Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, October 12, 2010

Siapa nak naik, naiklah.. Aku taknak.



Beberapa tahun yang lalu, aku dan beberapa anak aku yang masa itu masih bersekolah, ke kuala perlis dengan menaiki keretapi. Anak-anak aku beriya-iya mengajak kami menaiki keretapi kerana kata mereka belum pernah sekali pun seumur hidup mereka merasa menaiki keretapi selain komuter.

Kena dengan cuti sekolah, kami mulai pengembaraan ke Langkawi dengan menaiki unser dari rumah, meninggalkan unser di Universiti Malaya, menaiki lrt ke KL Central dan seterusnya keretapi tanah melayu terus ke kuala perlis.



Setelah kali terakhir menaiki keretapi pada tahun tujuh puluhan semasa pulang dari sekolah dari JB ke seremban, itulah pula pertama kali aku menaikinya semula. Memang banyak perubahan. Tidak seperti zaman sekolah aku dulu.

Hendak dijadikan cerita, sepanjang-panjang kami bercuti itu hujan turun tidak berhenti-henti. Banjir berlaku di Perlis. Ketika kami mahu pulang semula ke Kuala Lumpur, keretapi yang dijadualkan tiba di kuala perlis untuk membawa kami pulang, tidak dapat datang kerana halangan banjir. Keretapi hanya dapat sampai di kuala kedah sahaja. Kami terperangkap.

Kami bermesyuarat tergempar. Yang bermesyuarat cuma aku dan suami. Anak-anak masih beriang ria. Suami kata, kita kena ke kuala kedah. Kejar keretapi di sana. Sempat ke. Tak tau sempat ke tidak. Naik apa. Kena cari teksi. Kena cari dua buah teksi.

Kami cari teksi. Cari sana. Cari sini. Semua dah penuh.

Mesyuarat lagi. Kita naik bas ekspress terus ke KL. Tidak!!!! Aku menjerit kecil. Jangan sebut bas ekspress dengan aku. Aku fobia.

Akhirnya kami mendapat dua biji prebet sapu yang meredah laju melalui kampung, tepi sawah, tepi tali air membawa kami ke stesen keretapi kuala kedah. Bila aku sampai, keretapi sudah sedia ada di situ tetapi kereta yang membawa anak-anak belum nampak kelibat. Bayangkan susahnya hati kami. Mungkin kesihan melihat air muka kami yang bagai menunggu empangan pecah, keretapi menunggu di situ sehingga anak aku tiba. Adalah dalam 15 @ 20 minit lewat.


Intro yang panjang ini sebenarnya menjurus kepada kebencian dan ketakutan aku kepada bas ekspress. Aku bukan bersikap berlagak. Tapi aku memang tidak sukakannya. Tragedi demi tragedi yang melibat bas ekspress membuatkan aku fobia. Sekiranya ada anak-anak yang terpaksa ke satu-satu tempat yang memerlukan mereka menaiki bas, jantung aku akan berdegup dagdug dagdug sehinggalah mereka sampai ke destinasi.

Bagi aku bas ekspress:

* berlagak di jalanraya. Ramai pemandunya yang merasa gah kerana kenderaan mereka besar dan justeru itu tidak teragak-agak memandu laju di lane tengah atau lane paling kanan.

* membahayakan pemandu lain di jalanraya. Mereka sering menyalakan lampu kepada kenderaan lain yang memandu perlahan di hadapan mereka dengan memaksa kenderaan itu memberi laluan untuk mereka terus memandu laju.

* selalu membahayakan nyawa penumpang

Aku selalu menasihati anak-anak dan juga diri aku sendiri, sekiranya terserempak dengan bas ekspress yang berlagak di lebuhraya/jalanraya, ketepilah... bagi laluan kepada mereka.




Sekitar tahun 78 dulu aku pernah menaiki bas SKS (Seremban KL Seremban) untuk balik ke KL dari Seremban. Sebelum sampai Nilai, bas itu bergesel dengan sebiji kereta. Bas hilang kawalan, merempuh pembahagi jalan, masuk ke jalan bertentangan, berpusing dan terhenti menghadap ke Seremban semula , di tepi jalan betul-betul sebelah gaung. Kereta tadi berpusing-pusing juga dan terhenti tidak jauh dari bas. Nasib kami baik dan umur masih panjang. Tidak ada kenderaan lain yang terlibat.

Kenapa aku fobia dan benci bas ekspress? Itulah jawapannya.


Lihatlah muka-muka sedih yang kita nampak di surat kabar dan kaca tv meratapi orang yang mereka sayang. Aku sendiri terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ahad kelmarin apabila pulang dari melaka ke bangi. Takziah kepada keluarga mangsa dan alfatihah untuk mangsa beragama islam.


37 comments:

kak long said...

salam kak...
dah namo pun ekspress....!
sumo eh nk doreh...bukan peduli nyawo orang lain....!

anymz said...

samo lah kito kak,kalau ado anak2 ikut rombongan sek,dlm hati tak putus2 berdoa sehinggalah anak selamat sampai depan rumah.
peristiwa baru2 ni berlaku tak jauh dari rumah se,pemandu2 yg tersekat dgn jem ambik jln alternatif, maka berderet2 lah kereta hari tu lalu lalang depan rumah di selang selikan dgn bunyi ambulan....:(

Nizam.Ariff said...

Kalau 10 kali naik bas ekpress, 5 kali mesti kena tukar bas tengah jalan... (Butterworth - Ipoh).

Webmaster@Echam said...

Salam Kak Pah,
Ngeri.... Itu je yg mampu saya cakap.

Mak Su said...

sy pun takut ngan bas ekspres sekarang ni.....

kucingorengemok said...

ngeri kan... tapi kalau dah nak jadi, memang tak boleh elak ketentuan tuhan... myvi merah tu penyek juga walaupun dia cuma myvi merah

Ena said...

salam kak pah..
dulu msa sy study kat Langakwi terenggganu sy juga terpaksa menaiki bas.. sambung study kat melaka-Trg pun sama juga.. dan dah abis studi KL ke Trg juga sama..tak de pilihan bg kami.. nasib baiknya waktu tu tak de kejadian yg tak diingini sepanjang sy menggunakan perkhidmatan bas masa tu.. Paling teruk pun bas rosak dijalan..

Apa yg pasti skrg sy sangat risau bila adik2 sy terpaksa menggunakan perkhidmatan yg sama.. Tapi tiap kali dorang naik bas.. sy turut sama mendoakan keselamatan mereka.. Memg sangat risau & sy berdebar2 juga sampai la dapat sms mengatakan mereka dah sampai ke destinasi..

betul kata kakpah.. mereka berkagak dijalanraya..

ejaMaria said...

abah kita bawa bas ekspres... tapi dia tak la berlagak (insyaAllah)... tapi mmg bas laju... tengok meter dia la... jauh beza ngan meter keta... tp bas yg abah bawak ade meter speed limit... yg mana driver tak bole laju dari limit yg ditetapkan... tp bas yg eksiden ni tak tau la mcm mana bas diorg...

Kak Nora said...

Salam hajah,
Baru saya tau, SKS ialah Seremban-KL-Seremban. Adik saya 'escaped' pristiwa ngeri itu. Sepatutnya dia ke KL naik bas tersebut tapi dia tukar time naik bas lebih awal. Alhamdulillah.

~Kak AZZ~ said...

Sama la dgn saya kak... Saya ni lagi fobia... Kalau ada adik baerdik yg nak balik sini, tak kira la naik apapun.. selagi dorang tak sampai, selagi tu saya resah... tapi tak tunjuk la keresahan tu.. sbb emakpun sama resah jugak... Bila dorang dah sampai je, baru la lega, urut dada... raup muka... alhamdulillah... syukur ya Allah... Itu yg pertama keluar dari mulut...

kakcik said...

Hilang terus keinginan kakcik untuk merasai pengalaman naik bas ekspres dua tingkat! :(

(kakpah - Ahad lepas kakcik dah sampai Bangi Perdana @ Seksyen 3 tu.. terintai2 juga Tadika Aulad tu...)

chik said...

salam kakpah.

memang ngeri dan takut sentiasa ada bial terpaksa naik bas ekspres. paling kakchik tak suka ialah bila mudah mabuk dan asyik muntah saja sepanjang perjalanan kerana lajunya bas dipandu yang sudah tentu akan dibrek secara mengejut bila-bila masa.

tapi nak buat macamana selama 5 tahun di USM Penang, pengangkutan itu sajalah yang mampu. nak naik k/terbang, ada lah 2 kali itu pun masa tahun akhir.

tapi kalau sekarang ni nak naik memang gerun sangat-sangat.

chekdenoor said...

Salam,

bas exspress..... waduh....bila dah jadi langgar dan mati....baru semua menteri sibuk2 ..... than lepas tu...senyap......sampailah ada kes lagi......hmmm...... malaysia ni ....cam nilah......

rezeki said...

salam kak pah

masa bebujang dulu, bas ekspresslah menjadi tunggangan ku. Tapi masa tu takde higway lagi, jadi bas tak dapatlah memecut mcm sekarang ni

apa2 semua sebenarnya berbalik kepada sikap pemandu tak kiralah pandu apa pun termasuk pemandu keta kebal

dulu heboh jap psl kotak hitam, hampessss
lepas ni buatlah kotak hijau ke, kotak kuning ke , kotak kasuk ke, tapi kena drebar yg kurang bertanggungjawab, dia buran semacam je kak,

mcm saya ni kak yg kerap juga longdistance JB-KL, kalau dalam 20 bas ekspress yg ditemui , 2-3 biji je yang ikut had laju mereka 90 km/j

tapi tulah, yang mematuhi peraturan cuma 3-4 org drebar bas je, yg lain punyalah laju , merbahaya pada kenderaan2 yg lebih kecik dari mereka

siapa yg hendak kemalangan kan, tapi dah nama kemalangan . Mungkin sebagai langkah keselamatan, lock je meter kelajuan tu sampai tahap 100 je bagi semua bas , tapi kena buat bas yg meternya sampai 100 je lah, ini meter sampai 200 km/j

apa2 pun kita sentiasa berdoalah sebelum memulakan perjalanan agar diri kita semua terhindar dari musibah

al-fatihah buat mangsa kemalangan yg beragama islam dan salam takziah buat keluarga mereka

AL FATIHAH

kakngah said...

mmg jarang sesangat naik bas xpress. dulu masa bekerja, bwk moto jek. takat nk blk rmh ayah tu... bedosup.. kojap yo dh sampai. bkn pecut ye... sejengkal jek jauhnya.. :P

julietchun said...

haritu kata nak setkan kelajuan bas ekpress 90km/jam, kalo dorang nak speed pun hanya sampai 90 je buleh, tapi taktaulah ada buat ke tak.

Kakzakie said...

Salam Kak Pah,

Melihat dari satu tragedi ke satu tragedi memang mengerikan dengan kemalangan yang melibatkan bas express ni. Nyawa yang melayang bukan satu atau dua. tapi berbelas....

Semoga mereka yang pergi itu dicucuri rahmat olehNya. Kesihan pada keluarga yang ditinggal.

en_me said...

salam kakPah itteww..

me cumer nk bgtau, me dh lamer tukar blog, siler klik kt nama me kt komen nih oke.. ;-)

KAKTINY said...

Ye.. tiny pon jerit TIDAAAAKK bila dengar nama bas express... especially bila hubby dah berhenti daripada kerja kat syarikat bas express tu..

seb baik hubby dah tak kerja kat yg ada kaitan dgn bas bas kereta kereta ni semua.. hihihihi...
Alhamdulillah..

Ms.Lilies said...

Ngeri btl tgk bas ekpress skrg...dia lg laju dr kete

iina said...

Abih kak.. kalau keretapi ekspress atau kapal terbang ekspress camno kak?? kita jln kaki ekspress yolah kak ;)

kakpah said...

kaklong, tu lah pasal. express... nyawa pun jadik express gak.

anim, kakpah konvoi dr melaka dengan anak. anak ikut terus meredah jem tu. akak keluar ikut jalan rombau, bongek dan keluar balik kek podeh. agak e lalulah dopan rumah kau kan?

kakpah said...

nizam, apasal tukar, rosak ker..

echam, kesihan dan simpati melihat muka-muka yang meratapi pemergian orang yang disayang

maksu, samalah kita

kakpah said...

kog, kalau dah sampai ajal macam tulah...

ena, ada di antara kita yang memang terpaksa menaiki pengangkutan awam. kita memang perlukan bas. so, kerajaan mesti lakukan sesuatu... apa dia, tu dorang kena pikir.

ejamaria, pemandu memainkan peranan besar dalam hal ini. Tidak kesemua pemandu bas ekspress tidak berhemah. Ramai yang mengikut peraturan. Yang tidak mengikut peraturan ni lah yang kita takut...

kakpah said...

kaknora, Segalanya ketentuan Allah kan... Alhamdulillah.

azz, entahlah kan.. kalau nak berlaku yang buruk tu, berjalan kaki pun boleh kena langgar jugakj. Ish... Akak memang takut kalau anak2 nak kemana2 bawak kereta. Darah muda ni tau nak memecut je..

kakcik, tengok bas dua tingkat tu memang ngeri. Bukan apa.. macam tak stable je..

kakpah said...

kakchik,bila kita perlukannya terpaksa juga naik kan? kalau ada pilihan memang tak mahu. tapi macamana bagi yang tak ada pilihan? tawakal pada Allah..

cekdee,bila berlaku kejadian meragut nyawa, sibuk nak buat itu ini. tapi kalau tak ada implementasi, macam tu macam tu jugak la..

pak itam, bas hanyalah bas kan? yang mesti diperbetulkan adalah sikap pemandu. Kalau dah tak boleh bawa lebih dari 100 tu, ikut je lah.Meter bas tu patut letak 100 je kan? Lebih pada tu tak boleh tekan lagi dah..
Mungkin ke kompeni bagi diorang ni had masa tertentu untuk sampai ke destinasi? mereka mengejar waktu?

kakpah said...

kakngah, wakaka.. pandai la ko buek lawak kan..

juliet, hampeh..takdo mano e..

kakzakie, kesihan melihat mereka meratapi yang disayang. alfatihah..

en_me, la.. iye ke. kakpah ingat apasalah lama tak update. rupanya dah pindah rumah.

tiny, Ha.. sama lah kita ye. kakpah ni kalau bagi tiket percuma pun taknak naik.

lilies, memang... tak pecaya, lalulah highway. berdesup desap dia motong kereta.

iina, kito duduk rumah yo buleh tak... haha.. poi kodai jalan kaki yo.

kak Erna said...

kak pah..agak e..arwah bapak dulu dah raso agak e..ado ko dulu..maso bolajar kek kedah..arwah tak bagi naik bas..suruh naik keretapi..tu zaman dulu tu kak pah..kalau nak poi rumah anak2 e yang jauh pun..naik keretapi..tak mau dio naik bas..

kakpah said...

erna, kaklau kakpah pun memang lobeh suko kalau naik ketapi ni. raso macam lobeh selamat..

sonata anak kancil said...

bila tengok kejadian yang malang tu...memang ngeri - macam nak tobat jugak naik bas ni... jika terpaksa sy guna bas ekpress jugak! sepanjang jalan dok perati perihal pemandu bawak macam mana... sama lah kalau anak2 naik bas ekspress - bila tiba kata selamat - ahhh lega rasanya!

tetapi apa jenis kenderaan pun - tu orang kata malang tak berbau...kalau dah berbau - tak lah jadi macam kejadian tempohari dan yang lain2...takziah kepada ahli keluarga yang terlibat

ckLah@xiiinam said...

ckLah ni kira membesar dalam bas ekspress...dari tingkatan 1 hingga 6 (Ipoh-TI)..dan masa di UM (KL-TI).

Dapat kerja di TI..sampai sekarang tak pernah naik bas ekspress.


Naik LRT pun...jarang sekali. First time naik keretapi masa program Baktisiswa dari KL -Kuala Kangsar. Itulah lastnya pun...

Pertama kali naik komuter...dari Bangi ke KL masa balik dari umah Dr Harun Din....itu pun, pucaaat je muka takut tersepit pintu...jakun sikit. Hi..hi..

Nizam.Ariff said...

rosak memanjang...

Bunyi enjin macam ribut tapi lajunya macam siput...

lupekanje said...

klu dah tader pilihan ..tepaksa gakla naik bas tu kak oooii..
nak buek camno...?
pasrah dan tawakal je lah. Khasnya yg berpendapatan rendah...yg kampung jejawoh di sanun...
lagi la klu hari rayo...cuti2 ...rombongan2 kutu bas tu smuo..
fobia2 pun naiiikk gak la...

pemandu nyer lah yg kena berhati2...kena banyak bersabar. sbb betanggungjawab kepada nyawa2 yang jadik penumpang tu. klu dah memandu berhemah...tpi jadik gak kemalangan..tk la nanti disalahkan orang..

ashley said...

Innalillah..
kenapalah pemandu bas ekspress kita tak boleh bawak bas macam pemandu GREYHOUND kat US sinun tu..

kakpah said...

cigu sonata, malang tak berbau kan? tapi boleh dielakkan kalau dari awal dah beringat. tak kiralah kenderaan apa pun. bas, kereta, motosikal sama.. ada menteri cakap(tak ingat sapa)semalam, pemandu kita ni kalau duduk depan steering wheel dah macam nak bunuh diri....kamakaze..

kakpah said...

cklah, tu lah kan? rakyat memang memerlukan bas samada ekspress ataupun tak untuk kemana-mana. Berilah kita rakyat yang sentiasa menyokong perkhidmatan pengangkutan awam ni jaminan keselamatan. betul tak....

nizam, oooo... masa akak kecik dulu biasa gak naik bas yang bunyik motobot tu...

acik, hehe.. rombongan cik kiah nak naik apa lagi cik. naik baslah kan. naik kapatobang mahal hehe..
apa-apapun... sikap pemandu tu lah yang teramat penting. Bukan nyaawo dio jo yang tolibat.

ashley, hehe aku pun dah tak ingat macamana dorang mandu. sekali je aku naik dari new york ke state college pennsyl..

chekdenoor said...

Salam .....

jom joint blog baru chekdee di www.butik-sayang.blogspot.com

Shopping mata pun ok......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...