Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, September 19, 2010

Kawan Lama Kawan Baru, Kamu Tetap Di Hatiku


Dia kawan baik aku semasa empat tahun aku bersekolah di situ. Actually salah seorang kawan baik. Oleh sebab dia budak JB dan tinggal pula di jalan larkin, maka selalulah kami kawan-kawan kamcing ke rumahnya apabila outing. Kadang-kadang keluar memang dengan izin sekolah tapi selalu juga keluar mencuri-curi dengan menyorok di seat belakang kereta bapanya. Setiap kali ke rumahnya pasti kami akan dijamu dengan makanan yang sedap-sedap.

Ada juga sekali dua dia mengikut aku balik kampung di kuala pilah semasa cuti sekolah. Orang bandar masuk kampung memanglah macam rusa masuk kampung. Dan aku membawanya masuk sawah dan meronda kuala pilah sambil ke rumah member-member kami yang lain yang se kuala pilah dengan aku. Dia membonceng motosikal abah yang aku bawa tanpa lesen.

Apabila habis sekolah kami membawa diri masing-masing tetapi masih menghubungi satu sama lain. Kalau kami rindu bergelak ketawa, kami akan buat lunch date di kl sambil mengorek cerita lama.

Tetapi pertemuan itu menjadi semakin jarang kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga. Paling akhir aku bertemu dengannya ialah kira-kira lebih sepuluh tahun lalu apabila kami berkumpul di rumah yam di subang jaya. Pada ketika itupun aku sudah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya dengan sisuami. Dia mengatakan yang suaminya berhasrat untuk menambah cawangan.

Selepas itu dia hilang. Apabila aku menghubunginya beberapa bulan selepas itu, nombor telefonnya sudah mati menjadikan aku mati akal untuk mencarinya. Aku bertanya pada yang lain-lain dan mereka juga tidak tahu.

Aku selalu berdoa semoga aku dipertemukan dengannya kembali. Memang betul-betul aku rindu padanya.

Petang semalam sebelum siang berlabuh, aku menerima satu panggilan. Aku lihat satu nombor yang tidak aku kenali terpapar di screen. Aku abaikan kerana aku tengah menyuapkan faris makanan. Kemudian sekali lagi panggilan itu masuk. Aku angkat. Kedengaran satu suara yang amat aku kenali dan aku nanti-nantikan.

Aku dapat nombor kau dari yam. Aku cari kau kat fb tak jumpa. Aku cari yam, jumpa, antara kata-katanya.

Dalam perbualan yang singkat itu dia mengatakan tentang perpisahannya dengan suami dan dia kembali ke JB meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak.

Olly, kau jangan hilang lagi.

.
.
.
.

Sebenarnya ada dua kejutan semalam. Tiny dan Tokma datang berjalan raya ke rumah. Semasa bersembang Tiny mengatakan ada sorang kawan ni nak datang tetapi dia tak mahu bagitahu siapa. Memang aku terkejut besar bila kawan yang dimaksudkan itu adalah si iina glasgow. Angin tak, ribut tak, tiba-tiba terpacul je. Ish.. memang tekojot den.

.
.
.
.
KTS,
Awak sombong dengan kita ek.
Kita nak kawan dengan awak.
Kita ada donat nak share dengan awak.

Hahahahahahaha......


kakpah

15 comments:

kakcik said...

Kita nak singgah rumah Kakpah.. tapi kita tak tahu rumah Kakpah kat mana... :(

kakpah said...

rumah kakpah kat jalan 3/6g, no 5. tapi kakpah harini ikut husbnd gi seminar. Rabu baru balik.

mamawana said...

Salam pagi

Kita nak raya ke rumah kak pah gak...

kakngah said...

hari kite g bkt mewah.. xdpt la sggh rmh kpah.. dah kpah xdo..
xdo joki nampak eh...

Ku Tak Sempurna said...

ohohohoho


.
.



.
.



.
.



.
.




.
.




.

.

inilah rupanya org yg nak berkenalan dgn ai tu ya!! :P

:P
:P


baru je nak perasan! ahahahaha.. jago ekao kakpah.. mano donat eh??

:P

Insan Marhaen said...

IM juga rindukan kawan-kawan baik IM satu ketika dulu...

entah dimana dan khabar apa mereka kini...

Kak Ezza@makcik blogger said...

kak Pah
bilo nak datang kelang....rindu laa

ckLah@xiiinam said...

Adakah aku juga masih di hatimua Kanda Pah?





:)

aNIe said...

Kak Pah...sayang tak dpt jumpa iina semalam...

Mesti seronok jumpa orang jauh...

Selama ada fb anie cuma dpt berjumpa 2 orang aje kawan sekolah yang dah lebih 25 tahun tak jumpa...

kak Erna said...

kak pah..
saya pun ada sorang kawan sekolah yang baik..tapi dah hilang tanpa jejak sejak dah kawin..ridu betu ngan dia..
kak pah..sayang betul la..ina ada talipun nak datng jugak..tapi tipun saya ada kat bilik..tak dengar..5 misscall dari dia..sayang...

AZANI said...

salam hajjah
selamat menyambut tetatmu

KAKTINY said...

alaaa.... nk donut jugaaakkkk...
heheheeee....

lupekanje said...

iina kak???? laaa...sesenyap je dia balik Mesia ye......nanti dia...hehehe..

Lately saya sonok gak kak sbb dpt contact ramai kenkawan sklh rendah kak...bayangkanlah dah baper puluh tawon tk contact....

tapi..err..acik suka contact je..tpi jumpa cam tanak je..hehehe

nazaTIMsuria said...

acik lupekanje: ekekeke cam samo yo kito ni. eden pon maleh jumpo kawan lamo (cewah speaking jawa plak)

mak: tahniah la ye dah jumpe mcik olly :D

iina said...

Pesal ari tuh den takdo nmpk donut pun kat umah kak pah.. mano acik nie kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...