Semua sudah bersedia, duduk bersila atas lantai, menyiku sesiapa yang hampir dan mata mata itu terus memfokus ke hadapan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang tersangat besarrrrr dan garanggggg. Pada suatu hari, singa berasa tersangatlah lapar kerana sudah beberapa hari dia tidak mendapat mencari makanan.
Kita mengusap-usap perut. Tangan-tangan kecil turut mengusap perut.
Hey binatang-binatang di dalam hutan !!, singa berkata dengan suara kuat dan garau.
Suara kita kuat dan garau juga. Yang di depan sedikit tersentak tetapi kemudian mengekek-ngekek kecil.
Carikan aku makanan yang enak-enak. Aku laparrrrrr... Sekiranya kamu tidak bawakan makanan untuk aku, aku akan maaaakan kamu!!!, singa berkata lagi dengan suara kuat dan garaunya.
Kita juga bersuara lagi dengan suara kuat dan garau. Yang di depan beranjak sedikit ke belakang apabila tangan singa menggapai mahu melahap mereka.
Binatang-binatang itu lari bertempiaran kerana takut dan terus mencari makanan seperti yang diminta oleh singa. Mereka lari ke kanan.
Kita ngereng ke kanan tetapi yang di hadapan ngereng ke kiri.
Mereka lari ke kiri.
Kita ngereng ke kiri tetapi yang di hadapan ngereng ke kanan.
Ada yang masuk ke sungai, keceburrrrr!!!!
Eeeeeeeee....... yang di hadapan mengekek lagi
Ada yang naik ke atas bukit
Kita dongak ke atas. Yang di hadapan juga dongak ke atas.
Setelah penat ke sana ke sini mencari makanan maka binatang-binatang itu pun kembali mendapatkan singa dengan makanan di tangan.
Ada yang bawa ikan
Ada yang bawa tikus
Ada yang bawa burung
Ada yang bawa tupai
Ada yang bawa buah rambutan
Ada yang bawa pisang
Ada yang bawa burger
Ummuuuuuu............ mana boleh bawa burgerrrrrr. Binatang mana ada makan burgerrrrrrr.
Haahlah ummu, mana ada burger kat hutannnnnn.
Ooops.... ummu terkantoi lah pulak..
24 comments:
Hehehe...
Ummu ingat bila budak2 tu leka dengar cerita, mereka tak perasanlah apa yang Ummu cakap... rupa2nya deria mereka amat tangkas - setangkas Singa yang tak ada title Dr di pangkal nama! :)
terlajak pulak sebut burger ye... ;p
ummu lapar burgerkah?
hehehe
buger special satuuuu!
ummu yang teringin nak makan burger tu.. hehehehehhe..
mujur ummu tak sebut kuih raya,hahahahah
:=)
ha ha,..terbabas..syok bercerito punya pasal..ummu..ummu..
salam. kih...kih...kih...harimau makan burger? lawaklah k pah ni.......
Seronok baca citer kanak2 nih...rasa cam jadi kanak2 balik...
kak pah burger macdonald tuh sodap kan.. marin den tak sompek nak poei makan lah kak.. hehehe.. ayam goreng takde ke kak?
best nye... nak duduk dengar cite lagi... :)
hahaha..bebudak skang ni dah cerdik2 lah kakpah..mata,telinga sentiasa peka..lobih2 lagi yg di hantar ke tadika kakpah tu..sepupu se dua org blajar kek situ maghin kan..ermm..dua2 tu cerdik tapi tersangat loyar buruk mcm tuan punya tadika tu jugak..hahaha..se lariii dulu yo...
salam kak pah
hahaha
tu belum cite rimau @ singa islam lagi yg nak makan baca bismillah hehe
arghkahkahkahkah... sekali che'ghu terkono laaa....
ummu teringat nk buat bun burger kot.. tu yg tersebut burger.. hahaha....
kahkahkah...
aku suka. aku suka.
.
kakcik, bebudak ni lebih tangjas daripada kita haha..
sayangsayangibu, haha.. ingatkan diorang tak perasan
lilies, memang ketika itu perut ummu tengah berkeriutt..
kaklong, siappppp!!
ena, jom.. belanja ummu
juliet, haha.. kuih raya dah tinggal serdak..
kaknora, hiiiii.........
erna, tak leh nak kona baring dah haha...
cikguina, mana pigi cikgu.. lama tara mari haha...
mamawana, jadi kanak2 memang seronok kan.. tak payah pikir macam2 masalah
iina, untung la sape ada bukak kedai mc d sobab tak ponah longang dengan pelanggan. jom na, bukak satu kek tanjung malim yang dokek dongan upsi hehe..
maria, citer dah habis sebab tukang karut dah terkantoi haha..
anim, kau jangan larik.. tomongah kakpah nak koja ni.. hehe.
pakitam, bagus tu pak itam. terapkan islamic values dalam diri kanak2.
tiny, dah lamo tak buek bun ni sebab bizi teramat sangat.
tasek, kahkah.. kau suka cerita akak ke suka burger..
menunjukkan kanak2 tu sangat
cerdik !
cikgu, memang mereka ni anak2 cerdik. beruntung mak dan ayah mereka....
famili aku makan burger malam ni. Nasib baik singa tak makan burger. Kalau tak mereka nak makan apa? huhuhu
Post a Comment