Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, September 28, 2010

Bukan Michael Jordan

Keluarga aku sukakan kucing, sayangkan kucing. Aku pun sayangkan kucing juga tetapi tidaklah sampai bawa balik ke rumah setiap kali terjumpa anak kucing atau pun sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk membeli seekor kucing. Tidak. Bukan tidak suka. Aku cuma malas untuk membereskan kekotoran yang ditinggalkannya.

Tetapi bila kucing ini datang ke rumah dan meminta-minta untuk dimanjakan, anak-anak meminta pekenan untuk membelanya. Maka jadilah ia penghuni tetap di rumah ini dengan memakai gelaran Jordan.

Semasa mula membelanya dulu aku memberi amaran padanya supaya tidak membuang isi perut sesuka hati. Benar. Kalau dia memerut, dia akan pergi jauh dari rumah. Namun kebelakangan ini perangai Jordan yang suka kencing merata-rata membuat aku naik hangen. Di mana dia lalu, dengan dengkinya dia akan menembak di tempat-tempat yang dia pekenan. Kalau lalu di depan pintu, di pintulah. Kalau lalu di tepi rak kasut, di rak kasutlah. Kalau lalu di tepi almari, di almarilah. Ikut sesuka hati dia saja.

Pernah sekali dulu aku tengah mencangkung di belakang rumah menanam pokok cili. Dia datang menggesel-gesel dan tetiba saja peha aku terasa panas. Ada ke aku dikencingnya. Aku kejar dia hingga dia lari lintang pukang.

Semasa aku ke pekan baru baru-baru ini aku mendapat sms daripada farah yang Jordan telah mengencingkan kakak ipar aku yang tengah duduk-duduk berbual-bual di dapur. Siapa yang tak hangen.

Memang aku dah tak tahan dengan perangainya yang kencing merata-rata. Aku tak suka najis bertaburan di dalam rumah. Aku nak buat macamana ye. Ada sesiapa yang nak bela kucing aku?hehe.

Di pekan baru, aku sempat ke rumah abang kepada kakak ipar aku. Dia ada membela 3 ekor kucing parsi yang cantik. Bulunya lebat dan panjang. Memang cantik. Sesiapa penggemar kucing yang melihatnya pasti berasa geram. Aku juga rasa geram. Tetapi bila memegangnya dan memeluknya, bulu panjangnya akan tinggal di tudung dan baju.

err.. sila fokus pada kucing

Yang pasti aku tidak akan membela kucing seperti itu kerana bukankah bulu-bulu yang tertanggal itu dikira najis juga?
.
.
.

Berbalik kepada cerita asal. Macamana nak selesaikan masalah Jordan kucing aku ni. Datangnya tidak diundang. Perginya tidak disuruh. Tapi kalau boleh memang aku hendakkan dia pergi.

kakpah

22 comments:

kakcik said...

Salam Kakpah...

di belakang rumah kakcik ada beberapa ekor kucing yang sentiasa menanti makanan dari kakcik. InsyaAllah, kalau ada makanan yang'sesuai untuk diberika', memang kakcik akan beri kepada kucing2 tersebut. Masaalahnya sekarang, 'mereka' telah pandai melompat masuk ke dapur melalui tingkap.. :(

Kesian juga kalau Jordan tu dilepaskan ke tempat yang belum tentu selamat untuknya, kan?

kak long said...

jordan suka tembak kat pompuan jer?..
ni mesti kes ak dapek mengawan...hehehe

anymz said...

memang itu lah masalah kito ni kakpah oi..tension kan..yg paling haru kalau kito baru angkat kain letak sekejap kain tu atas katil,tetiba telefon berbunyi,kita pi angkat fon,si kucung ni sodap2 naik ateh katil dan tembak kain2 tu...hadoi.raso nak korek 14 badan kucing nih..hehe

Kak Mah said...

mesti Jordon tue kucing jantan kan... dah nama Jordon jantan ler..ehehe dah tua-tua kucing jantan tue memang cam gitu Kak Pah.... itu yang tak larat nak membela kucing jantan nie..dah tua suka sangat tembak merata.......tips..tak tau ler... jangan bagi masuk dalam rumah...huhuhu

rezeki said...

salam kak pah


hehehehe nak tergelak pulak baca jordon memancut ikut suka hatinya hehehe

pakaikan dia pampers je kak hehehe

saya ada 18 ekor, 5 darinya jantan bapak bernama onchu,onche,tsonga,putih,buta

kalau lepas keluar sangkar , memang keja nya asyik menempak je , masing2 nak tanda kawasan

tapi kalau dalam sangkar, pandai pulak mencangkung bila kencing

tasekM said...

saya pun suka kucing tapi tak boleh bg masuk rumah sbb hidung ni tak tahan. dh bagi makan, saya biarkan la dia nk pergi mana. bebas.

perrghhhh.... aku sebut 'saya' kak... ha ha.



.

kucingorengemok said...

apasal tas ni dah 2-3 hari ni asik menyamor jadi kog asik saya-saya-saya? pelik aaa. hehe.

kucing jantan tua memang suka memancut. takde cadangan solusi (komen tak berfaedah)...

julietchun said...

mesti anak2 kakpah sayang nak buang jordan tu. letak dlm sangkar je lah.

Kak Ezza@makcik blogger said...

saya ni kak, kalau memikir kan hal kena kencing ngan kucing kita ni kak..rasa nak buang saje tapi mengenang kan kucing ni binatang kesayangan nabi kita saya pendam saja. Lagi pun kata ustaz , sabar je laa...pahala kat sana tu menunggu kita....bilo dongar tu..sojuk sikit lah hati ni kak...

kakpah said...

kakcik,tak tergamak nak letak kat mana-mana. datang dia dulu pun bawak rezki. sabau jer la..

kaklong, dia ada gepren ko tau.. gepren dia tengah memboyot plak tu. jangan beranak kat rumah kakpah dah..

kakpah said...

anim, tu memang masalah bosa tu. Dulu kakpah ado kucing porangai camtu gak. bilo malam, buatkan tompek tido dio dalam bilik air bia sonang dio nak tokoncing toberak. Bila pagi dan bukak pintu bilik air, dia tak membarai pun. Tau2 dia belari naik atas rumah dan teberak atas tilam. lagi hangen ko tau tak.... kehkeh.

kakpah said...

kakmah, memang kucing jantan pun. Tak bagi masuk rumah dia masuk gak sebab dia dah perasan yang rumah ni rumah dia dan boleh buat sesuka hati hehe..

kakpah said...

salam rezki, wakaka.. lawak lah kau. Banyaknya kucing..mesti terlebih kasih sayang ni..
dan nama kucing jantan tu pulak hahaha.. takleh tahan betul. Ko bagilah nama glemer sikit.

tasek, kau ni mabuk rumah terbuka ke..

kog, tasek tu ada azam baru lepas raya hiiii..

juliet, aku pun sayang gak. Nak letak dalam sangkar kesian gak terkurung.

ezza, haha.. nampak gaya e memang macam tu lah za. dah tua2 ni dia buat perangai. Mula2 dulu pandai je bawak diri.

Ena said...

sadis gak camtu kak pah kan.. kat umah mak ena pun ada bbrp ekor kucing yg datang menyinggah cam kakpah juga.. terus mak bela beranak pinak.. tapi ena tak pasti pulak ada ker kes cam jordan tu yg tembak merata2.. harap2 tak de la sbb mak pun tak larat sangat nak buat semua tu..

Ku Tak Sempurna said...

kalau dah jumpa org atau tmpt yg sesuai utk ltkkan jordan tu, bgtau la den..


kek umah ni ado sekor... sesuko ati yo beghak atas kusi... hangen satu badan....


.
.

errr... atau kakpah berminat ngan kucing kek umah den tu?? comey... kecik laie.. masih boleh dilentur.. klu kakpah lentur elok2, kompem tak berak meghato2..

kakpah nak??

hihihihi

Kak Nora said...

Serah saje Jordan kepada yang suka bela kucing.

en_me said...

ek eleh akak tewww.. anak pown orang leh buang, inikan kuching.. meooowww

kak Erna said...

kak pah..memang hangin..sajo lah buek perangai tu kan..dah tak pandai pulak masuk jamban nak kencing..
kalau dah sesajo kencingkan orang tu..cari nahas tu kak pah...

kakpah said...

ena, kucing2 ni pun tau mana orang yang suka kat dorang ni dan tak kedekut pula nak bagi makan. mungkin kucing ni doakan kita, kita mana tau kan. tapi tulah.. berak kencing tu yang tak tahan..

kakpah said...

kts, laaa.. eden baru cadang2 nak hantar jordan ni kat rumah ekau... haha buat peneman kucing ekau yang tinggal sekor tu.

err.. atas kesudian nak bagi kakpah kucing comey kau tu pulak, hiiii.. konfem eden menolak seratus pratus..

kakpah said...

kak hajah nora, takde sape yang nak bela kucing yang dah tua haha..
kaknora nak ke haha

en-me, hiiii...

erna, memang kena selepuk dua erna oi....

aiDieNa said...

Saya pernah kena pancut ngan kucing jantan miang dok menggoda kucing betina.. masa tu kami tengah kengkonon study di bawah pohon pine di tepi padang hoki UiTM Jengka.. hehehe.. kuang asam boi punya kucing!! Hancing bau bukuku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...