Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, November 11, 2010

Gelang Magik

image diambil di sini



Bukannya tak ada duit nak beli. Ada. Tapi duit yang ada tu lebih berfaedah kalau aku belikan makanan untuk anak-anak aku makan. Biarlah kalau dikata kedekut pun. Bukan duit dia. Duit aku.

Ini cerita dah lama dah. Dah lima enam tahun jugak. Tapi bila ada cerita hangat tengah meletup-letup keluar ni, aku teringat balik. Ceritanya sama. Nadanya sama. Iramanya sama. Pasal gelang jugak. Pasal gelang yang ada kuasa magik, yang boleh sembuhkan penyakit macam-macam. Penyakit yang kronik. Penyakit yang tak kronik. Semua boleh sembuh bila pakai gelang magik ni. Aku rasa kalau semua orang percaya kelentong macam ni, mesti klinik dan sepital tutup dan doktor-doktor buka tadika macam aku.

Senang cerita, aku cakap kat dia yang aku tak suka pakai gelang besi. Aku tak suka pakai gelang manik-manik. Kalau nak pakai gelang aku pakai gelang yang aku beli di pohkong. Macam yang aku pakai. Aku cakap sambil tunjuk-tunjuk lengan.

Memanglah, bila bercakap pasal duit, banyak mata yang kelabu. Tapi nak dapat duit banyak seperti yang dicanang-canang bukannya kerja mudah. Nak kena keluar modal lagi. Nak kena cari downlines lagi. Nak kena maintain tiap-tiap bulan lagi. Lainlah kalau orang jenis yang kuat kerja siang malam keluar cari downline dan kena buat muka tak malu menyinggah rumah orang sampai ada yang tak mahu balik sehingga orang tu sain borang. Silap-silap ada yang bergaduh laki bini.

Meh sini akak cakap dengan korang. Nak sehat, tak payahlah beli gelang besi yang ada magnet, gelang yang ada infrared. Buat mengabih bogheh. Amalkan hidup sihat. Makan tu jaga jangan asek makan roti canai. Jangan asek makan nasi lemak. Jangan asek makan mcD. Jangan asek makan keefsi. Makan yang berebus. Makan yang dipanggang. Makan banyak sayur. Makan banyak buah. Dan rajin-rajin bersenam atau berjoging macam akak ni (hiiii..)


p/s
Sapo yang tak nak pakai benteli kan?


30 comments:

kakngah said...

pakai golang cap pohkong.. sosak2 buleh yo gadai an.. tak do nak tobal muko pinjam mo org sano sini..

golang bosi?? jual timbang kilo pun bapo sen yo dapek eh... :P

KTS said...

satu lagi, banyakkan bersedekah.. bersedekah boleh sembuhkan penyakit. sehat tubuh badan.. kan kak pah kan..


.
.

.
.

klu bg kat si pjual gelang tu, bukan bersedekah namanya ya adik2

sekian

:D

anymz said...

se memang tak pakai golang..tak suko.
jam pun tak pakai bukan tak suko tapi allergic.kalau nak pakai kono pakai jam tangan emas.bukan nak berlagak tapi itu lah hakikat.kalau ado pun se pakai kojap yo,itu pun sbb nak mencari tompek nak lotak.
golang apo tu??..hahaha..golang gotah lah apo lai..

kucingorengemok said...

sampai 3-4 tahun yang lepas, den tak tau pun apo benteli tu kak

Kakcik Seroja said...

Salam kakpah...

kat lengan kakcik ni... jangankan golang bosi ko, omeh ko.. gotah bulat pun takdo... :)

benteli? kalo dapat pakai vios pun seronok amek2 den ghaso...:)

Izan Ishak said...

izan pun tak suka paki gelang2 ni. lagi2 gelang tuttt...org dok promosi..promosilah, tp tak pernah masuk kepala pun. nak kaya dgn cara itu silakanlah...

*getah gelang kalau main skipping boleh kuruskan badan kan~

Ju@Lucky^Mummy said...

bahayo pakai magnet² ni kak.. kang kot ado yo yg melekat jo..

nak buek kojo pon tak sonang..

hahaha²

Ena said...

heheh..

ena setuju tu kakpah.. nak sihat amalkan gaya hidup sihat.. pakai gelang besi tu rasanya tak berbaloi.. kena buat pelaburan & macam menyusahkan org je.. ishhh

Unknown said...

kiikikik kak pah..mennanah baca....

Ms.Lilies said...

ehehehe...
dr beli gelang besi mmg sgt bersetuju beli makanan sedap2...ada gak pekdahnya

Zaitun said...

Betul kata kakpah ...amalkan cara hidup sihat ...tak payah nak berangan... pakai kereta besar... kalau poket tak berapa nak berisi...menyusahkan hiduppp...

kak long said...

tak po la kak..orang yg menipu jua golang bosi tu dio nak pakai golang bosi polis nyo....free laie...kiri kanan kono pakai...hehehe!

Kaktiny said...

Solat tahajjud dapat membebaskan seseorang daripada penyakit kanser..

Menurut kajian Dr. Mohammad Soleh dari yang berhasil meraih gelaran doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya
"Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi".


Jadinya.. takyah le nk bergelang segala bagai..

(pon tak teringin nk pakai bentley.. nak pakai bantal peluk jer.. hahaha)..

note : kalau naik bentley, makannya kat hotel besar, steak mahal segala bagai.. kolesterol dapat, penyakit dapat, dosa pon dapat - pembaziran dan keserakahan jiwa!.. huhuhu.. tak nak tak nak tak nak..)

bersenam macam kak pah tu cara yg paling sihat..

Tijah said...

ha. osah boto eh tu kak. poie jogging tapi lopeh tu balik rumah terus tau. jgn singgah kodai kampuchea. kihkihkih.

iina said...

Den pakai gelang yg pakwe den bolikan yo.. lelain gelang takdo.. hehehe dapek gak pahalo kan kak kan kan.. lopeh nie nak minta dio bolikan rantai leher lak lah wakakakah ;)

Yo kak kita poei jogging yo kak.. den pun nak jogging gak nie dopan pc ;)

sonata anak kancil said...

dulu2 ade gelang warna kuning...la ni suke pulak gelang warna putih ! ada satu dua dah berbaloi !!! keh3x

gelang besi ni bahaya...kena magnet habis laaaa terkujat2

Acik Erna said...

kak pah..lamo dah tak joging..
sekarang ni naik basikal yo..

Chik Mimi said...

salam kak pah sihat ke?betul3x kata akak tu sy setujuuuu hehehe

ibundo said...

kakngah, osah boto.. golang omeh buleh yo digadai..

kts, betul ko cakap.. bersih rohani, toksik2 dalam badan pun cair..

ibundo said...

anim, golang gotah banyak paedah e lai kan. buleh ikek rambut, buleh ikek plastik bungkus lauk hehe..

kog, jangan kan ekau. kpah pun tak tau benteli ni rupanya macamna hahaha..

ibundo said...

kakcik, ala kakcik.. takkan takdo langsung kek longan tu kakcik hehehe.. benteli ni nak rasa cuit dengan tangan pun tah dapat tah tidak..

ibundo said...

izan, teringat pulak masa kecik dulu pakai gelang getang dari pergelangan tangan sampai ke siku. main getah pun boleh keluar peluh.

ju, memang bahayo. tak boleh duduk dekat ngan bosi. nanti molokek..

ibundo said...

ena, yang untung toke dan orang2 yang atas. biasalah mlm ni...

kakmah, hikhik.. kena cuci telinga lepas ni.

lilies, haah.. anak beranak boleh makan

ibundo said...

zaitun, yang tak syoknya kita dijanjikan macam2. biasalah kan bila nak dapat downline ni kena usha lebih.. takperla tak dapat kereta pun. pakai je apa yang ada hehe..

kaklong, hahaha... kolaka lah kau. tegolak den

ibundo said...

tiny, bagus kan? tapi kita ni pulak kadang2 subuh pun susah nak tekejut apa lagi semayang tahajud. Tapi kalau dapat amalkan, alangkah eloknya..
betullah tiny.. kalau pakai benteli takkan nak makan kat gerai atau restoren tepi stadium seksyen 15 bbbangi ni kan..

tijah, haha.. tu yang tak dapek janji tu..

ibundo said...

iina, yo lah.. kau pujuk lah elok2. untung2 dapek rantai yang borek sekilo hehe.. kok stakat joging dopan pc yo buek apo.

sonata, anak dara kita pun gemar pakai yang putih. yang kuning tu dia kata untuk orang tua2 je hehe..

erna, basikal pun eksesais gak tu..

ibundo said...

chikmimi.. sehat je kpah ni. syukur..

Hjh Noralenna Abbas said...

Eeeee hajah, saya sukalah dengan gambar anak-anak tadika di atas 'rumah' hajah tu. So sweet, cute, segak, innocent, the future leaders of tomorrow.

MARIA said...

Salam Kakpah...lama tokma tak jengah kakpah. Bukannya sibuk aper pun sesaja menyebukkan diri jer.

Macam tokma senang, kulit halus mulus sampai tak boleh tersentuh sebarang objek. Makanya bertuahlah tokpa sebab tak sakit telinga mendengar tokma mengecek gelang emas sekerat lengan.

Dr Singa said...

kalau gelang mujarab kak...
saya join akak kat tadika tau!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...