Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, November 22, 2010

Virus

Salam.

Tak lama lepas aku sampai di rumah, abah melaungkan azan asar dan kami bersiap-siap untuk berjemaah. Semasa aku sedang dalam solat tiba-tiba aku teringat yang aku telah solat jama' semasa dalam perjalanan tadi. Patutlah suami aku relek-relek bermain dengan faris.

Mengingatkan aku pada peristiwa hari jumaat lepas semasa aku ke tesco. Ceritanya; selepas membeli belah, kami ke kepsi makan-makan sebab kaklong dah tergigil-gigil kelaparan. Selesai makan, aku menonong ke unser. Aku keluarkan kunci dan memasukkan anak kunci ke dalam lubang kunci. Pulas pulas, tak boleh. Pulas pulas tak boleh. Aku dengar imah terjerit dari belakang aku.

Mak!!.. tu kereta orang.

Baru aku perasan yang unser yang sama warna dengan unser aku itu bukan unser aku. Nasib baik tuan dia tidak ada di situ. Kalau tidak, puaslah aku nak cari jawapan.

Sebenarnya remote kunci unser aku itu aku hilangkan. Yang satu tangkainya dah putus. Ganti dengan spare. Yang spare itulah yang aku hilangkan. Masa tu aku tengah nak masuk dalam kereta. Aku perasan macam ada benda yang cicir. Aku jengah-jengah tak nampak pula apa yang cicir. Aku tengok bundle kunci aku tu aku rasa macam ada yang hilang tapi tak perasan apa benda yang hilang. Aku blah je sebab tak tahu apa yang cicir. Sampai ke kajang bila nak kunci kereta tengok remote dah tak ada. Sejak tu, nak kunci pakai manual saja. Nak buat remote baru harga 300 ringgit. Tunggulah dulu.

Mengingatkan aku pada satu lagi peristiwa. Masa itu kirin masih lagi pakai kelisa. Aku pinjam pergi kedai. Selesai urusan di kedai, aku tuju ke kelisa. Tekan remote, tet..tet.. Aku pulas handle pintu. Tak boleh bukak. Tekan remote lagi, tet..tet.. Pulas handle pintu. Tak boleh bukak jugak. Empat lima kali ada agaknya aku tet..tet.. pulas pulas tapi tak boleh bukak. Entah macamana bila aku tet..tet.. lagi sekali baru aku perasaan yang bunyi tet..tet.. itu datangnya dari kereta di belakang aku. Handle pintu yang aku pulas itu rupanya handle pintu kereta orang. Aku rasa ada sepasang mata asek memerhatikan aku.

.
.
.

Para srikandi. Tungguuuuuu....... Aku akan datang.


28 comments:

Ms.Lilies said...

Sib baik lom pegang stereng kan hehehe

kakngah said...

sebbaik angse tu tak menjerit bila dicucuk...

Marina Monroe said...

Malu nyerrrrr...

iina said...

Heheheh.. tuhlah kdg payah juga kalau sama warna.. itu kena tgk plat keta dulu tuh kak hehehe ;)

Syarafina Hamidun said...

buat lawak jela maklong nie tao. hahahahaha

kakcik said...

Salam kakpah...

suami kakcik pun pernah menonong hendak masuk dalam unser orang lain (waktu itu kami guna unser warna biru) sedangkan kakcik dah keras perut gelak dalam kereta sendiri! :)

kak Erna said...

kak pah..aduhai..dah mulo la tu kan..saya pun pernah kak pah..
salah kereta..masa tu..suami tunggu dalam kete..saya keluar sorang..sekali nak masuk kete..kete kunci.puas tarik2 mula nak marah dah..rupanya kete orang..patut bising bunyi hon..rupanya dia dah hon..tapi saya menonong aje..malunya kak pah .

anymz said...

salam kakpah..sey dah balik.dah kembali bersiaran...
macam biasa,setiap kali baco entri akak mesti seyum2 kambing ataupun golak golek2 golakkan akak..hahaha

Zaitun said...

Pernah juga terjadi pada saya malu tak terkata.

a kl citizen said...

kak pah...

memang nasib kak pah masih baik lagi... kalau tak mesti dah kna marah dek tuan unser tu kan

kakpah said...

lilies, kok pegang stereng konfem ada yang kena bawak pegi balai.

kakngah, tu la pasal. kok menjerit aduyai...

kakpah said...

marina, mau tak..

iina, konfiden je tu keto den. padohal keto den lotak nun jauh sobolah sanun..

syara, maklong kau ni kan memang pandai buat lawak.

kakpah said...

kakcik, haha.. seronok kan gelakkan orang yang buat silap macam tu. macam budak2 ni jugaklah.. terkekek gelakkan aku..

erna, haha.. ada pengalaman rupo e ekau yo. osah toba e muko kan. Sibbaik tuan e tak nampak.

kakpah said...

anim, dah borasap balik dapo ekau yo..

zaitun, pengalaman yang tak boleh dilupakan hehe..

cikgu nomah, tu lah pasal. bila sadar, jalan pegi keter sendiri tunduk2 tengok bumi je.. hehe

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Ha1...ha!...pernah jugak menonong tuju kereta orang, tapi sempat pulak nampak plate numbernya.
Petang semalam kami menuju ke BSN section 9, dah habis urusan, Cik Din pulak menonong tuju ke kereta orang...puas pulak kita panggil dia baru dia perasan!!

p/s : Tak yah tunggu, den tak datang nya.....

Kakzakie said...

Salam Kak Pah,

Sampai dah solat jamak pun masih nak solat itu sebab dah kebiasaan bila dengar azan terus wuduk dan nak solat takut tertinggal (ini baik...)

Yang salah kereta tu rasanya ramai yang org tersilap especilly kalau kat parking lot. Lagi kalau dah terkocoh-kacah itulah jadinya....

julietchun said...

kena cat kete lain dari org lain baru mudah kenal :D

pB said...

Salam Kak Pah


sib baik tuan kereta tak datang bawak kayuuuuuuuu

Aku said...

Tengah fikir, apa kaitan virus dengan remote control alarm kereta nih...

tasekM said...

aku kalau gelakkan ko ni kak mesti esok jadi plak kat aku. ha ha.



.

h4ni3 said...

Kihkihkih
kelakar la kakpah ni
lain kali kereta kakpah semua kena guna cat yg special la
biar kaler lain dari orang lain
hehhe

kakpah said...

yan, cikdin tu dua kali lima dengan kakpah lah tu haha..mehlah yan pegi. boleh pegi sekali hehe..

kak zakie, senang hati perut kpah ni bila tau bukan kpah sorang je yang alaminya haha

kakpah said...

juliet, kau tak tau keter imah cat apa. warna hijau menyerlah.. memang dari jauh dah nampak. kalau aku paakai keter diaa, gerenti tak silap.

pb, bawak kayu aku larikkkk..

nizam, aku agak otak ko pun dah kena virus gak sampai tak leh pike ahaks..

kakpah said...

tasek.. ko dah gelak pun.. gerenti jadi kat ko nanti.

hanie, warna oren okay kot haha..

rezeki said...

salam kak pah

hehehehehe

banyak termakan semut tak heheheheheheh

kakpah said...

pak itam, hehehe..

DrSinga said...

kihkihkihhhhhh.....
pakai spek tak kakk??!~!

Sierrauniform said...

dalam pada funny saya rasa sedih juga..kadang emak saya pun ada lupa2 mcm tu..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...