Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, September 27, 2010

Raja Katak

Salam.

Hujan sudah lama reda tapi bunyi katak yang mengiung-ngiung masih membingitkan telinga. Kolam ikanku bukan sahaja menjadi tempat ikan-ikan aku berenang-renang ketepian dan berenang-renang ke tengah tetapi juga menjadi tempat katak-katak hodoh itu membiakkan baka mereka. Sudah aku cuba membiarkan ikan aku kebuluran tanpa aku tebarkan makanan dengan harapan mereka akan melahap berudu-berudu yang jelek dan meremut itu. Yang nyata, katak-katak hodoh itu terus menerus membiak, mengiung-ngiung dan membingitkan telinga aku.

Aku?
seolah seekor robot yang bergerak tanpa otak. Rasa lompong dan kosong memenuhi setiap ruang dalam diri. Menjadikan aku membuat apa yang aku buat tanpa berpikir kerana pikiran aku juga kosong. Sebab aku mengosongkan fikiran selompong-lompongnya supaya aku tidak payah untuk berpikir-pikir lagi. Sedangkan sebenarnya banyak perkara yang patut aku pikirkan. Ah, payahnya.




Untungnya katak-katak hodoh itu. Tidak perlu berpikir sebaliknya terus mengiung-ngiung menjeritkan zikir-zikir mereka terhadap yang agung.

.
.
.






Kehadiran anak-anak ini sentiasa membuat aku tersenyum. Tadi sebelum aku meninggalkan tadika, hajar berlari mendapatkan aku dan memeluk aku..

hmmm.. sayang ummu, katanya.

Memang ramai orang yang sayangkan aku tapi aku tidak dapat memuaskan hati semua orang, bak kata perumpamaan;
Perut kenyang lapar tak hilang.

kakpah

8 comments:

kak ina kl said...

bila tiada kanak-kanak..terasa sunyi sepi rasanya..tapi bila dah ramai..mai aiiii fening dibuatny.

selamat hari raya kak pah.

kakpah said...

selamat hari raya ina. banyak kue lagi ke..

ckLah@xiiinam said...

"Sayang kakPah", ckLah mengiung-ngiungkan ungkapan itu di celah-celah jejeran hujan yang jatuh dari teritis gubuk buruknya...




:)

Ms.Lilies said...

umah atas langit cam saya jauh dr bunyi katak hehehe...

tapi dekat dengan bunyi org jerit gol!!!!! tiap kali ada game bola....haihhh....mamak kat depan area umah huhu

aNIe said...

Kak Pah...bertuah badan disayangi anak2 yang begitu polos... sayang mereka tulus dan ikhlas...

kakcik said...

Salam kakpah...

Tertarik kakcik dengan kata-kata 'perut kenyang, lapat tak hilang'.. mendalam maksudnya... mungkinkah terjadi begitu kerana nafsu mengatasi akal?

kakpah said...

cklah, saaayang cklah juga. Nak rendang sikit hehe

lilies, akak dah banyak malam tak dapat pegang remote astro sebab husband yang kontrol untuk tengok bola.

kakpah said...

anie, rasa terharu bila mereka peluk2 kita dan cakap sayang. sungguh..

kakcik, memang susah untuk memuaskan hati semua orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...