Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, October 8, 2010

Pantai

Di tepi pantai yang indah
ku duduk seorang diri
suasana sepi


Teringat aku akan lagu popular zaman pop yehyeh. Siapa yang nyanyikan lagu ini? A. Ramli? Aku masih dalam zaman awal remaja ketika kumpulan gitar rancak tumbuh macam cendawan dan anak-anak muda melalui transisi daripada berseluar besar kepada sesendat pembalut nangka dan berskirt pendek sampai ke pangkal peha.

Pantai

Tetiba juga aku teringat pada deruan ombak dan melodi indahnya setiap kali menyapa pantai. Laisalaha mindunillahikasyifah.... begitulah zikir ombak yang tidak kedengaran oleh telinga kasar manusia.

Ni emak fatimah? Suara di sebelah sana bertanya.

Ya, kenapa?

Anak-anak aku suka bermain di pantai. Dan apabila ada masa terluang dan membenarkan, kami akan bercuti beberapa hari di chalet atau hotel di tepi laut. Bau laut dan lembut pasir memberi ketenangan padaku sementara anak-anak riang gembira bermain air.

Kak, fatimah pitam dan jatuh di depan bilik air. Datang sini ambil dia.

Aku baru saja menghabiskan entri aku tentang singa dan dengan panggilan itu secara otomatis bayangan pantai datang ke ingatan aku,
Oh... not again!!!




Pantai

Sekali lagi aku berada di sini
tanpa deruan ombak
tanpa pepasir putih yang lembut bila dipijak
tanpa bau laut
tanpa kapal berderetan di kaki langit
tanpa burung berterbangan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Pantai
Sekali lagi aku menjadi peneman
di blok D bilik 602


13 comments:

kakngah said...

kenapa dgn imah kak???

sonata anak kancil said...

semoga cepat semboh...

kak Erna said...

kak pah....kenapa imah kak pah..
lopeh ni..kak pah kono poi pantai boto2 buek rihatkan diri dan minda..
semoga anak kak pah copek sembuh..

kakpah said...

kakngah, ado lung infections sikit. Sakit dado sampai nak pitam... skang dah okay. mgkin besok boleh balik.

cikgu sonata, insyaAllah.. semakin pullih.

erna,osah boto e. nak duduk rehat topi pantai barang duo tigo hari. Tapi kono tunggu pulak cuti sekolah dulu...

Tijah said...

hayolah kakkk...

taun ni yo dah bapo kali main topi pantai kan?

semoga semua eh selamat...

~Kak AZZ~ said...

Laaa.... Sian budak gebu tu... Moga dia cepat sembuh... Akakpun kena jaga kesihatan gak...

Saya dah elegik dgn pantai dan laut ni kak... tp rindu suasana tu... huhuhu...

iina said...

Kak.. sebut yo pantai den tingat pantai kek jln kolo klawang tuh kak hehehe.. semoga dio copet sembuh.. bkn baru yo suka suki konvo marin ko.. selamat bermain pantai yo kak ;)

kakpah said...

tijah, osah boto e tekau. tak topantai an lai dah ni....

azz, tension pun iyo gak budak tu. bilo buek chambering ni kono hayak kulu kilir. soh masuk court sana court sini. belajar lagi, assignmnt lagi, konvo lagi.... maybe pressure dah sampai had..

kakpah said...

ina, main pantai kek sini tak dapek nak boronang hehe...

syamimi azmira said...

Semoga cepat sembuh lepas ni kakpah jangan pergi pantai yang tak ada laut.

Zai
mamasya.blogspot.com

Insan Marhaen said...

kalau PANTAI yang tu, orang macam IM tak berpeluang nak masuk sebab tak cukup 'sen'...

kakpah said...

syamimi, insyaAllah.. kalau boleh taaknaklah pegi kat situ lagi.

IM, ala... kita pun serupa gak.

lupekanje said...

salam kak pah...moga imah dah sihat la....acik ketinggalan ketapi ikut brita ni...

*nampaknya, kek pantai tu, smuo konal kak pah...hehehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...