Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, August 29, 2010

Satu Hari Daripada Hari-hari Yang Tidak Dapat Dilupakan

sekadar catatan untuk diri sendiri.


Semalam, Sabtu 28 August bersamaan dengan 18 hari puasa, adalah salah satu daripada hari-hari biasaku pada hujung minggu. Itulah tanggapan aku.

Dan semalam aku terlebih rajin. Aku mengemaskan rak-rak buku yang berabuk, memilih buku dan bahan yang sudah perlu dibuang dan mengalihkan file cabinet ke tempat yang lebih sedap mata memandang. Kesudahannya aku melepek kepenatan sedangkan jam baru merangkak ke angka dua belas tengahari.

Persediaan untuk berbuka menjadi ala kadar kerana kepenatan melampau. Siti merebus nasi impit berlaukkan ayam masak padang yang masih berbaki daripada berbuka hari sebelumnya. Kemudian di tambah sedikit dengan sayur masak lodeh dan imah membeli sate semasa dalam perjalanan balik dari Gombak.

Adik aku lihat seperti biasa. Selepas subuh dia tidur semula dan bangun mandi ketika aku sedang sibuk berkemas. Kemudian aku lihat dia menghadap laptop, menghadap tv dan juga menghadap buku kerana masih berada dalam minggu ujian.

Adik pening lagi dik?, aku bertanya kerana tiga hari lepas dia mengadu kepalanya berat. Memang dia ada terbatuk-batuk dan sedikit selsema. Hari Jumaat suami membawanya ke klinik kerana suhu badannya tinggi dan dia balik berbekalkan ubat-ubat yang dimakan selepas berbuka dan juga semasa bersahur.

Sikit-sikit je, jawabnya.

Adik memang tidak banyak kerenah. Perangainya tidak suka menyusahkan orang dan dia jarang kali kudengar mengeluh melainkan kalau sakitnya sudah tidak dapat dibendung. Aku lekapkan tapak tanganku di dahinya, di lehernya, di lengannya, memang tidak ada tanda-tanda yang dia masih demam.


Sebelah petang, setelah selesai tugasku di dapur, aku naik ke bilik meluruskan badan di atas katil. Dari bilikku aku dengar anak-anak tengah sibuk masuk ke bilik air seorang demi seorang. Aku perhatikan jam dinding menunjuk ke angka 6:30 petang. Dan sambil berbaring-baring aku menekan butang remote satu lepas satu.

Tiba-tiba kedengaran kecoh di ruang tv di luar bilik aku. Kakngah menjerit-jerit memanggil Man. Imah ku dengar keluar dari bilik dan Man dan Imah terjerit-jerit memanggil suami aku yang sedang mengaji di bawah. Aku meluru ke luar.

Aku lihat adik sudah terkapai-kapai dan matanya terbeliak ke atas. Suami aku memangku adik dan menepuk-nepuk mukanya supaya dia sedar.

Ambil air... ambil air... Imah meluru masuk ke bilik air.

Ambil air minum.. ambil air minum.. Man meluru ke bawah mengambil air minum

Jirus air kat kepala... Jirus.

Lagi... lagi...

Adik.. adik... bangun... bangun... suami menepuk-nepuk lagi pipinya

Adik.. adik...

Adik... adik..

Adik.... adik...

Adik membuka mata tapi pandangannya kosong.

Minum air ni, suami menuangkan sedikit air ke dalam mulutnya. Adik meneguk beberapa teguk dan selebihnya meleleh membasahi bajunya yang telah sedia lencun.

Kemudian dia mengerang kesakitan dan tangannya menunjuk-nunjuk ke arah kakinya. Aku letakkan tangan di betisnya dan dapat merasa musclenya tegang.

Tolak tapak kaki ke atas... Picit-picit betis dan peha.

Aku menolak hujung tapak kakinya ke atas. Siti memicit. Man memicit. Imah memicit. Abah memicit. Kami semua benar-benar cemas dan gabra.

Adik makan kurma ni sikit, dan adik membuka mulutnya sedikit.

Ambil air manis. Air apa ada?

Milo.

Pergi ambil milo.

Man turun ambil milo tapi naik dengan sedikit tersengeh-sengeh.

Man dah terminum sikit. Man nak tau manis ke tidak. Terminum pulak.
(Pandailah kau Man nak buat lawak dalam situasi macam ni.)

Kita bawak hospital, kata suami. Suami mencari nombor telefon Pantai MC dan meminta ambulans datang mengambil adik.


Kami tidak sedar masa berjalan sehingga ke waktu berbuka puasa. Siti membawa naik semua makanan yang terhidang di atas meja ke tingkat atas dan kami semua berbuka dengan menjamah ala-ala kadar bersama adik yang masih tidak berapa sedar.


Ambulans datang siap dengan paramedik. Waktu sudah jam lapan lebih sikit. Lengan adik dicucuk dengan jarum untuk memasukkan air dan adik di angkat terus ke dalam ambulans, terus ke wad imejensi. Di dalam ambulans adik diberi oksigen dan dia masih di antara sedar dengan tidak. Di pertengahan perjalanan, adik termuntah hampir semangkuk penuh.


Melalui pengalaman lalu, Pantai MC cekap dan pantas menangani masalah pesakit. Sampai saja di sana doktor bertugas sudah sedia menunggu. Doktor bertanyakan itu ini. Aku jawab begitu begini.

Kena ambil blood sample.

Nurse membelek tusukan jarum di lengan adik. Sudah hampir tercabut. Mungkin sebab adik lasak dah resah semasa dalam ambulans. Lengan adik di sebelah kanan pula di tusuk. Adik mengadui. Sample darah di ambil. Dapat setabung. Tetapi untuk tabung berikutnya darah sudah tidak menitis lagi.

Darah pekat ni. Dehydrate. Saya kena ambil darah kat tangan kiri.

Pelipatan tangan kiri adik pula ditusuk jarum tajam. Ngilunya tertusuk ke jantung aku.

Aku lihat adik resah di pembaringan. Katil kecil wad emegensi itu nampak tidak selesa untuk badan besar adik. Sekejap adik mengereng ke kanan. Sekejap adik mengereng ke kiri. Sekejap tangannya dinaikkan ke kepala. Sekejap di letak di atas perut.

Mak, kenapa adik kat hospital ni, tanyanya. Memang sah dia tidak sedar apa yang berlaku padanya.


Oleh kerana ini pertama kali adik diserang seizure, doktor menyarankan adik dikenakan membuat Ct scan. Tujuannya untuk mengetahui sekiranya ada apa-apa yang tak kena melibatkan otak. Adik dibawa untuk Ct scan.

Kemudian doktor datang kembali, mengatakan imbasan otak tidak menunjukkan sebarang kecederaan tetapi nanti doktor neuro akan memberitahu lebih lanjut. Aku mengangguk-angguk.
Aku begitu trauma untuk bercakap banyak.

Kemudian doktor datang lagi.

Kandungan kuman dalam darah terlalu tinggi. Kami belum tahu kuman apa. Kami start dengan antibiotic tapi belum tentu antibiotic ini sesuai untuk kuman ini. Kita ambil darah lagi untuk determine kuman apa.

Aku angguk. Suami sudah naik menunggu di wad.

Kami kena masukkan dia ke ICU. Di sana kami boleh pantau dia dengan lebih baik.

Mendengar ICU aku bertambah gambra. Ya Allah.. janganlah anak aku apa-apa.

Kami risaukan meningitis..

Ya Allah.. janganlah. Kau panjangkan umur anakku. Itu yang terpikir dalam kepala aku ketika itu. Aku menelefon suami. Tidak diangkat. Aku menelefon imah.

Ayah mana.

Solat.

Adik kena masuk ICU. Nanti bagitau ayah.

Hah?.. okay..okay..




Adik kemudian di sorong ke ICU. Nurse menyuruh aku dan suami menunggu di ruang menunggu. Di situ sudah ada kirin, imah, man dan wati kawan kirin. Tidak lama kemudian ada pembantu memanggil dan suami aku masuk. Agak lama juga.

Apabila keluar, suami menerangkan:

Doktor neuro bagitau otak kita ni tiap hari keluarkan fluid. Dia risau sekiranya fluid ini bertakung dalam otak. Kalau itu berlaku doktor terpaksa ambil air tulang sumsum. Dia akan buat segera. Tetapi untuk tahu samaada ada air bertakung atau tidak, dia cek tengkuk. Kalau tengkuk stiff, maknanya kena buat masa tu jugak. Doktor cek, tengkuk ada lembut. Doktor tengok xray pun, clear. Cuma dia on kan antibiotik yang ada ni. Tengok sesuai ke tidak.

Kata-kata suami aku itu banyak membantu menenangkan aku. Aku risaukan darah tinggi aku jugak sebab aku tidak boleh merasa tension. Darah tinggi aku akan naik mendadak.

Pada jam hampir pukul dua belas, aku turun ke surau menunaikan solat isyak dan aku kehilangan satu solat sunat tarawikh pada malam tadi. Sekembalinya aku ke ruang menunggu suami mengatakan yang doktor datang berjumpa dengannya. Keadaan adik stabil dan kami boleh pulang. Aku keberatan untuk pulang tetapi oleh kerana aku tidak membawa bekalan medication aku, aku terpaksa juga pulang. Imah dan Man menunggu di sana.


Hari ini Ahad 29 August.
Kami berkampung di bilik menunggu. Tadi aku masuk ke dalam wad. Adik sudah boleh bercakap-cakap dan mengatakan lapar.

Tolong doakan supaya anakku Ahmad Izzuddin sembuh seperti sediakala.

kakpah

26 comments:

Ms.Lilies said...

InsyaAllah xde apa2 serius ye kak..moga adik cpt sembuh and smua ok..kakpah pun take care jugak ye

rohaizahabas said...

Ya Allah, kau selamat kan lah Ahmad Izzudin dan beri kan kesihatan yang baik untuk nya...juga pelihara lah dia dari segala musibah dunia dan akhirat...juga tenang tenang kan hati ibu dan bapa nya...bersabar kak...ini dugaan dari Allah...

tasekM said...

moga adik cepat sembuh. aku yg baca ni pun risau apatah lagi kamu ye kak. moga kak pah tabah ye.


.

ain said...

salam kak pah...saya doakan semoga anak kak pah cepat sembuh dan tiada yg serius menimpanya. utk kak pah dan keluarga, byk2 bersabar dan tabah!

ejaMaria said...

jaga diri Kak Pah... adik dah sakit... akak jgn sakit pula... take care... insyaAllah adik akan sembuh... be strong... amin...

Tijah said...

insyaallah kami doakan semuanya selamat. akak take care jugak ok.

ASH said...

Ya allah..sembuhkanlah penyakitnya! amiiinnn

Acik Erna said...

semoga Allah memnyembohkan penyakit Ahmad Izuddin..
kakm pah juga kena jaga kesihatan.

Ena said...

Risaunya kak.. meremang juga ena baca nie.. mOga anak akak cepat sembuh ye.. Amin.

Zaitun said...

Semoga anak kakpah cepat sembuh.Ibu mana yang tak risau dan panik kalau terjadi pada anak sedemikian rupa.

iina said...

Kak saya doakan adik cepat sembuh seperti biasa. Semoga dipermudahkan urusan dan ditingkatkan kesihatan yang baik untuk dia. Boleh raya bersama tahun ini. InsyAllah kak

ckLah @xiiinam said...

ckLah terasa saat cemas kakPah sekeluarga...


Moga anakanda sembuh....
ckLah doakan dari jauh...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Salam K.Pah,
Smg adik izzuddin dan k. pah sekeluarga dlm perlindungan Allah swt. Kami mendoakan mudah2an dia akan sembuh segera, insyallah.

secangkir madu merah said...

kakpah, saya mendoakan adik cepat sembuh spt sediakala, harap2 takde apa2 yg serius, diharap jugak kakpah jaga kesihatan, bawak bertenang dan bersabar ya kak..

KTS said...

kakpah pun jaga diri juga...

semoga semuanya selamat. Amin.

Copy & Posted By mahi said...

smoga Allah selamtkan Ahmad Izuddin aku ni....Nampak nya Keluarga Pk Janggut ni sejak akhir2 ini mendapat byk dugaan. Banyakkan bersabar dan berdoa semoga segala musibah dpt dihindarkan.Kami sekeluarga berdoa agar keluarga Pk Janggut dijauh kan dari segala musibah. Amin.....

kakngah said...

semoga kakpah sekeluarga tabah mnghadapi dugaan ramadhan.

adik.. copek somboh yo...

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Sebak pulak membaca peristiwa Adik ni...sakit, kalau datang macam kilat.

Harap Kak Pah bertenang, dah doktor pun kata dia stabil, insyaallah, serahkan saja pada Allah, sama-sama kita berdoa untuknya.

Kami menunggu perkembangan Adik seterusnya.

anymz said...

jaga kesihatan kakpah..semoga ahmad izzudin sembuh sepenuhnya..insyaallah..
sesekali kito di uji kan kakpah..
semoga tabah menghadapi semua ujian..

kucingorengemok said...

kami doakan yang terbaik untuk keluarga kak pah

ibundo said...

salam.
Alhamdulillah adik keluar dari ICU semalam dan sekarang ditempatkan di wad biasa.
Kesihatan makin pulih tapi masih dipantau. Drips masih on. Antibiotic masih on.
Sample darah masih diambil.
Petang semalam ada demam sikit.
Tapi... MAKAN Berselera...

TKasih kerana mendoakan.

Kaktiny said...

Alhamdulillah...
Sekurang-kurangnya dh tak di ICU..
Semoga anak akak sihat seperti sedia kala dan akak pun tenang seperti biasa.. semoga keluarga akak diberkati dan diredhai Allah selamanya... amiin..

Copy & Posted By mahi said...

wokeh lega rasa den...semoga semua nya selamat dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, amin....

aza ni said...

salam hajjah
semoga Allah menyembuhkan adik ....semoga hajjah sekeluarga tenang dan sabar...

ibundo said...

tiny, terima kasih

pb, syukur

maemahi, ni nama india ko hindustan wakakaka...

azani, terima kasih

lupekanje said...

acik baru baca...ketinggalan ketapi nih..
moga adik akan sembuh dan sihat seperti sediakan...
Kak Pah jgn gegisau...kok naik lak BP tuh kang...tenang2....dan doakan terus...doa ibu, tiada hijabnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...