Minggu lepas aku dan anak-anak murid membuat jalur gemilang kemudian melekatkannya pada sebatang straw. Anak-anak mengibarkan jalur gemilang sambil terjerit-jerit penuh semangat
MENDEKA!
MENDEKA!
MENDEKA!
Laungan itu disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu sudirman. Mereka sudah hafal liriknya.
Hari ini 31 August, anak-anak muridku mungkin sedang melaungkannya bersama keluarga. Dan aku... masih di D503 menemani adik yang semakin pulih dan pulih. Alhamdulillah.
Aku benar-benar merasa Merdeka. Merdeka daripada perasaan gusar. Merdeka daripada kerisauan. Kerana menurut doktor tahap kuman dalam darah adik sudah turun. Kalau besok turun bawah 10,000, adik sudah boleh balik.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
kakpah
20 comments:
alhamdulillah
.
.
adik dah boleh senyum tu.... manis.. ;D
alhamdullilah..
Denggi ke KakPah??
alhamdulillah semuanya ok
umi sempat ambik gambar ye, nakal!
kts, baru lepas makan mc d hehe
dr singa, bukan. dia kena seizure..
kog, tu lah pasal. untuk tunjuk kat dia sambil ambil kesempatan masuk blog haaaa..
alhamdulillah
ada banyak kemerdekaan yang boleh kita rayakan pada bulan ini
Alhamdulillah..syukur...moga akan disembuhkan sepenuhnya dan idak lagi lah kak pah dalam kegabraan itu...
salam hajjah
alhamdulillah....
salam merdeka juga...
jangkitan kuman tu asal dari makanankah?
Alhamdulillah..
Malam penuh kelegaan...
semoga cepat sembuh...
salam merdeka k.pah. lewat sehari tp semangat kemerdekaan tu tetap berkobar!
Salam Kak Pah,
Syukur alhamdulillah!...mudah-mudahan Adik akan bertambah sihat dan ceria...dah boleh balik dah tuuu... Doa kami untuk Adik.
salam kakpah,syukur alhamdulillah dgn rahmatNYA semoga sembuh sepenuhnya..
Alhamdulillah... anak akak dh beransur sembuh... semoga cepat keluar dari hospital..
ye kak... bentuklah anak2 murid itu sedari kecil ini menghayati dan menjiwai seterusnya FAHAM apa erti merdeka.. dan perlunya benar2 MEMERDEKAKAN DIRI MEREKA...
mereka itulah generasi penyambung warisan kemerdekaan yg diharap mampu benar2 melepaskan belenggu penjajah yg melekat di hati, minda, pemikiran dan cara hidup ibu bapa mereka (kebanyakannya)..
aduh.. risau dgn generasi merdeka ini.. (termasuk diri sendiri... huhuhu).
cikgu nomah, alhamdulillah
acik, harini boleh balik kot..
azani, tak tau lah. dr pun tak tau..
ena, alhamdulillah
nizam, alhamdulillah.. sembuh
wan, merdeka!! masih dalam mood ni hehe..
yan, dia dah rindu kat katil sendiri. kakpah pun dah boring nunggu dalam wad ni..
anim, thanks.. insyaallah
tiny, negara kita ni merdeka dah lama tapi banyak benda2 lain yang belum merdeka.. Ish..ish.. tu yang takut tu.
terasa manis merdeka tahun ni ye kakpah.
Alhamdulillah anak kakpah dah beransur pulih dan boleh balik kerumah dalam jangka masa terdekat.
juliet, er.. manis lagi si juliet
zaitun, insyaallah..
Asslamualaikum...
ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...
Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...
Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.
InsyaAllah.
cklah,
wkslm wbt.
selamat hari raya maaf zahir batin juga dari kakpah sekeluarga.
Post a Comment