Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 2, 2010

BEKU

Juga untuk catatan diri sendiri



Aku sudah kalah menghitung hari. Kadang-kadang aku rasa hari-hari yang aku lalui berjalan terlalu lambat dan ada kalanya ia melayang terlalu pantas sehingga aku tidak sedar mana pangkal mana hujungnya. Aku masih terkandas di sini bersama adik, membeku di dalam bilik dingin yang sejuknya meredah masuk ke tulang sumsum. Otak aku turut membeku sama.

Hari Rabu yang dijanjikan membawa adik keluar dari bilik ini tidak menjadi kenyataan. Yang nyata, kuman dalam badan adik masih belum turun ke bawah paras 10,000. Masih degil berpaut walaupun sudah ditujah-tujah dengan berbotol-botol antibiotik. Doktor mahu menunggu sehingga Jumaat.

Adik, mak balik ya.

Kakteh tunggu adik ke?

Kakteh pun balik.

Ala.. takkan adik tinggal sorang-sorang.

Aku cuma menyakatnya. Aku tahu adik yang berbadan besar itu mempunyai hati yang kecik. Aku dan Imah bergilir-gilir menemankan adik sebelah malam. Siangnya aku memang sentiasa di sini.

Bilik D503 ini telah menjadi tempat kami berkampung. Di sudut tepi tingkap terdampar toto untuk kami melepak-lepak dan tidur. Di situ jugalah tempat kami berbuka puasa. Sebelah petang sebelum masuk waktu berbuka kirin adik beradik akan sampai membawa makanan untuk berbuka. Kesihan Siti yang terpaksa bersilat di dapur tanpa aku.

Sahur? Sudah pastilah makanan yang sudah sejuk dingin membatu yang apabila ditelan tersangkut di kerongkong. Namun ditelan juga untuk tenaga pada siang hari. Ditelan juga dengan bantuan milo panas sebagai pelincir. Aku bayangkan orang yang tidak ada apa-apa untuk dimakan.

Semalam adik buat eeg (betul ke..)Doktor kata nak tengok gelombang otak. Result: okay.
Tengahari tadi adik buat chest xray dan ultra sound. Bila doktor round petang, dia kata okay. Clear. Dan doktor kata esok, Jumaat, adik boleh balik.


Gambar guna henfon.
Faris berbungkus kesejukan.



Adik dah boring duduk hospital.
Aku pun dah boring duduk hospital.
Bilik ini sejuk dan beku..........
Namun otak aku masih dapat membuat perkiraan bahawa eidul fitri akan menjelang beberapa hari sahaja lagi.


kakpah

8 comments:

kak Erna said...

salam kak pah..dugaan kak pah..dibulan ramadhan..saya tau..kak pah mampu menghadapinya..
kesian tengok faris..kenapa faris juga dok sepital kak pah..
tak de sape2 ke kat rumah..yang boleh tinggalkan dia..
mudah2an kali ni..kata2 doktor akan jadi kenyataan..adik boleh balik esok..tak de sape yang suka dok hospital..asalkan..boleh sihat..tak pe..hospital pun hospital lah kan kak pah..semoga adik terus sihat menjelang idulfitri nanti..

Tijah said...

kan kak kan? bukan saja sojuk, malah boleh menyebabkan lapar juer. kihkihkih. sy baru kejap dok situ dah bedocit2 ulek porut ni. alahaiii.

apo2 pun. mogo2 adik copek keluar. nak rayo dah ni dik...

lupekanje said...

sabar kak.... Alahai, anak omak nyo pasal...
sapo lagi nk jago anak kito klu bukan kito kan kak...
Moga adik cepat sihat dan idakla kena duduk kat bilik yg sejuk sampai ke tulang tuh lagi...
ala kak..suh diog slowkan ekon tu, tk leh ke...hehe..

TOKMA said...

Salam KakPah,
Sedih gak dapat kabar Adik tu masuk spital. Tokma pun masuk spital 27hb Jumaat sebab kena operation tangan. 3 bulan lepas tokma jatuh terkena langgar almari ngan meja sebelah tangan kiri. 2 minggu lepas tangan kiri tak boleh bergerak...sakit gi spital..dah ditahannya sebab kata Dr. "frozen Left shoulder" dan urat simpul2 kat jari2. Amek kau kena operation dua tempat satu tangan. Duk spital 3 hari. Baru balik umah. Tapi masih tak dapat nak wat keje lebih2.
Tokma berdoa sama semoga Adik cepat sembuh dan boleh balik beraya bersama2 keluarga. KakPah sabar ajer yer. InsyaAllah cepat sembuh tu..!!

kakpah said...

erna, haha.. hopefully harini boleh balik. memang boring tahap gaban ni. faris tu kalau omak e datang, dio pun datang.. cumo smalam yo akak bawak dio duduk sini sobab kosian siti bosilat2 songsorang. hanta taska tak maun de.. molalak..

tijah, ekau baru duduk kojap tu. duduk lamo2 memang buleh jadi ais..

kakpah said...

acik, ekon ni akak dah lotak 30 dah.. pun tak jalan. bilo matikan, paneh pulak..
Bilo balik kampung cik..

Tokma, alahai kesian tokma. Patut la lama diam. penyakit ni tak boleh ditahan2 kalau nak datang kan? harap2 tokma cepat sehat sepenuhnya dan harap-harap anak kakpah jadi la balik harini..

tasekM said...

alhamdulillah. moga adik cepat sembuh. tak best raya kt spital... :)

anymz said...

macam tu lah se raso maso tggu hubby di kpj somban kakpah..sojuk memboku..hubby kono jangkitan kuman di paru2..dah duduk 2 mlm tau pulak dio ado kilang gulo ..ni tgh berdiet sakan lah kawan tu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...