Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, November 10, 2010

Kalau tak tahu menari janganlah salahkan tanah

ambil gambar di sini

Sering terdengar terjerit-jerit bergaduh. Bukan sekali. Bukan dua kali. Banyak kali. Selalunya apa yang didengar itu menakutkan.

Kami akan berpandangan. Keluar menoleh-noleh juga takut ada sesiapa yang akan diapa-apakan. Itu sajalah. Sekadar menoleh-noleh. Itupun secara menyorok-nyorok takut kelihatan.

Biarkan. Jangan masuk campur.

Sejak kebelakangan ini bibik silih berganti. Ada yang seminggu. Ada yang dua minggu. Ada yang sebulan.

Biarkan. Jangan masuk campur.

Memang tak masuk campur walaupun ada bibik yang mengadu kena lempang dengan sianak yang kuat mengamuk. Siap keluar gunting. Tengking herdik apa lagilah. Telinga aku inilah yang menadah mendengar keluhan itu.

Jangan masuk campur. Lu pikirlah sendiri.

Jadi apahal talipun aku marah-marah kata bibik akulah penyebab bibik-bibiknya berhenti seorang lepas seorang. Marah-marah cakap dia dah tak larat nak cari pembantu rumah lagi. Dah banyak keluar duit.

Kalau bibiknya sekarang ni yang baru bekerja sebulan berhenti, dia akan salahkan bibik aku. Dia akan buat laporan ke polis sebab dia ada kawan polis. Dia akan lapor ke imigresen kerana dia ada kawan imigresen. Apa ke hal!! Laporlah. Nanti aku akan cakap yang anak dia kaki lempang pembantu rumah. Kaki terajang pembantu rumah.

Yang bibik aku ni pun, janganlah terhegeh-hegeh pandang ke rumah sebelah.

Susahlah kalau akal letak kat lutut......
.
.
.
.
.
.
.

errr.. nanti jap. Nak minum ais kasi cool.





33 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Kakpah...

jangan sampai tersedak pula, ya? :)

Kaktiny said...

ckp kt bibik akak.. jgn dok rajin sembang ngan bibik org tuh.. jgn dok menoleh-menoleh kt umah org tu..

kalau dia buat jugak.. akak bagi dia (bibik akak) kat umah org sebelah tuh.. kehkehkeh..

.. payah kalau berdepan ngan org yg takde kesedaran sivik nih.. sabar je lah kak!.

Alhamdulillah sbb kita dianugerahkan Allah sifat 'insan'..
(kesian kat mereka yg ada sifat 'insane'!!.. huhuhu)...



.

pB said...

salam


susah gak kalau dapat jiran jenis yang begini

kak long said...

cool kak cool...!


kang ado yg kono ni...!

ibundo said...

kakcik, dah tersedak pun hehe..

tiny, dah bersyarah panjang lebar dah dengan bibik akak ni. dia kata mana ada sembng2. nak tengok sebelah pun takut. haha.. tu dia cakaplah. cakap dorang ni bukan kita boleh pecaya sangat.

pb, tu lah sebab malas nak masuk campur

kaklong, cool..cool..(sambil urut2 dada)

Sharifah Natasha said...

Assalamualaikum wbt.

Bagusnya artikel ni.Perkara sama yang walid saya risaukan tentang kakak sulung saya. Dia pun ada bibik. Dan dia tak kisah berkawan dengan bibik jiran-jiran, sebab majikan mereka kenal each other dan sangatlah baik. Bagi yang garang, garang betul. Cuma, walid(ayah) saya, dia tak suka pula bibik kakak saya berkawan dengan bibik sana sini. Pertama, sebab bising. Kedua, suka menceritakan hal rumahtangga pada bibik lain. Ketiga, memandangkan ada banyak kes ragut,pencuri masuk sebab bibik2 di Malaysia ni. Maka dia takut dan fobia selepas baca newspaper. So, from there, kakak sulung saya bagi bibik bercuti, only for one day. Terpulang dia nak buat apa..lepas kan tekanan dan sebagainya.asalkan itu hal dia dengan kawan2 dia di luar. :)

Bagus artikel ni.:)

Ena said...

salah sendiri di tutp cari salah orang.. ishhh... cam lebih kurang je ngan ena yg sentap arini.. gara2 org yg suka nau letak kesalahan sendiri pd org lain.. mencik betul!!

Copy & Posted By mahi said...

kalau bibik pn hjh minat nak gi kat sebelah tu bior le.... aku ganti tempat bibik pn hjh ok ke.....hehehe.

kucingorengemok said...

kak, "budak turki" yang pakai jubah hitam tudung purple kat gambar atas tu comel betul lah! hehe (komen terkeluar tajuk).

Dr Singa said...

letak ais banyak2..
kasi sijukkk sikit...

ibundo said...

sharifah, nak cari pmbantu rumah yang perfect memanglah susah. kadang2 kita kena tutup mata pada perkara2 yang kita rasa remeh. asal dia buat kerja dengan baik dan tak membahayakan sesiapa. cakap sana sini tu adatlah diorang ni. bila berkumpul, diaorang akan compare majikan, compare gaji.. hal2 rumahtangga pun habis dijaja.
tapi ada jugak yang baik.
seeloknya ada hubungan baik antara majikan dengan pembantu rumah.

ena, tulah kan... tak baik salahkan orang lain.

ibundo said...

mae, aku no hal punya. tapi kau kena tunjuk buketi yang kau boleh masak. certificate kena ada. pengalaman busuk2 pun mau ada dua tiga tahun. berani ke.. berani meh sini aku kasi interview. aku belanja kau cekodok sepinggan..

kog, ow.. itu budak memang comel dan banyak pandai. mulut pun macam murai..

dr,singa.. dah haabis satu baldi

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Susah jugak ye?...tiap kali bibik 'dia' buat perangai salahkan orang. Rasa macam nak siasat je jiran yang mana satu. Kawasan rumah Kak Pah tu kawasan 'elite'....pun ada yang macam tu???.mosykel jugak.... :-)

kakngah said...

bibik dia tumpang luahkan perasaan kat bibik kpah la rasanya...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Haritu Hj Isa pun geram kat satu parents yg anaknya naik van dia. Dia pun kata susah betul kalau orang yang ada otak.. tapi otak dia letak kat lutut. Apasal ek ramai org suka letak otak dia kat lutut..? Dah penat ke junjung otak atas kepala...kita boleh sakit otak kalau layan manusia spisis nih..!

KTS said...

air apa tu kakpah??
.
.

.
.
klu letak bijik selasih, lg best.. bertambah cooooool..

;D

Kakzakie Purvit said...

Salam Kapah,

Alahai soal org gaji ni mana2 pun sama. Tinggal kita yg jadi majikan je kena tahan. Sekat macamana CCTV bukan boleh nampak jauh mana dia pergi.

P/s: eh... halaman baru nampak. Comey2 pulak tu. Keletah bukan main...

Zaitun said...

Sekarang ramai bibik yang pandai mesyuarat tingkap.

Cik Azz said...

Kok boto bibik Kak Pah yg buek hal, apo lak bibik dio yg silih berganti..

Kak Pah kono buek ripot ni kak... Sian kek bibik2 yg jd mangso kojo kek ghumah dio tu... huhuhu....

iina said...

Jiran ko kak.. emm yolah kan.. nak tegur salah.. tak tegur salah gak.. nak buek camno kalau dah bibik pun dr negara yg samo.. nak cool lagik dtg sini kak.. suhu dah mula jatuh bawah takat beku nie hehehe ;)

Acik Erna said...

kak pah..minum elok2 yo..bagi cool..kok tak boleh air sirap nanti saya buek kan air sarsi..lagi nyaman..

ASH said...

haihhhh..hidup gitu la...

lupekanje said...

Akak marah sapo ni kak????

Ms.Lilies said...

bibik2 punya kes xkan pernah habis...br baca kat blog member hal bibik gak

Sharifah Natasha said...

Assalamualaikum wbt kak pah~

:) Benar kata kak pah. Ada tu terlalu baik. Especially yang datang dari kawasan Palembang dengan kawasan mana ke. Semua tip top. :) Tapi sayangnya, bibik tu terpaksa berhenti. Dan dia gantikan dengan adik iparnya. Tapi adik iparnya pula lain. kalau di indonesia, suami dia buat kerja dan memasak, dan dia pula kalau tgk jiran sebelah bergaduh, dia pengsan. Asyik-asyik pengsan. Last2, dia lari balik. Alhamdulillah, dapat seorang bibik yang sangat sangat berdisiplin dan pandai sangat. Sebab dia dah lama jaga dan uruskan keluarga cina bertahun2, sampai cara cakap pun dah mcm cina murtad. :)

Kakak try la letak cctv di rumah. Masa rumah keluarga saya di Ipoh, dah jadi ala2 akademi fantasia dah. Sana sini cctv sebab takut kalau budak2 nangis, diorang pukul dan sebagainya.

kakak ada tengok gaji terlampau di youtube tak? Kakak tengok lah..sejak tu walid(ayah) saya pasang cctv di rumah semua orang. Walaupun takde orang gaji.

ibundo said...

yan, haha.. perangai ni tak kira bangsa, rupa, warna dan sebagainya.. meh lah sini hirup kopi secawan..

kakngah, tu pun dia tengok2 time tuan tak de.

ibundo said...

yati, haha.. yang tu pun satu hal.

kts, sirap oren.. oren kasi lebih. taruk asam boi pun okay gak.

kakzakie, diorang ni cari makan. kita ni nakkan bantuan diorang. sama2 saling mengerti, baguslah. jangan sampai buat hal, memang kena hantar balik.

zaitun, mesyuarat taaman permainan pun ramai hehe..

azz, tu lah.. kalau cedera memang nak repot.

iina, dah samo2 cari makan. macam kito jugak lah kalau duduk oversea. jumpa orang satu negara, rasa macam sedaro la pulak..
ishh.. tongah sojuk botul yo. poi sanun dalam mimpi yo lah.

ibundo said...

erna, minum sampai tosodak sodak ni..

ashley, haih...

lilies, susah nak jaga manusia ni.

sharifah, apa-apa pun yang dibuat, pokok pangkalnya terpulang pada hati. Kalau hati tu memang jujur nak kerja dan nak cari rezki, memang dorang akan buat yang terbaik. tapi kalau setakat datang sini sebab kat sana duduk susah dan nak rasa berduit saja.. tu yang kadang2 buat kerja tak ikhlas. Bila kerja tak ikhlas macam2lah yang berlaku.
hehe.. kpah ni anak2 dah besar. dah tak perlu guna cctv lagi. lagipun yang ada sekarang ni pun dah kerja dgn kpah dah sepuluh tahun lebih..

ibundo said...

acik , kakpah takdo marah sesapo doh.. hehe..

tasekM said...

macam2kan kak...



.

Sharifah Natasha said...

Assalamualaikum kak pah.

Alhamdulillah. ehehe..ingatkan anak2 kak pah masih kecil. Mungkin sebab tasha masih belajar ijazah pendidikan awal kanak2..jadi ingat semua orang ada anak2 kecil.ehehe.

Kak pah kerja apa kak pah? Boleh tasha tahu?

Terima kasih ya kak pah, singgah di teratak pink.:)

ibundo said...

tasek, hehe.. macam2..

sharifah natasha, kakpah ni cikgu tadika. tu anak2 kat atas tu sebahagian daripada anak2 kakpah yang ramai..hehe..

Sharifah Natasha said...

Subhanallah...ye ke. Tasha pula student lagi kak. Di MSU Shah Alam. Semester 4 dah ni. Subhanallah. :) Mesti kak pah pandai jaga anak2 kecilkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...