Raya itu adalah
1. Mengejutkan anak-anak sebelum subuh kemudian membebel-bebel supaya bersiap sedia cepat untuk subuh berjemaah. Sesudah subuh, bermaafan dan bersarapan kemudian membebel-bebel lagi supaya cepat-cepat bersiap untuk solat idilfitri.
2. Bersalam-salaman sambil mengeruk sampul duit raya.
3. Duit raya.
4. Menziarahi kubur.... (maaf mak. Belum sempat lagi menziarahi mak kerana tak balik pilah. Doa anakanda dari jauh untuk mak)
5. Menyediakan makanan penuh satu meja untuk menjamu selera keluarga dan tetamu yang datang bertandang.
6. Berpakaian sedondon dan berposing-posing untuk kenangan hariraya
7. Kita memberi duit kepada anak-anak supaya membeli baju raya sendiri kerana mereka sudah besar dan duit itu dilaburkan kepada jeans lusuh dan koyak rabak.
8. Kegembiraan bagi anak-anak.
9. Kita berkunjung dan menziarahi sanak saudara kerana peluang ini bukan selalu datang. Bertemu pula dengan pakcik dan makcik yang belum tentu lagi kita dapat bersama mereka pada idilfitri akan datang.
10. Makan
minum
makan
minum
makan
minum
11. Buang gas yang tidak diingini semasa di dalam kenderaan
12.............
Woi!!!!! sapa dalam bilik air ni. Berak batu ke apa!!! Cepat ar.. orang nak masuk plak ni.
Pegilah kat bawah!!
Ada orang!!!
Pegilah toilet kat bilik mak
Ada orang gak!!!
Nasib ar!!!!
kakpah
26 comments:
12. terhinggut-hinggut kat atas jalanraya...
slam kak pah..betul semua yang kak pah tulih tu..yang tak boleh diterima..beli jin koyak rabak..mahal pulak tu..hish..
kak pah..cupcake yang cantik tersusun tu..boleh ambik untuk makan tak???
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin ya KakPah. Kat rumah ni rentetannya lain sikit tapi ada yg sama dgn kat rumah KakPah hehe. Paling suka baca bila sampai no 12, hahaha... macam pernah dengar je dialog tu.
Selamat sudah berhari raya...
Kalau gitu.. kena tambah satu lagi.
Raya: kena sediakan diapers. Kalau tak pun, cangkul nak korek lubang tandas bawah pangkal pokok pisang tepi highway...
Salam Kakpah..
meriahnya suasana.. seronoknya...:)
Bab bilik air tu..kalau dah ramai.. mcm tu lah...
Penting tu menziarahi pakcik dan makcik. Mungkin tahun depan bukan mereka yg dah takde tapi kita yg pergi dulu.
Masa tu mereka akan beritahu org lain yg menziarahi mereka, "biasanya kakpah dah sampai kalau raya macam ni" huhuhu
IM, haha.. kami tak kena jem sebab beraya di rumah kami di bangi ni. balik kampung dua hari raya, dah tak jem lagi dah..
erna, tu lah pasal. harga bukan tiga mpat puluh hengget. beratus.
cupcakes tu memang untuk makan pun hehe..
kakcik, salam idilfitri. Dialog no 12 tu memang tiap tahun kedengaran..
cklah, betul..betul selamat alhamdulillah.
kakcik, bilik air memang sentiasa berebut. anak akak ni pulak ada beberapa orang yang jenis masuk tak reti2 nak keluar..
YB, itulah.. yang tua bukannya bermakna dia pergi dulu. Kita yang muda drpd dorang ni tak tau lagi jumpa ke tidak dengan ramadhan tahun depan.
Salam aidil fitri kak pah...
Hari raya adalah...
...Mengeratkan silaturahim...sambil menonton TV...hehehe...
...hari anak2 membawa beg ke hulu ke hilir diselang seli dengan aktiviti mengira duit setiap setengah jam...
Selamat Hari Raya Kak Pah...maaf zahir dan batin
salam hajjah
salam syawal buat hajjah sekeluarga...meriah...dan happening...
anie, salam idilfitri. anak2 kakpah dah tak ke hulu kehilir lagi dah sebab dah tua-tua haha..
sonata, selamat hari raya..
azani, salam syawal untuk azani dan sekeluarga juga
ahahaha...
no.12 paling tepat menggambarkan makna raya
ahahaha :D
kts, ko bila nak datang umah makcik ni haha..
meriahnyerr uoolss..
cupcakes tu yang sangat meriah tu kak pah
dalam kereta tak membebel ke kak pah?
meriahnya kakpah..penoh meja..siap ada cup cake lagik...aku cemburu..
meriah nye cupcakes...
saya....
er...
dulu2 ada buat fakta no 7
dan sekarang...
fakta no 12..
raya saya adalah: kemas rumah abah dalam masa satu hari lepas dia mengecah satu tahun... dan layan dia macam raja sebab cuti raya adalah cuti paling panjang yang anak² dapat balik duduk sama² :)
Meriah sungguh rumah kakpah,dalam banyak2 dialog yang paling biasa dengar no 12 hehehe...
en-me, bukan selalu meriah macam tu.
cikgu nomah, sekarang ni dah kurang membebel dalam kete. mem lebih banyak tido jer hahaha..
smm, meh lah beraya kat sini. kakpah buatkan ko cupcakes.
ejamaria, haha dah habis dah..
dr singa, owh... ko pun gak ek..
kog, tu kira eksesais gak tu.. mesti berpeluh2..
zaitun, haha.. bahana hariraya sebab makan tak beragak..
salam kakpah..
mcm2 menu dihidang.. peurt yg dok berpuasa sebelum ni pun terkejut gak sbb mcm2 dok masuk.. so, tak sabar2 juga la nak kuar.. hehehe
alahai k pah.. tersenyum2 saya sorang2 kat opis baca this entry hehehe.. so true!!!!
dah lama baca ur blog.. memang tak dinafikan u have talent in writing.. ada je helah dalam ur writing hehe.. i love it..
semoga k pah dikurniakan kesihatan yg baik dan terus menghasilkan nukilan2 yg bermutu..
Post a Comment