STICKY POST.
SILA KE BAWAH UNTUK N3 TERKINI
Dia datang pada satu petang yang lembap. Sepatunya hanya sebelah dan sambil membetulkan kayu penupang yang terselit di celah kedua ketiaknya dia memberi salam sambil menawarkan senyuman. Mataku meneliti keseluruhan dia. Kelihatan titis renyai mula membasahi tudung dan mukanya.
Aku mempersilakannya melangkah melalui pintu pagar yang aku buka dan mula meminjamkan telinga untuk keluh kesah yang keluar dari mulut yang tak berhenti tersenyum itu.
Saya kemalangan kak. Kaki saya terpaksa dipotong. Saya perlukan duit untuk kaki palsu.
Begitulah dan begitulah dan begitulah seterusnya. Dia meninggalkan aku dengan ucapan terima kasih dan doa.
Selang beberapa bulan selepas itu dia datang lagi. Cuma kali ini aku melihat ada sepasang sepatu yang menyarung kakinya dan kayu penupangnya juga sudah tinggal satu. Yang masih ada ialah keluh kesahnya.
Begitulah juga beberapa kali lagi selepas itu.
Sabtu lepas semasa menyelak helaian akhbar yang dibeli abah mata aku terpaku kepada tajuk ' wanita dipotong kaki rayu bantu pembedahan anak'. Aku meneliti gambar perempuan itu dan untuk mensahihkan rasa hatiku, aku menelefonnya menggunakan nombor telefon yang tertera. Memang sah. Itu dia.
Perempuan ini diduga lagi apabila anak bongsunya mengidap sakit jantung tersumbat dan memerlukan wang untuk pembedahan.
Kita mungkin tidak kaya raya tetapi ada lagi orang yang tidak kaya daripada kita. Sempena menyambut bulan ramadhan ini mungkin kita boleh sedekahkan seberapa yang kita mampu kepada orang yang memerlukan seperti perempuan bernama Noridawati Hussin ini. Hubungi dia melalui 017-6357791 atau derma terus menerusi akaun maybank 112308004966.
kakpah
22 comments:
Salam Kakpah..
Sekadar mengingatkan diri kakcik sendiri..'Saat kita mengeluh sakit kaki, ingatlah pada orang yang langsung tak punya kaki.'
Salam Kak Pah,
Betul kata Kakcik, Kak Yan pun ada masa tertanya-tanya juga, bilalah sakit lutut ni nak pulih...bila kenangkan yang tak berkaki ni, insaf sangat rasanya.
Pulak tu ada lagi dugaan mendatang.
Kak Yan ni, bukan saja tak kaya, malah tak bercita-cita nak jadi kaya pun...kecut rasa perut takut akan di soal apa yang kita buat ke atas setiap sen yang dibelanjakan.
Alhamdulillah, dengan rezeki Allah.
Marilah kita sama-sama membantu puan yang memerlukan sangat ini.
yang berat sama dipikul...
yang ringan sama dijenjing...
berat mata memandang,
berat lg bahu yg memikul....
Salam Kak Pah,
InsyaAllah Kak Pah.
Semoga Kak Pah sihat sentiasa.
Salam Kak Pah.....
Betapa hebat dugaan buat wanita ini.....
Semoga ALLAH lindungi beliau, Insya allah.
:)
kdg2 kita mcm sangsi dgn org yg dtg minta sedekah kat rumah... maklumla byk sgt sindiket.. takut bila kita bagi bukan dpt kat dorang, tp kat sindiket tu.. kesian pula kat mereka..
klu yg mcm ni, mmg kompem dpt kat dia, takpe laaa.. br rasa lega..
sama2 ringankan beban.. insyaallah
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
Terima kasih kerana berkongsi kisah ni. InsyaAllah saya akan cuba bantu semana mampu.
Kesiannya..
Kak pah .. ena nak copy masuk lam blog ena boleh tak?
Kasih ibu kan kak...
semoga ramai yg sudi menghulurkan bantuan..
ya.. ujian Allah dtg dlm pelbagai cara... dan rahmat-Nya juga dtg dlm pelbagai bentuk... yg tak tercapai dek akal dan tak tergambar dek minda..
semua telah tertulis..
yg ingin dilihat oleh-Nya, hanya iman dan takwa kita sbg hamba-Nya..
masih muda namun dugaan yg dia terima cukup hebat.
kakcik, tapi kita suka juga mengeluh kan?
yan, cakap pasal ni teringat pada atuk tijah. kesian dia.
iyalah yan.. bagilah banyak mana termampu dek kita.
kalong, begitulah nampaknya. kito ni simpati.
kunang-kunang, tk.. alhamdulillah sihat setakat ni.
catwoman, ada orang yang diduga lebih daripada kita.
kts, ko tak payah beli donat dua tiga minggu ni. duit tu boleh bagi kat dia hehe
mamalyna, kita tolong pikul apa yang kita mampu
yb, alhamdulillah
ena, ya.. boleh. panjang2kanlah. Mana tahu.. murah rezkinya.
lilies, macam tu lah
salam kak pah..kalau kita rasa kita susah..ada lagi yang lebih susah kan..
simpati..memang dia betul2 memerlukan..dugaan dari illahi
tiny, DIA sentiasa menguji hambanya, cara je yang berlainan kan.
Semuga rezkinya murah.
juliet. Memang muda..
erna, marilah sama-sama kita membantunya.
insyaAllah ...kita bantu juga
terima kasih memaklumkan ya kak pah
cikgu normah, alhamdulillah
Semoga beliau tabah dan diberi ruang utk memperbaiki kehidupan ...
Harap dia tabah dan kita sesama bangsa dan seagama harus membantu.
Syukur pada yang ada.
Post a Comment