Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, November 8, 2010

Tak jadi



'Jom..ikut'

Aku memang pantang diajak. Walaupun sejak kebelakangan ni penakut aku makin menjadi-jadi. Nak keluar dari rumah saja aku dah gemuruh. Apatah lagi naik yang itu.

'Tiket dah tempah'

Dalam diam-diam aku memasang angan-angan. Nak beli itu dan nak beli ini. Anak-anak pun ada yang mengirim telekung dan seluar jeans yang berbunya-bunga di tepi peha. Maka aku pun menghubungi kak Mis sepupu aku yang tinggal agak-agak seratus kilometer lebih dari situ.

'Nanti seninnya kakak datang bertemu kalian.'

Aku memberitahu suami. Dia kata, baguslah. Tak payah kita ke rumahnya seperti perancangan awal.

Tapi kemudian berlaku letupan gunung merapi.
Hati aku menjadi sangsi dan berbelah bagi. Selamatkah? Kucar kacir juga perasaan aku tetapi tidak berani meluahkannya. Bertambah kucar kacir apabila membaca dua kejadian pesawat terhempas selang sehari.

Betulkah aku ini pengidap serangan panik?

Gunung merapi meletus lagi.. dan lagi.. dan lagi..
Mungkin aku dapat rasakan kegelisahan suami juga.

Jadi, bila mesej itu sampai, ada semacam beban yang aku galas itu terlerai. Aku menarik nafas lega senyap-senyap.

flight to bandung has been cancelled due to safety reasons.

Cepat-cepat aku memberitahu kak mis yang kami tidak jadi berangkat. Menurutnya, mereka yang di jakarta juga ramai yang mengalami sesak nafas kerana menghidu debu yang sudah sampai ke sana.

Akhirnya, untuk menebus ketidak-jadian(?) aku ke bandung, aku menghabiskan masa aku untuk beberapa hari di tanjung malim pekan koboi yang tak ada apa-apa ini.


minum air bandung pun jadiklah...


20 comments:

iina said...

oklah tuh kak.. mee bandung xmakan sekali ke kak?

kak Erna said...

kak pah..pandai yo iina..ado ko suruh kak pah makan mee bandung dan makan sirap bandung yo he he..
kak pah..lamo dah tak poi tanjung malim..dulu2 kalau balik kampung mertua..tg.malim lah pokan e..poi pasar pun kek tg.malim

ckLah@xiiinam said...

ckLah nak pakai kebaya Bandung!


:D

kak long said...

kalau poie bandung tu cubo carik air bandung ngn mee bandung tu...
kompom tak di nyo....!

anymz said...

haha..jadi lah kakpah oi..kek bandung pun takdo air bandung tu..ni kiro canggih gak lah ni...:D

Ummi Humaira said...

salam kak pah...

masa ummi ke sana 2 tahun lepas , saja suami ummi oder , mee bandung n air bandung , tapiiiiiii hmmmmmm

Ms.Lilies said...

anak saya suka air sejuk bandung...tp mama nya rasa pun xnak...ntah apsal ntah haha

KAKTINY said...

turun muar la kak pah.. pekena mee bandung ngan breakfast sate perut yg sangaaaat sedaaapnyer kat kedai depan bus stand bentayan.. kehkehkeh..

Ena said...

hehehe..

seriau je baca tapi ending tu kelakor pulak.. kakpah.. kakpah..pandai sungguh!

tasekM said...

jauhnya merambu sampai tg malim...



.

CALL ME MIE said...

SALAM

kakpah-wajarkah saya panggil auntie pah? uhuk,uhuk =)

dpt claim balik tak harga tiket yg cancel tu?

tg malim...pekan koboi yg takdak pape...tp situlah tempat shopping sy masa di darul qur'an dolu2 paling best selepas pekan KKB yang langsung takde pape....huhuhu

-normi- www.keranakitahambanya.blogspot.com

kakpah said...

iina, kek bawah hotel ni ado kodai mamak jual mee mamak yo.

erna, haha round sepuluh menet yo dah habih satu pokan.

cklah, hiiii...pelikat bandung ada tak..

kakpah said...

kaklong, orang jawo pun takdo asam jawo heee..

anim, minum air bandung samo shepard pie sodap gak kan?

ummi, mesti diorang pun heran kan? lenkali cuba tanya sirap kelumpo atau mee kajang haha

kakpah said...

lilies, sebab manis? kpah pun suka sikit2 je.

tiny, turun muar? hehe tunggu2lah cuti sekolah kalau kalau ada orang nak bawak aku berjalan..

ena, skarang ni pun macam dah tak ada idea je nak menulis..

kakpah said...

tm, ala.. baru satu jam je dari bangi hehe..

normi, panggil apa saja hehe.. sebab dah usia emas dah ni.
claim tiket? air asia ni memang cerdik. ada dua alternatif saja: 1.tukar tarikh penerbangan (mestilah tak boleh sebab pergi sana pun hubby ada konferens. Nak tukar tarikh ke hapa) 2. Dia simpan duit tu dan boleh guna untuk pergi mana2 destinasi. Laku pulak selama 3 bulan.
.
.
Apa2 pun dia yang untung, kita tetap rugi.

kakngah said...

akk duk hotel sahara eh??

Kakzakie said...

Salam Kakpah,

Ada bandung-bandung ok juga la tu. Sekarang bukan merapi saja yang meletup, gunung sebelahnya juga dah mula mengeluarkan asap.

Ala kakpah.... jgn pergi dululah. Student kita pun kena panggil balik. Lain kali je....takut....

kakpah said...

kakngah, haah.. ekau duk kek mano. dulu dah tanyo dah, tpi hikhik.. tetau yo lah kopalo dah sizen ni.

kakzakie, haah.. memang tak jadi pegi pun. len kali je la..

Kak Nora said...

Mee bandung, ada?
Tidak ada, buk.
Air bandung?
Pun tidak ada.
Jadi, apa yang ada?
Ole, ole bandung.....

Ke bandung jangan lupa bawak pulang ole-ole ya buk...

mama azfar said...

Salam kakpah. Erm, entri ni membuatkan saya teringat kata-kata suami saya. Suami saya ni selalu travel, memang sgt kerap. Maknanya, dia selalu naik kapal terbang. Tempat yg dia selalu pergi tu jauh2. Saya memang sentiasa risau kalau dia kena travel mana2, tak kiralah tempatnya dekat atau jauh. 1st, risau sbb dia naik kapal terbang. 2nd, risau keselamatan dia di tempat jauh2. Tapi suami saya selalu mengingatkan saya, kalau dah ajal...jalan kaki pun boleh berlaku kecelakaan. Jadi, dia selalu nasihatkan saya, kita hanya mampu berdoa agar semuanya selamat dan bertawakal pada-Nya saja. Tak kira la kita drive keta, naik flight atau jalan kaki sekalipun.

Takdir ALLAH, hanya DIA saja yg tahu. Dalam hati ni sentiasa rasa takut dgn apa2 saja kebarangkalian yg mungkin akan berlaku. Mudah-mudahan ALLAH jauhkan segala kecelakaan, malapetaka & penyakit daripada kita...Aminn!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...