Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, August 21, 2010

Yang sakit

Satu petang semasa aku di tingkatan enam, kami enam sekawan duduk-duduk di tepi tebing menghadap ke jalan larkin. Kami duduk membelakangkan bangunan sekolah. Tujuan kami duduk di situ ialah untuk mengulangkaji secara santai tetapi lebih ke arah berbual-bual kosong.

Kemudian lalu seorang lelaki berjalan kaki. Sambil berjalan sambil dia memandang ke arah kami. Dia berjalan lambat-lambat sambil tersengeh-sengeh macam orang tidak betul. Tiba-tiba dia berhenti, memusingkan badannya menghadap kami dan melondehkan seluarnya. Kami menjerit terpekik terlolong dan lari lintang pukang.


Banyak tahun yang lalu ketika farah masih di sekolah menengah, kejadian yang sama berlaku. Ketika itu dia sedang menggunakan public phone dan tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang dengan gila meroyannya membuka zip seluar dan menunjukkan benda alah yang tak sepatutnya. Farah pulang dengan tergigil-gigil.


Beberapa hari yang lalu emak Tariq menghantar sms mengatakan Tariq bercerita si Haikal melondehkan seluarnya di depan budak2 lain di kelas. Tariq dan Haikal dalam kelas aku. Aku sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi dan aku agak mesti perkara itu terjadi semasa cikgu bertugas diluar. Ada dua orang guru bertugas di dalam bangunan sekolah sebelum loceng berbunyi dan oleh kerana ruang di dalam berbilik-bilik, mungkin perbuatan Haikal terlepas pandang.


Haikal! Betul ke haikal buka seluar depan kawan-kawan.

Dia senyap dan tunduk.

Betul ke haikal buka seluar semalam, aku tanya pada yang lain.

Betul ummu.

Habis tu kamu semua tengok?

Taakkkk! Kitorang tutup mata.

Aku membebel-bebel depan kelas dekat setengah jam. Aku kaitkan dengan malaikat Roqib dan Atid yang mencatatkan kebaikan dan kejahatan. Apa saja kesalahan dan kejahatan yang dibuat akan ditulis oleh malaikat Atid. Kalau perbuatan itu salah Atid akan pangkah besar-besar dan aku gariskan tanda X besar-besar di udara.

Mungkin anak ini tidak tahu kenapa perbuatan itu salah dan tugas kamilah untuk membetulkannya. Aku juga berharap supaya ibu dan bapanya juga sama-sama membentuk anak ini menjadi anak yang soleh dan bijak pandai sebab aku kadang-kadang terasa penatnya asyik menyebut namanya dari pagi sampai balik sekolah.


Hati aku masih berbuku bila membaca berita mayat bayi yang dipercayai didera ditinggalkan di perhentian bas. Juga berbuku apabila seorang bapa dan dua orang abang sanggup merogol anak/adik mereka yang kudung sebelah tangan.

Di manakah letaknya akal dan keperimanusiaan.

kakpah

33 comments:

ckLah@xiiinam said...

Astagfirullah...
Dari manalah budak yang masih belum keras ubun2 ni dapat idea tu ya kakPah?

...berat juga tugas kakPah nak mendidiknya, andai semua tu pengaruh dr latar beelakang keluarga....

ckLah pertama kali jumpa pesakit macam tu masa dalam perjalanan ke dewan kuliah di UM dulu. Masa tu duduk di luar kampus. Orang tu duduk dalam parit dan 'psst-psst' kat kami. Bila kita tengok...huh, 'Shilake betul!

kakcik said...

Salam Kak Pah..

selamat berpuasa. kakcik pernah ada pengalaman yang sama. Sekali masa di sekolah menengah. Sekali lagi masa dah kerja. Kena di Kg Baru.... menggigil dibuatnya.

Eh! ada sekali lagi - di pejabat lama dulu.. Entah dari man 'sigila' itu datang. Tercegat di depan pintu sebaik kakcik buka pintu untuk keluar dari tandas. Memang terpekik terlolong kakcik dibuatnya. Adoiii....

Anak2 memang kena dididik dan diberi kefahaman tentang MALU serta hukum hakam sedari mereka kecil. Dan ibubapa, jangan sewenang2nya berlepas laku di hadapan anak2 - nanti mereka fikir perbuatan itu tidak salah.

Memang sangat tersentuh hati melihat mayat bayi yang ditinggalkan itu...:(

(Panjang pulak kakcik punya komen ni...)

KAKTINY said...

salam kak pah..

tu namanya akal letak kt kepala lutut.. mangkuk toilet.. grr grr grrr..

sedih la perangai bukan2 skrg ni.. setiap hari ada je berita sedih yg dipaparkan, yg tak diberitakan pon bersepah kan kak pah.. huhuhu...

ain said...

salam kak pah...bdk kecik pun dah terbawa2 dgn perbuatan yg tak senonoh. Takut di rumah, ada contoh yg tak elok yg dijadikan ikutan.

Mencabar gak kan nak mendidik dari rebung ni.

ejaMaria said...

mmm...mmg susah nak didik tentang malu dan kemaluan... tp dua-dua ni penting utk jadikan seorang manusia... hanya manusia yg tahu malu akan menjaga 'kemaluan'nya... semoga mereka yg di didik Kak Pah mampu menjadi manusia sebaiknya... amin

Ena said...

Tu la kan kak pah berat tanngunggjawab sebagai pendidik nie.. TK kakpah..

sy pun pernah juga nampak org2 yg x siuman mcm tu.. memg lari tak cukup kaki org kata.. kalau budak2 buat mcm tu.. Nauzubillah.. x tahu mana budak tu belajar & mcm mana blh terpk nak buat..

Ms.Lilies said...

Berita psl org buang baby saya mmg xnak tgk kak....xsampai hati...terbyg2 bdk tu nangis2 semut gigit la apa la...

kak Erna said...

kak pah..masa saya kerja kat airport lagi dahsyat kak pah..dibantai nya berlari dalam arivval hall tu..puas polis nak tangkap ..orang hitam pulak tu..bulat dia berlari..haru..

kakngah said...

gelak jap.. baca komen kak erna... adeh...

adb hrtu ada gak buat perangai camtu. mujur kat rmh jek. sbb xder pulak cikgu tadika komplen. geram punya psl, saya ugut nk buh cili merah kat ehem.. ehem.. dia kalau buat lg... hhmm..lps ni buat pendekatan mcm kpah la. cara lembut.. terima kasih kak, tunjuk saya jalan..

iina said...

Kak Pah..

Raso den lah kak bondo tuh mmg semuo ponah kenalah kak.. den zaman sekolah menengah dulu puaslah kak.. tggu kek depan pintu pgr asrama lak tuh.. cam tau2 yo kitaorg nak lalu situ.. itu belum lagi bila nmpk tggu kek bustop.. aiihh usah ckplah.. den raso diorg nie mmg gian ler.. kek sini tak penah pun den nampak org2 cenggitu.. nape kek mesia banyak bona ekk..

Budak2 tuh mesti mengikut.. sebab dia tak faham lagi apa yang betul atau salah.. dia rasa apa dia buat tuh betul mmg tugas kitalah betulkan yang septutnya..

Selamat berbuka ye kak.. masak apo potang nie.. ;)

Ku Tak Sempurna said...

ada org ajar, klu ada lelaki tyg anunya, jgn jerit... nanti lg dia suka... tapi cakap camni kat di

"ek elehhhh... besar tu je?? ada ati nak tunjuk"


errr.. klu reramai mungkin berani, klu sensorang.... uiiihhhh.. jgn cobak2.. kang tak pasal2 kena kejar.. errr den tak pernah cuba sbb tak pernah terserempak dgn org cenggitu.. hrp2 tak jumpa... tak sanggup...

;D

Kak Nora said...

Sudah tanda-tanda akhir zaman!

tasekM said...

aku zaman sekolah dulu ada gak org tunjuk benda dia masa kat dalam bas. tapi aku steady je lah!

wah! hahaha...

gigilllllllll kak. mmg gigilllll....



.

farah hamirdin said...

err..tuan punya diri nak komen.

masa tu mmg gigil pale lutut. masa tu kita tengah pakai tipon. pastu mamst tu dok tunggu blakang kat atas motor dia. kita pun heranla apsal dia tak guna tipon sbelah. tipun tu rosak ke. sakli kita dah abis guna tolehla blakang nak tanya dia nak guna ke. skali dia dah tunjuk benda tu..ternganga terlopong kita. terus capai beskal lari lintang pukang. mmg takut tergigil2. bila komplen kat ayah, ayah cek kat public phone tu dia dah takde. mmg sah org itu gila dan sakit!

aNIe said...

Kak Pah... sekarang ramai yang sakit...dulu masa anie remaja...ramai yang buat perangai macam tu jugak...sakit mental tu...

kakpah said...

cklah, tak tau lah ek. kadang-kadang benda2 macam ni dorang dapat sendiri tak tau dari mana.

kakcik, woi.. banyak pengalaman kakcik tu. memang tergigil pala lutut. kalau takat tunjuk je boleh tahan lagi. takut diterkamnya je kita. orang sakit mental camni bukan dia kira apa lagi dah..

kakpah said...

tiny, tu yang buang2 anak tu.. semuanya gara2 sakit mental ni lah. akal letak tempat lain. kalau taknak anak tu bagi je kat orang yang nak.

ain, memang mencabar ain. anak2 kecil ni bermacam2 ragam. tapi kita pendidik ni tak boleh pilih kasih. semua kita ajar sama rata dan berikan lebih perhatian pada yang agak nakal..

ejamaria, anak2 kecil ni kena diajar menjaga alat sulit. sebab tu kalau ke tandas pun biar seorang dan membuka seluar pun biar di tempat orang tak nampak.

kakpah said...

ena, kita kena berhati-hati dengan orang sakit macam ni. pesan tu dengan anak-anak..

lilies, memang tak sampai hati. hari2 ada pulak tu..

erna, haha togolak bosa kakpah. boleh bayangkan bogel, bulat, hitam terlari-lari kena kejar ngan polis. memanglah dah gilo.

kakngah, tulah.. bebudak ni ntah kek mano dio dapek idea tak taulah. Kau cakap yo malaikat ado kek bahu kiri kanan ni sontiaso perhatikan apo kito buek.

kakpah said...

iina, ontah kan? Orng mesia ni berpenyakit ko. Kek sanun ado tak kes orang buang2 bayi ni. Kek sini hari2 ado yo klua lam sokaba. ngilu botullah.
Somalam berbuko ramai-ramai lagi ngan adik beradik ipar duai.. buek nasik briyani.

kts, kahkahkah... tegolak aku jap. Ekau tak kono bolehlah cakap cam gitu. Yang dah tekono ni tk sompek nak cakap dah lari tak cukup tanah nak pijak.

kaknora, memang dah banyak tanda2 kan..

Tasek, dalam bas? Cukup tak ada akal orang itu.

farah, haha tau takot..

anie, sekarang ni ada yang lebih canggih. boleh hantar gambar melalui henfon plak..

Ummi Humaira said...

salam kak pah...

masyaAllah , bahaya tu kalu anak2 perempuan lalu tempat sunyi terjumpa makhluk macam tu...

kakpah said...

ummi, tu yang takut tu. orang gila macam ni boleh buat apa saja..

Yunus Badawi said...

Salam kakpah.

Apalah yg difikir oleh org2 mcm ni semasa melakukan perkara spt ini?

kakpah said...

yb, tak taulah sebab kita bukan mereka tapi memang kita tau mereka gila...dan berpenyakit..

DrSinga said...

cakap tak....'kalau baik malaikat Roqib tanda 'rait' besar2...?'
:)

Zaidah said...

sanggup dia buat perangai macam tu...teringat masa kat asrama dulu ada bebudak lelaki suka tunjukkan kemaluan kat balik semak...

mamawana said...

Salam kakpah...

Entahlah org2 yg berpenyakit ni... depa ingat cantik sgt ker benda depa tu...

Dan remaja yg dedah sana sini tu pun bangga ingat cantik sgt ker buah depa tu. hmmmm.......... ampunnn

AZANI said...

salam hajjah
kes buang bayi ni sekitar 1994 top, lps tu reda...sekarang jadi balik...
zaman jahiliyyah dulu bayi ditanam....tak dibuang macam sekarang

kak ina kl said...

kecian tenguk mayat budak tu kan..tak berhati perut langsung..kalau tak nak bagilah org yang tak ada anak..

dulu kan budak kecik kat tabika saya pun ada buat peel camtu..terpaksalah kita terangkan tentang keburukan berperangai macamtu.

Catwoman said...

Salam Kak Pah......

Ke mana2....di mana2 pun mmg dah tak secure. Di dlm rumah, di luar rumah....mcm2 social problems.

Itu yg m`buatkan sy tak sanggup nak amik MAID atau SERVANT b`keje di rumah & m`jaga my baby (Aqif). Rasa bimbang dlm diri ini mmg t`lalu kuat. Sy jaga sendiri my baby even t`paksa bawa ke tempat keje.

Kes buang bayi ni s`makin m`jadi2.....kononnya anak2 muda zaman skrg ni nak hidup mcm org Barat. Hmmmmm, mcm2 ado......

:)

Catwoman said...

Salam Kak Pah......

Ke mana2....di mana2 pun mmg dah tak secure. Di dlm rumah, di luar rumah....mcm2 social problems.

Itu yg m`buatkan sy tak sanggup nak amik MAID atau SERVANT b`keje di rumah & m`jaga my baby (Aqif). Rasa bimbang dlm diri ini mmg t`lalu kuat. Sy jaga sendiri my baby even t`paksa bawa ke tempat keje.

Kes buang bayi ni s`makin m`jadi2.....kononnya anak2 muda zaman skrg ni nak hidup mcm org Barat. Hmmmmm, mcm2 ado......

:)

kakpah said...

dr singa, haha mestilah cakap..

zaidah, ada kepuasan buat camtu kot..

mamawana, betul tu..yang perempuan dedah2 tu lebih kurang sama je la dengan lelaki yang tunjuk2..

azani, perangai dorang ni lebih buruk dari perangai zaman jahiliah!!

ina kl, orang yang nakkan anak ni ramai je. sampai ke liang lahad sok mereka yang bunuh/buang anak ni diburu perasaan berdosa.

catwoman, kena lebih berhati2. Nak ambek maid pun lebih baik ambek dari agen yang sah. dah tentu dorang ada training. pasang cctv kat rumah.
memang dah ramai hidup cara barat kan..

Zaitun said...

Salam kakpah

Budak2 selalunya dia jadi pemerhati kakpah,mungkin dia dah pernah nampak orang lain lakukan.

kakpah said...

zaitun, salam. mungkinlah juga tu zai. susah kita nak cakap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...