...

minta air Zam2 boleh..?
nk buat kuat semangat...
insya Allah kita semua dlm rahmat Nya.....

julietchun said...

nasib baik ada sahabat di sana.

HANNA PLEASURE said...

alhamdulillah akak dah sampai sana Mekah, saya tgh usahakan mak saya utk ke sana ni..akak doakan ye..

anymz said...

alhamdulillah,se ponah dgr org bwk air zamzam masa tawaf dan bersyukur kak pah mengingatkan se tntg hal ini..insyaallah semoga Allah swt mengizinkan kakpah dan suami utk ke sanun pd bulan ramadhan yg akan dtg..amiin.

Ms.Lilies said...

Hari tu lepas si kecik lahir sapu air zam2 kat bibir dia...kemain menjilat lg...sementara tggu susu ibu muncul sapu2 gak skit2...pun berselera dia jilat2... :D

ain said...

saya selalu simpan air zam zam utk anak minum waktu nak peksa.

Mak Su said...

moga cepat tercapai azammu kakpah :)

Dr Singa said...

kak...
sampai sekarang kita tak tau maknanya..
apa maknanya???
mentera tu??
:)

ckLah @xiiinam said...

Amin...InsyaAllah tercapai...

ckLah sekali...

Acik Erna said...

kak pah..berapa banyak ZAM da..hehe..semoga aZAM kak pah nak buat umrah dibulan ramadhan akan tercapai jua..insyaallah..

Guru said...

banyak betul zam zam kat sini kak pah...

iina said...

Kak.. kalau ada batu ZAMrud ke.. bolehlah bagi kat den satu yo kak hehehe... InsyAllah.. saya doakan aZAM akak tercapai.. nanti boleh lah saya mintak sikit air ZAMZAM ye kak ;)

lupekanje said...

kak....dah khatam quran lom?

Yunus Badawi said...

ZAMan dulu org naik tikar terbang. Zam zam ala kazam.

Skrg naik kapalterbang.

Saya ada kawan nama KaZAM masa sekolah rendah dulu. Apalah kabar dia skrg?

ibundo said...

kakcik, tk kerana mendoakan

pb, insyaallah

ibundo said...

kog, bdk2 dulu memang taksuka minum sebab rasanya lain. sebenarnya enak. betullah agaknya payau sebab lama dlm bekas plastik.

ena, mudah2an

catwoman, tk kerana mendoakan

kts, yk. lagu siti? hehe kurang arif..

ibundo said...

zuanjoe, ada lagi tu sikit air zamzam.. ameklah.

juliet, nasib baik kan? kalau tak, tinggal je la kat hotel tu..

soclose, insyaAllah.. niat yang baik itu akan terlaksana.

ibundo said...

anim, nikmat dan khasiat zamzam tak bertambah kalau kita bawa tawaf tapi air yang disertakan doa-doa apatah lagi ketika mengerjakan umrah atau haji tentu ada kelebihannya dengan izin Allah juga.

lilies, sebab sedap la tu.. Tak tau la bila sempat nak menjenguk sikecik nih..

ain, betul tu. sebab susah nak cari, kita minum sikit-sikit..

ibundo said...

maksu, tk keraqna mendoakan

dr singa, haha.. kena tanya cklah tu. tapi lebih kurang nak beraklah..

erna, insyaallah

cikgu ramlah, hehe..

iina, nanti kalau akak ado tercangkul harta karun akak bagi kau sogonggam..

acik, erkk!!!!

yb, orang dulu ada naik tikar terbang ke.. biar betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...