Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, October 19, 2010

NAMETAG? Eh..Eh.. Bukan.



Aku tak tahulah asal usul tag ni. Apa motifnya tidaklah juga aku tahu. Mungkin untuk meramaikan kawan atau kenalan. Ataupun cuma untuk suka-suka saja.
Maksu telah mengetag aku. Terima kasih le maksu. Dapat juga update N3 hehe..

Beginilah bunyi soalan dan jawapan:


1. gambar kesukaan anda?








2. adakah anda rasa anda HOT?

Semalam makan pecal.
Sambal pecal teramatlah HOT sehingga keluar semua peluh mak nenek.
Memang aku HOT dengan siti sebab taruk cili api banyak sangat.
HOT aku bertambah-tambah HOT lagi dengan keadaan cuaca yang tidak hujan-hujan.
Adakah aku rasa aku HOT?
Memang..
(err... petang nanti teragak nak makan HOTDOG pulak)




3. cerita pasal gambar

Gambar ini adalah gambar seseorang yang berBINkan orang yang sama dengan suami aku. Semasa gambar ini diambil dia sebok suruh aku snap gambar dia dan letak dalam blog.
"Letak le gambau aku dalam blog.."begitulah kata dia beriya-iya.
Dia sebenaunya bukanlah seorang yang malu-malu kucing
seperti yang tertera di dalam gambar.



4. bila kali terakhir makan pizza

Di pekan Baru, Sumatra pada bulan Syawal yang lepas.



5. lagu terakhir anda dengar

Pagi tadi semasa menghantar adik ke sekolah. Tajuk apekehentah.. aku pun tak tau.




6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini

Cungkil taik hi****
(wargkahkahkah)




7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?

Kakpah glemer
ooopss..
kakpah aulad



8. tag lagi 8 orang

1. Ashley
2. Kak Hajjah Nora
3. Yati Sharif
4. Erna
5. anymz
6. ena
7. kakzakie
8. ejamaria




9. siapakah orang no. 1 kepada anda

Salah seorang orang kuat aku di aulad. Guru aku tu...




10. kata sesuatu mengenai org no. 5

Anim orang yang kreatif di dapur. Aku kenal anim semasa jalan-jalan cari makan di alam saiber dan terus sembang-sembang dan komen mengomen sesama sendiri.
Kalau makan2, ada ulam petai dan sambal belacan sedap kan?
H'a.. nak jadi cerita, perkenalan kami ini jadi sedap bila raya tempoh hari si anim ni bertemu dengan sedara mara dia
dan entah apa dia bergosip tentang aku (hehe),
maka keluar pulalah cerita yang mak sedara anim ni classmate aku
masa sekolah kat JB dulu hahaha...
Dan mak sedara dia yang lagi sorang ni duduk kat bangi
dan memang aku kenal pun... hahaha..




11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?

no 3 ada hubungan dengan nombor 1. Dua-dua orang kuat aku di aulad.




12. bagaimana pula dgn no. 4

erna pengomen tetap aku hiii..
belum pernah jumpa pun tapi tetap mesra.
erna!!!! peace!!




13. pesanan kpd org no. 6

Si ena punya dua orang anak yang sangat comel.
Pesananku..
Jangan abaikan ilmu dunia dan akhirat untuk mereka berdua.




14. kata-kata cinta utk no. 2

Kak hajjah nora,
Cinta kita untuk DIA
dan cinta DIA untuk kita
Sama-samalah kita mencari dan memupuknya




15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan

Ada.
Dua-dua perempuan.




16. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda
(apakah yang aku tahu tentangmu maksu?)
- warih den.. orang negori
- ada anak kecil bernama baby w yang lucu
-seorang pemuisi / penyajak
-suka pegi keje naik moto sebab senang nak cilok kiri kanan (hiii...)
- tinggal kat tempat yang banyak jual lemang




17. persamaan antara kambing dengan lembu

kalau kat pilah ni, dua-dua jenis binatang ni ,tak berkandang.
lepas bebas macam tu je dan menabur berak tengah jalan.
kejap-kejap tuan-tuan mereka ini mengadu
kambing hilang
lembu hilang
.
.
kena ngap dengan binatang kepala hitam yang pandai pandu lori le tu...




18. GAY or LESS?

You pay LESS to be GAY?(happy)
Apa punya soklan lah ni..


Sekian, semuga terhibur.



21 comments:

kucingorengemok said...

tak mau kalah tu... makan pizza pun kat seberang laut, hehe

Mak Su said...

trimakasih kak pah atas kesudian..hehehe, kelakau.

amboi, byk lemang katanya ;p

kak erna dan kak anim ada bau-bau bacang or macang or mangga or mempelam ngan saya , kot.. hahaha, sy pun tak pasti banget. tapi kiro warih jugaklah

Ena said...

aiyak!!!

tag sudaaa..

rasanya ena pernah buat n3 pasal tag ni.. nanti ena check yeh.. hehe

julietchun said...

org dlm gambar tu nampak HOTTT.ehehehe

pB said...

salam Kak Pah

mae said...

aaiikkk, mcm den konal je org dlm gambau 1 tu. Sapa le agak nya eekk. Raso den gambau tu diambil 30 bulan yg lalu napa le la ni baru keluaq. Ni mesti potograper tak buat homework....???

ashley said...

jawapan yang last tu menarik..
aku nak tiru itu jer laa..
Tak po kan? hahaha

Nizam.Ariff said...

Apa jenis soklan last tu..?? ish.. geli aku dengor..

ejaMaria said...

banyak nye soklan?

Ku Tak Sempurna said...

dah habis mencungkil taik
.
.
.


hi hi hi hi


jujur sungguh ekao :P

tasekM said...

tak kena tag dgn yu ai kena dgn kak ash. ni yg nk jawab tag stail mat rempit nih. haih..



.

iina said...

Kak.. saya terpesona melihat tangan org tuh.. ayu jek hahahaha cam tangan pompuan pun ada tuh.. kena praktis buat lentik camtu hahahaha

Insan Marhaen said...

persamaan antara kambing dan lembu ialah binatang kaki 4..he..he..

boleh buat korban!

kak Erna said...

adui kak pah..camano nak buek tu..tak sanggup nak tag orang..jadi..kalau tak tag..jawab e..pendek yo lah..ha ha..sory kak pah..jangan marah yo..
iyo lah kato mak su tu kak pah..kocik2 dulu..dulu2 maso ado arwah mak ayah maksu tu..tak ponah tak poi rumah dio tu.saya panggil ayah di ulong..sekarang ni..abang mak su kawin pulak ngan anak sedara saya kak pah...

Ms.Lilies said...

wahahaha....
menepati soklan smua jawapannya...ai like

Kakzakie said...

Salam Kak Pah,

Kakak dah jawab semua soalan. Ada hadiah tak? Anak nak exam soalan math. science dll. kita lain pulak soalannya....

Siapa yang memulakan nie semua?

anymz said...

kakpah ni sajo yo tau..org sibuk masak ni,dio ajak main tag2 pulak..haha..takpo2 nanti se layan tag kakpah ni yo..tunggu maso sesuai sikit..
tak ado kojo lah ni yo..meh sini tlg se pukul tolur..hehehe

kakpah said...

kog, kat mana lagi nak merasa makan piza bergaya harga beratus ribu... haha..ratus ribu rupiah.

kakpah said...

maksu, owh.. sedaro rupo2 eh.

ena, sudah kena ka ini tag dulu.. hii..

juliet, kau jangan.. nanti dia perasaan..

kakpah said...

pb, salam.. shat?

mae, ow.. ekau konal yo orang tu. sudah buat homewrk la tapi masa tau sesu'ai..

ashley, hantam sajalah labooo.

nizam, ontahlah.. aku pun geli geleman

ejamaria, soklan banyak.. buat je mana patut hehe

kts, aku memang jujur orangnya hi hi hi..

tasek, haha tu antaro ekau berduo hehehe..

iina, erk...haha

kakpah said...

IM, raya korban tak lama lagi ni.. marilah berkorban..

erna, tenkiulah erna sebab dah siapkan asainmen tu hiii.. spotinglah ekau.
rupo2 e ado kono mengono dongan maksu yo..

lilies, ai pun laik haha..

kakzakie, haha.. cepatnya. kakpah pun belum sempat nak cek semua orang punya asainmen sebab bizi.. anyway.. tenkiu.

anim, kau ni sibuk masak yo manjang. kakpah pun dah bukak blog masak2 tau hehe tapi sonyap2 dan secret2 yo ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...