Setelah dua entri yang panas dan yang tidak memberangsangkan minda langsung, maka hari ini kita buat aktiviti bersama anak-anak. Cuti sekolah dah tak lama lagi. Eloklah anak-anak di sibukkan dengan aktiviti berfaedah sementara ibu-ibu sibuk berfb dan berbloging (hiii..)
Kali ini kita cuba membuat selipar jepun keluaran tempatan. Mana tahu ia menjadi sumber inspirasi untuk anak-anak menjadi pereka terkenal seperti jimmy choo.
Mula-mula, cari manila kad (kenapa manila? mungkin asalnya dari kampung cklah?) yang agak tebal. Nipis pun tak apalah. Kemudian buat bentuk asas seperti tapak selipar. Pandai-pandailah.
Nampak tak garisan yang dibuat di atas tapak itu. Buat seperti itu dan kemudian ambil cutter dan buat lubang mengikut tanda yang dibuat.
Ambil kertas warna mengikut kesukaan. Gunting kertas itu untuk mendapatkan ini. Buat sepasang. Kertas itu dua panjang dan dua pendek. Yang pendek untuk dilekatkan pada sebelah yang nak dimasukkan ibu jari. (Sila abaikan guntingan yang agak senget)
Masukkan ke dalam lubang yang telah dibuat tadi. Setelah siap, dapatlah sepasang selipar seperti ini.
Bila sudah tahu asas, bolehlah mereka pelbagai bentuk.
Selamat berhujung minggu. Aku nak balik melaka makan nasi minyak
19 comments:
pakai selipar ni gi tesco pun ok gak ni
.
.
;D
Salam Kakpah,
Periksa akhir hari itu subjek seni visual, anak kakak pun buat lebih kurang macm tu gak. Tapi dia buat terompah sebab manila kad ditampal atas polysterene. Nak buat wau dia tak suka (mungin sebab dia perempuan). Siap tampal butang baju lagi.
Tapi pakai sehari dah koyak-rabak He..he...
cuteeeee
Salam Kakpah...
comel selipar tu... :)
boleh copypaste ni kakpah..nak buat simpanan untuk isi maso dgn bakal cucu2 nanti..hahahaha
comel ehhh. nak cari pelampong lamo2 la. nak gunting buek selipa jamban.
takleh wat g tandas... tinggal tapak kaki jer nanti...
kalau pesen aku ni kak... baru selangkah. zrappppppp.... rabak!
ha ha.
.
Cantik.... boleh jual kat pasar malam.
Selamat berhujung minggu.
takde orang kreatif buat crocs ke? chik kog nak tempah sepasang!
crocs xleh cr mkn la lps ni...
salam kakpah....
lps ni leh ler kakpah biz selpar plak...cute ler!!! heheheh........
pakai gayak gini masuk pavillion agak2 ada org nak layan x kak?
Kalau camni ler kakpah punahranah bisnes orang Jepun buat selipar. Sajak sesangat ler ngan cogan "Sayangilah Buatan Malaysia".
cantik e kak pah..nak buek sendiri la selipar jopun ni..tapi tak leh la buek ngan manila kad kan..tak pek pakai nanti..
buat perhiasan kek dinding ok gak tuh hehehe ;) kalau nak buek pakai confirm tercabut..
ibu_suri mesti suka pakai kasut ni. tapi tak tahan lama la...
Nak tempah! Taruk stroberi dua bijik ya!
nak tempak 3 pasang..
stroberi macam cklah
corak derian sepasang
upin ipin sepasang
semua saiz 5!
Post a Comment