Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, November 15, 2010

Hujung Minggu

Setelah beberapa kali yang mengecewakan, suami membawa kami ke tempat yang biasa dikunjungi semasa anak-anak masih kecil dan sering bergaduh. Gerai yang mahu kami tuju kelihatan tertutup rapi.. dan kami ke gerai sebelahnya... yang juga terletak di tepi sungai kecil. Kelihatan beberapa biji sampan bergerak-gerak lembut dikocak air. Mungkin sampan yang digunakan untk menangkap ikan.





Mengingatkan aku pada zaharah kawan sepengajian yang tinggal di trengganu. Ketika kami sering singgah bertamu di rumahnya dua puluh tahun lebih dulu, ada kalanya dia akan membakar ikan yang baru sahaja naik dari laut. Sedapnya akan tinggal di tekak berhari-hari.



Kami memilih untuk duduk santai di luar , menikmati hembusan angin dan bau laut. Menikmati otak-otak dan jeli kelapa, sotong goreng tepung, sebelum menu utama sampai. Bau nasi lemak bungkus menusuk hidung. Wangi dan berlemak. Dan apabila titis hujan tiba-tiba turun tanpa amaran, kami berbondong-bondong masuk ke dalam.




Tapai yang dibungkus cantik. Mungkin sedap dimakan dengan aiskrim..

sesi melepas perasaan apabila tidak dapat duduk dengan andungnya.


Makan ikan bakar menjadi salah satu agenda sekiranya kami turun ke melaka. Tapi kita kena pandai pilih gerai mana yang menyajikan ikan bakar, nasi lemak dan sotong goreng yang enak. Kadang-kadang kita mahu cuba beralih tempat tetapi ternyata tempat yang kita pilih itu adalah pilihan yang kurang tepat. Kali ini kami amat berpuas hati. Sedap. Lain kali kalau ada rezki dan umur panjang, kami akan ke anjong batu ini saja. Ke gerai ini.

Setelah selesai makan dan bersolat di surau yang disediakan, kami menuju balik ke
bangi dalam hujan renyai sepanjang jalan. Penat jelas terasa. Kerana dari hari sebelumnya kami sudah di melaka menghadiri majlis nikah dan perkahwinan anak buah. Semuga sitah bahagia bersama suami sehingga ke anak cucu.




22 comments:

kak long said...

kakpah ko selatan...
ese ko utaro......ngeee!
akhir nya balik juo ko kws MPKj...hehehe...



selamat penganti baru....!
semoga kekal ke anak cucu...
sampai cucu yo ko kak...?!
mtk2 tak la kan....

tasekM said...

apsal aku tak sampai lagi kat anjong batu nih...?



.

Kak Nora said...

Ada tempat yang sedap dan murah iaitu di kawasan Alai/Crystal Bay. Patutlah Farish nangis, andungnya dokek tapi jauuuuh.

Ena said...

sedapnya..
bila la ena nak ke sana tu.. dahlama sangat dok teringin tapi tak jugak dapat menikmatinya.. huhu

Ms.Lilies said...

Ooooo ni la tmptnya ek kakpah poie hr tu blk dh ponek


Hihi

ejaMaria said...

best nya... ni yg buat teruja nak gi melaka ni... :)

kakpah said...

kaklong, ni cuti sekolah panjang2 ni nak poi komano pulak. tapi alahai.. musim ujan kan..

tm, ha.. tu kau kena pegi tu..

kak nora, sebenaunye banyak tempat ikan bakau kan? kena survey banyak tempat. nasib lah dapat yang sedap ke yang tak..

Chik Mimi said...

salam kak pah bestnya jenjalan ghamai2 pulak tu

kakpah said...

ena, ikan bakar sekarang ni dah tak banyak yang ori. ikan siakap dah tak fresh. dulu2, ikan yang dibakar tu baru naik dari laut.

lilies, haha.. kek situ lah..

maria, pegi jangan tak pegi. jangan lupa pegi banda hilir jugak..

anymz said...

sey baru poie mggu lopeh kakpah..bau nasi lomak mmg takleh tahan..sebelum ikan sampai sey dah balun 2 bungkus..camno nak kurus?..takyah kurus lah kak kan?..kihkih

kakpah said...

chikmi, sesekali ada peluang jenjalan ramai-ramai memang seronok.

anim, ekau dah kurus dah nim. tak payahlah kurus-kurus bona. ghayo haji ni apo menu.

DrSinga said...

apasal tasek pun tak tau anjung batu nih??
:)

Mak Su said...

amboi budak menangis tu...meh sini saya nak sakat sakat dia ;p

kak Erna said...

kak pah..comel e..faris..memang betul2 melepaskan perasaann tu..tak macam mano la kuek e faris menjorit tu kan..
kak pah..saya selalau boli tapai tu..sodap..tapai sarimah kan..

Kak Ezza@makcik blogger said...

kak pah...
andong tu apa.....

iina said...

kak.. selamat hari rayo yo kak.. dah prepare nak masak ko.. den nie kojap laei kono balik umah copek.. potang karang nak mulo masak.. esok dah rayo.. lamo bona tak masak rondang.. rayo poso ari tuh ngelat omak yang masak hehehe ;)

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Saya juga seronok bila dapat makan angin ditempat orang.

Selamat menyambut aidiladha untuk Kak Pah sekeluarga.

Zaitun said...

KakPah... dekat Restoran Parameswara di Pernu pun sedap juga makanannya.

kakngah said...

ayh & umi baru jek bgtau psl rstoran parameswara tu...
kite tak pernah pergi lg pun..

kakpah said...

dr singa, haha.. ilmu penjelajahan dia belum mantap.

maksu, faris cakap, nak lomanggggg!!!

erna, iyo ko tapai sarimah. la.. baru kakpah tau.

kakpah said...

ezza, atuk si faris ni.. ikut orang padang. ado yang panggil atuk tu andong..

iina, rondang kakpah dah siappppp!! Bopoluh2 bosilat kek dapo.

kunang-kunang, selamat menyambut aidil adha.

zaitun, parameswara? Hah.. ni yang nak cuba ni.

kakngah, jom pegi hehe..

h4ni3 said...

sekali pandang nampak macam aisyah (penyanyi) pulak anak buah kakpah tu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...