Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, October 13, 2010

Lunyai



Nama pun di kaki. Hari-hari dipakai. Hari-hari dilanyak. Aku bukannya macam orang, ada lima enam pasang. Kalau aku pekenan yang itu, yang itu sajalah yang aku lanyak sampai hancur.



Aku memang bermasalah membeli kasut. Memang cerewet. Sebab kaki aku bukannya muda seperti dulu. Kalau dulu boleh pakai kasut yang tumitnya tirus tiga empat inci, sekarang ni guna yang satu inci pun memanglah mencari nahas.

Pernah dulu kawan aku bagi katalog kasut. Aku ni kadang-kadang ada peel tak boleh tengok katalog. Tengok je, nak beli. Tengok je, nak oder. Aku pun beli tiga pasang. Bila sampai dan pakai, baru tahu tak selesa dan akhirnya kasut tu terperuk sampai berkulat.

Aku sekarang suka pakai kasut yang leper, selesa dan tidak runcing di bahagian depan, biar hujung kaki aku selesa bernapas. Masalahnya, kasut macam tu susah nak cari. Kalau ada pun, designnya seakan-akan sama dengan apa yang aku sudah ada.

La.. kan mak dah ada yang macam tu. Asek-asek macam tu je...

Bila anak dah sound, aku letak balik. Cari kat kedai lain pun, macam tu juga. Lama-lama aku balik tanpa kasut yang aku memang berhajat nak beli sebab kasut aku dah lunyai.

Di alamanda tu ada satu kedai kasut yang dia memang design untuk kaki yang macam aku. Kedai apa, aku dah tak ingat. Dr. foot ke hape. Aku dah pernah sarung di kaki aku. Memang selesa. Tapi bila tengok harga di tapaknya, meremang bulu tengkuk. Aku letak balik. Harga setengah ribu untuk letak di kaki. Merapu saja.

Sekarang ni tengah berangan-angan nak beli kasut. Nak pergi kl, cukuplah malas.... Kat mana ada kasut yang banyak pilihan untuk orang tua macam aku ni? Tolong !!!

25 comments:

kakcik said...

Kakcik pun pakai kasut leper je sekarang ni... lebih selesa pakai selipar kalau bukan ke pejabat. :)

Nizam.Ariff said...

Aku skrg beli kasut pesen yang banyak lobang kat tepi... senang angin masuk. Seharian pakai kasut, kesian kat kaki nak bernafas. Kaki pun tak busuk sangat...

kak long said...

kak pah dah tuo ko?
tak do lahai kan....


samo la ngn kaklong, tak groma kasut tinggi...nak rayo ari tu,boli kasut/sandel kat sogo...carlo rino...
tak la mahal na....tapi memang sodap kek kaki...lombut yo....

Ena said...

ena hari2 pakai selipar getah tu je kak pah.. ari2 p kije, p pasar & ke mana saja.. lantak la org nak kata apa.. janji kaki ena selesa.. yg tinggi2 tu kalo rajin or ada majlis rasmi baru terhegeh2 nak pakai.. tu pu 2, 3 tahun punyer.. huhu.. sbb kaki ena kecik susah nak cari & kena ngan kaki.. banyak yg berkenan di mata tapi tak sesuai di kaki pulak.. haishhhh!!

anymz said...

kakpah,umur cam kakpah kono pakai kasut mahal lah sikit..alah memboli monang memakai..try brand clark kakpah..mahal lah sikit..tapi tahan bertahun2,pakai pun sodap..
ese dah 2 kali patah kaki..dah lamo tak berhigh heel..kalau kodai yg kek alamanda tu,ese pun suko masuk situ..takpo lah ribu riban,asalkan jgn sakit lutut bagai sbb kalau kaki tak seleso satu badan akan sakit2.percayo lah cakap se ni..
dah..dah..poi alamanda,pi boli kasut tu..jgn berkiro bona...

kayteeze said...

Kalau boleh pakai kasut tu dah mujur. Tie pulak selesa dengan selipar je sekarang. Satu-satunya selipar dah 3 kali raya, yang tu juga dipakai ke pasar, ke kenduri kawin dan shopping (bertuah dapat isteri gini, kan.. hihi..)

Cuma time dinner je memaksakan diri pakai kasut tapi jenis sandal (ada ke gitu?) Jalan macam nak tumbang, sabor aje laa.....

Kak Nora said...

Salam Hajah,
Saya pulak problem saiz kasut. Maklumlah kaki 'twinkle toes'. Try Scholl, they have nice comfortable shoes. Tidak pun 'Mula-mula ke BATA, kemudian ke sekolah'...banyak fesyen untuk golden girls.

tasekM said...

aku 3 inci pakai lagi. lebih dr tu aku gayat.

ha ha.



.

julietchun said...

ingatnya bila jumpa benda2 halus je meremang bulu tengkuk, rupanya tengok harga kasut pon sama ye,hahahaha.

Kak Ezza@makcik blogger said...

salam kak Pah

saya pun ada masaalah bila nak beli kasut..macam kak pah jugak..saya tak da deretan kasut yang boleh ditukar setiap kali menukar warna baju.. Itu je la yang saya lanyak kesana sini...

Tapak kaki saya pulak jenis kembang kat depan so pilihan saya cuma Scholl saja...sekali pakai tahan 2 tahun..ok lah kan walau pun orang macam saya ni harga scholl tu mahal la jugak....

kucingorengemok said...

scholl, hush puppies, clarks - banyak je kasut leper² tak kuncup kat depan

tapi alamanda takde kot... kena gi midvalley/klcc

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Sama le kita ni. Kak Yan pun tak mudah nak dapatkan kasut. Ni tengah mencari kasut juga, dari sebelum nak raya sampai la ni, tak jumpa, jumpa jugak lagi. Ha!...ha!

Ada yang bila dipakai rasa sedap, tapi rupa pulak huduh, ada tu lawa, dahhh macam kasut orang muda pulak, tak sesuai dengan Kak Yan yang dah bertaraf makcik ni...he!...he!..akhirnya dok seret kasut lama jugak lah.
Kasut jenama Schol tu ok gak...tapi kedai kat Bangi bni tak banyak pilihan le....
Itu Mr. Foot tu...tak mampu le pulak...ye le kalau dah 1/2 ribu nak boh dikaki...memang merepek le kan??

lupekanje said...

acik beli kat Bata alamanda je kak...yg memurah...comfit tu je. Benda nak letak kat kaki..tak yh la beli memahal. janji klu jalan, tk tepeleot.

Dah tetua ni kaki sik nk tepeleot je. Pakai kasut tader tumit pun blh tepeleot. Apa nk jadi tah..

iina said...

Kak design xcerminkan keselesaan.. boli yo.. design yg samo tapi lain2 warna.. hehehe lgik senang kak.. dah sah2 kita tau selesa dipakai ;)

~Kak AZZ~ said...

Kak, saya suka pakai sandal atau capal je kak... Kaki saya kat depan lebar, pastu tulang ibu jari kaki tu terkeluar sikit... so tak boleh nak pakai kasut sarung.. Sekarang ni kalau nak jalan2 bawak selipar jepun buat spare... Lagi selesa... Selipar jepun pun dah macam2 paten dah... cantik dan hargapun baru 10hengget... berbaloi la letak kat kaki... hikkk...

kak Erna said...

kak pah..saya pun cerewet tang kasut ni..memang tak ponah pakai kasut ti nggi dari mudo lagi kaak pah..sampai bila anak dah bosar..dia tanyo..kenapa mak tak pakai kasut tinggi..he he..siap cakap..nape tak belajar..
kasut saya kasut sampan je kak pah..itulah panggilan anak2..kasut leper tak bertumit..

Ms.Lilies said...

skrg saya pakai slipar je kak...dukung budak pakai heels bengkok badan huhu

Ms.Lilies said...
This comment has been removed by the author.
kakpah said...

kakcik, kasut leper menjamin keselesaan.kaki pun tak sakit.

nizam, orang lelaki memang kena pakai kasut yang banyak lubang supaya kaki tak busuk... idung aku tak tahan..

kaklong, apola kaklong ni. dah warga emas dah.. tak tuo ko apo..hehe..

kakpah said...

ena, kasut tinggi ni memanglah cantik. pemakainya nampak eligen je tapi.. ish.. kalaulah tersungkur..

anim, paling mahal kakpah boli yang harga duaratus lebih. memang lamo tahan e. nak poi boli lai.. patern e cam tu gak. tak banyak pilihan...
kadang2 kalau kono hargo e tu kito bolilah gak kan tapi kalau dah limo nam ratus tu.. hehe garu kopalo yo..

kakpah said...

tie, kita ni sibuk pilih kasut.. yang tak berkaki tu lagi kesihan kan? kakpah ni nak pakai selipar leceh sikit sebab pakai stokin. asek tecabut jer..

kakhajjah nora, raya haritu beli scholl. hmmm.. selesa tapi rasa nak beli lain pulak. mungkin kat kedai tu pilihan terhad, so main tangkap muat je.

kakpah said...

TM, dulu masa balik bekemas di kampung, kakpah jumpa kasut kakpah zaman dulu yang tinggi tiga inci setengah. Macamana lah aku boleh pakai?..

juliet, benda halus tak nampak, yang ni jelas haha..

ezza, kalau beli kasut, kakpah beli warna hitam. boleh mecing dengan semua baju haha.. kasut hitam, henbeg hitam, bolehlah tu ye tak..

kakpah said...

kog, MV? haha.. ada excuse aku nak merayap sabtu ni..

yan, sama lah kita ek. kalau cari ksut, masuk kedai keluar kedai. yang meneman kita pun naik boring.tapi anak2 kakpah ni suka je jadi peneman sebab lepas tu dorang pau makan sedap2.
scholl tu pun banyak macam sliper je kat kajang/bangi ni. kaki kpah yg berstokin ni macam tak kena je bila pakai kasut yang terbukak kat depan.

acik lupekanje, hikhik.. ekau dah tuo ko cik. kalau acik dah tuo, bayangkanlah kpah ni tuo camano haha.. Bata yo cik. dah masuk dah.. tapi selero tak do.

kakpah said...

iina, tu lah pasal. ado haritu jumpo satu yang amat pekenan di hati. kulit lombut. memang seleso.. tapi kan.. warno oren je yang ado. haha takkan den nak pakai warno oren pulak kan...

azz, saiz kaki dan pattern kaki pun buat pening gak kan kalau nak beli kasut ni. Hubby akak kaki besar sebelah haha.. lagi susah carik kasut. kaki kanan saiz lapan, kaki kiri saiz 7..akak selalu tegelak je bila nengok dia milih kasut.

erna, haha.. sekurang2nya akak merasa gaklah melaram bertumit tinggi masa memuda dulu. erna langsung tak? sekarang ni dah terlambat dah nak mencuba hehe..

lilies, kau memang sentiasa disarankan berkasut leper hii..

cikmanggis said...

salam kak pah(panggil kpah boleh?)pertamanya nak tanya pi dinner srikandi tak?.....bab kasut tu Cm dah pasrah..bila dah nak jadi nenek ni kena pasrah pakai kasut croc je walaupun rupanya sangat hodoh tapi tersangat lah selesa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...