Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, November 9, 2010

Dah dekat dah kan?...

Kamu nanti kalau nak cuti, pegilah cuti.

Kalau cuti, nanti dua dua sekali cuti.

Tak apa la.

Habis tu kalau ramai orang datang macamana buk.

Tak apaaaa... Budak-budak ni ada.


Daging rendang.
Ayam kari.
Lodeh sikit.
Kuah kacang tak payahlah.

Agak-agak daun kelapa ada jual tak.

Mesti ada tu.

Ketupat.

Lemang?

Kat round about tu ada jual.
Beli dua tiga batang.


Okay. Cukuplah tu. Raya haji ni ada ke orang nak datang. Kalau tak ada, kita pulun anak beranak je.

Korang jangan cenekel tu. Tolong mak anyam ketupat.

35 comments:

kak long said...

kaklong tak pandai anyam daun ketupek..!
tapi...
kakngah terorrrr...!

kak long said...

selamat hari raya adiladha...!

kucingorengemok said...

mana ada orang datang beraya raya haji, orang sibuk kejar lembu...

kak, org nogori kata cenekel tu apa? kita biasa kata cendekel=kedekut

Cik Azz said...

Kek sini raya haji mmg takde org dtg.. Pakat makan anak beranak je..

Tapi kakak ipar sy bnyk gak dpt tempahan kuih raya ni., hehe...

salam aidil adha kak...

KTS said...

sape nak tolong jaga lembu tu klu tolong mak anyam ketupat

.

.

:P

hihihi

Ena said...

kalau la leh balik raya kat kg.. mesti meriah.. ayah wat korban tahun nie.. sob osb sob.. tak dapat join!.. tapi tak pe la.. kat KL pun ok.. ;D

Yunus Badawi said...

Emak Adam tak buat ketupat kakpah sbb kami biasa buat lontong. Tapi bila raya haji lontong pun tak buat. Cuma masak nasi dan laksa aje. Yg datang makcik dan adik saya sbb saya selalunya sibuk di surau kerjakan lembu hehehe

tasekM said...

aku tak plan nk buat apa2 pun kak raya nih... hahaha...



.

en_me said...

uhuhu beraya diperantauan me lohh..

ibundo said...

kaklong, kitorang ni anyak ketupat ni sebenarnya takya tunggu raya sebab atuk si faris memang suka maakan ketupat. asal ada daun ketupat je.... jalan..

kaklong, selamat nyambut raya yang bakal hampir.

ibundo said...

kog, sejak abah duduk dgan kakpah, anak2nya dan cucu cicitnya mesti datang ziarah. tu yang kena masak2 sikit tu. cenekel tu maknanya er..er.. kalau buat keje tu, jangan curik tulang. kalau main tu, jangan tipu. lebih kurang macam tu lah.

azz, kita ni kadang2 cari 'peristiwa istimewa' je untuk masak2 istimewa. makan anak beranak pun meriah gak kan?

kts, anyam ketupat hari selasa, rebus hari selasa. lembu duk lam kandang lagi hiiii..

ibundo said...

ena, buat sup tulang sedapppp..

yb, kita ni lebih merayakan hari raya puasa kan? kat mekah, raya haji nilah hari raya besar. raya haji kita pun tak buat open house sampai sebulan.
staff kakpah ramai orang kelantan. orang kelantan sambut raya haji sungguh..

tasek, meh datang makan2 kat sini hiii..

en-me, sian lah..

Dr Singa said...

cenekel??

kita sama soklan dengan kucing...

Kaktiny said...

raya aji, cuti sehari jer.. pon bagi maid cuti.. tp taktau nk pegi mana..

nak balik kg mak kt penang, alang2 je, sbb hari jumaat tu nk balik dah sbb adik sedara kawen kt penang.... mak ngan ayah pon dh balik kampung time tu minggu tu..

nak balik kg abang kt muar pon, alang2 gak, minggu lepas dh balik.. hmm hmm hmm...

serbu umah akak je lah.. kahkahkah..

(tasek.. mai le naik KL..)

ibundo said...

dr singa, sila tengok jawapan untuk kucing keke

tiny, banyak lah ko punya kelok sana sini kan? haha.. mehlah sini makan ketupat.(itupun kok dapat carik daun)

Acik Erna said...

kak pah..dah ado rancangan masak2 untuk rayo haji yo..
saya tak cuti kak pah..apo nak masak..abih2 sok..masak nasik..buek rondang daging..lompap daging..jadi lah..

rezeki said...

salam kak pah

saya bab nganyam outtttttt hehehe
bab makan okkkkkkkkkk hehehe

ibuintan said...

salam kak pah,

ketupat tak buat, lemang buat kat rumah mak mertua saja

makan lomang dengan rendang ayam kampung best jugak tu...

Ms.Lilies said...

Saya nk blk awal...hari selasa ke...

Jawab mak abah....


'Toksahhhhh cari penyakit jem2 tu....balik pg raya je'

Saya anak mithali :)

ibundo said...

erna, nak buek camno. dh tradisi masak2 walaupun sikit hehe..

pakitam, tak kesah dah sekarang ni. ketupat segera banyaaaak..

ibundo said...

ibu intan, rindulah nak buek lomang. Kecik2 dulu jaman ado uwan, memang tak mis ngan lomang ni. sedap tu makan dgn ayam kampung.

lilies, kpah rasa takde lah jem sangat kot sebb raya haji cuti sehari je. Oopss. ada yang amek cuti straight kamis jumaat ke..

Kak Lia said...

kak pah...lame tk dtg sini..hehehe...

rayo nk dokek yo...tk poi mano2 lah ghaso eh...dok umah makan tido yo

~farra_~ said...

ala mak. arituh raya puasa org tunggu nak anyam ketupat mak tak tunggu ponn. tengok2 je dah anyam. asik2 panggil imah je.

ejaMaria said...

huhuhu... dah nak raya lagi...

Kakzakie Purvit said...

Salam kakpah,

Belum raya lagi dah mula merancang. Susah-susah nak menganyam ketupat beli aje ketupat segera. Senang.....

iina said...

kejap jek dah nak raya haji kan kak.. raso cam baru yo balik raya fitri marin.. nie pun kekwn semuo duk tanyo bilo nak buek openhouse ;)

Den klu ada kek sinun dah poei dah kak.. mee kari tau kak hehehe ;)

ibundo said...

norli, jangan makan tido yo. nanti gomok.

farah, ek ele.. mak punya gear terus masuk 4. takde break2 lagi dah.

ejamaria, iye... wukuf isnin. jom pakat puasa ramai2...

kak zakie, hehe.. tak mainlah ketupat segera. tak wangi. tapi kalau dah taak ada tu, rembat jer la ye tak..

ibundo said...

iina, maso ni kojap yo bojalan e. nanti kan, tau2 kau dah peking barang2 kau nak balik mesia for good.

ckLah @xiiinam said...

ckLah nak datang raya haji.....









...ke bloh kakPah!

ckLah @xiiinam said...

...err...blog kakPah...

bloh pulak!

ibundo said...

cklah,
nanti kakpah siapkan rendang ngan lemang.

di bloh err blog kakpah hehehe..

ckLah @xiiinam said...

ckZahan nak buat soto aje raya ni...
ckLah tolong buat bergedel ...dan tolong makan!

hentian said...

mana nak cari daun ketupat?

SHAFIDA said...

salam aidiladha ke kak pah
kitaorang pun xbalik raya aji nie..huhuhuuh

ibundo said...

cklah, kakpah pun nak tolong jugak..
tolong makan..

IM, kat sini time2 raya banyak daun ketupat jual kat pasar.

shafida, ramai yang tak balik ek... cuti pun pendek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...