Sampai di melaka hari dah hampir maghrib. Mil tengah duduk-duduk di ruang tamu. Aku datang berdua saja. Untuk ziarah mil yang sakit-sakit kaki. Duduk bual-bual kejap kedengaran syamil melaungkan azan di surau. Kami menapak ke surau untuk maghrib.
Selesai sembahyang suami kata rimas nak mandi. Aku sambung sembang-sembang aku dengan mil. Atan juga ada sama. Bual lepas satu topik ke satu topik dan tak lama kemudian suami aku masuk dengan kain pelikat dan singlet pagoda.
Laparlah pulak, suami kata. Padahal siangnya dah mabuk makan nasi minyak sampai dua tempat kenduri.
Kang nak balik kang kita singgahlah JJ jap. Kata nak beli doorknob. Kang kita makanlah kat foodcourt dia tu.
Suami mengha'ahkan cakap aku.
Sampai masa dan ketika kami pun bergerak nak balik. Macam tu lah biasanya. Bila teragak nak melawat mak, kami akan meredah lebuhraya dan dua tiga jam lepas tu redah lebuhraya semula untuk balik ke bangi.
Kata nak pegi JJ.
Nak pegi JJ lah ni.
Hello!!! pakai kain pelikat?
Apasal lak tak boleh.
Jangan ikut aku bejalanlah macam ni.
Ni sapa yang ikut sapa ni..
Malas aku nak lawan becekak dengan orang yang tak mahu kalah. Kalau pakai baju melayu ke, jubah ke, tak apa la. Tapi pakai singlet pagoda masuk ke dalam, pelikat gulung kat luar. Alahai..
Abang nak pegi, pegilah... Aku tunggu dalam keter je.
Sudahnya kami beli McD kat air keroh. Jerit-jerit oder dari dalam kereta.
kakpah
34 comments:
Heee...... sesekali pernah nampak macam org dari mesjid kat JJ pakai kain pelikat tapi smart. Kalu semua lelaki pakai kain pelikat kat JJ @ shopping Complex rasa cam kat Myanmar or Indon lak.....
kalau kak pah datang ke KB nie, kat supermarket besar besar pun , kak pah boleh jumpa ayah ayah yg dtg shopping dengan berkain pelekat.
terutama lepas waktu maghrib
janji pakai..pado tak pakai langsung...muahahhhh..!
mamawana, hiii.. kalau smart takper. kalau dalam pelikat, kat luar baju melayu ke atau jubah ke..ok.
pb, tapi kan pb... kalau pakai singlet pagoda haha.. tu yang malas nak ikut tu.
kaklong, wakakaka..
kak pah
kira ok tu hehehe
anggap mcm kat mekah je atau kat KB hehe
saya minggu sudah pi mcd pakai pelikat dgn baru kurung lps balik semejid hehe
pak itam, hehe.. dah rindu nak ke mekah ni..
kihkihkih...sobab apo se golak??ese ingatkan laling ese yo camtu..ropa ee laling kakpah pun lebih kurang gak.
tension kan kak?..kito lawa2 dio lebih gomar jadi serabai..hahaha
takpo kak pah..jnji tutup aurat tuu...
pakai smart2 kang ado lk org nk ngorat...haha.
saya pun malas nak layan PA kalau angin tebiat dia datang..macam suami kak pah lah..kekadang tu spender pun tak pakai..hangin saja....
Salam Kak Pah,
Ha, Pak We kat rumah pun, sekali sekali buat perangai macam tuh....sape nak ikut kan???... :-(
Pssttt...meriah nampaknya Majlis Srikandi tuh.....Tengku Azizah saja ke yang datang...Tengku Kamariah tak ada ke...she was my classmate masa form 2 & 3. Masa form 5, dia masuk Arts class. :-)
Salam Kakpah,
Tak kan malu kot...cik abang selesa dgn gaya tu...
Kakak tahu sebab masa tu kakpah berpakaian lengkap baru balik majlis org kawin jadi tak matching la kan... dgn kain gombang tu. Ha..ha...
kalau kat Kelantan...biasa tu Kak...
buat ward round malam2 pun pakai pelikat...
ekekeke kak pah...lawak..
Hajah,
Saya boleh imagine Pah dengan Pak Ji ronda-ronda di JJ. Sorang jalan nuuun di depan, sorang lagi..nuuun..di belakang. Tak pe Hajah, orang di JJ Melaka tak kenal.
Dia fikir , dia nak duk dalam kereta je tak.malas tu , dia salin baju ngan tukar kain.cian kak pah.
yang penting tutup aurat kak pah...
baru lah macho~
Kak pah... kain pelikat pun pelikat lah...hehehe...tapi singlet pagoda yang tak tahan tu...
Anie pun kat Melaka sabtu ahad ari tu...
wah seronoknya berjln2..moga ceria2 selalu
kain pelikat la best kak. berangin. ha ha.
.
kehkehkehhh...
i can imejin...
hahahaha... nekad tul kakpah
hahahaha
kak pah..ha ha ha..kain pelikat..boleh laie kak pah..kok kain batik..ayo la hai..
aslkm kak pah....
lama ina tak sgh sini bila kak pah cite psl kain pelikat teringat kisah yg jadi kt ina minggu lps bkn cek abg berkain pelikt tapi ina yg berkain batik...he..he..
nanti ina cite dlm n3 akan dtg he..he..
oklah tu kakpah sesekali cik abang nak tunjuk macho pakai kain pelikat daripada dia pakai cawat...hehehehhehe...
Dia pakai 'pagoda' nak goda sapa kakpah?
hahhahahahahhahahah
ooopsss..elaun aku kena potong tak lepas nih? NAYA!!
anim, haha.. ado kongkawan lah ni
acik, dah bojanggut putih pun ado yang nak ngurat ko
ezza, haha.. pasti berangin habis.
yan, puas nak ngingatkan kau si sapa yan. kalau Mal classsmate ekau dan bila masuk arts stream classmate aku, makno e ekau ni samo batch ngan aku la ek.. ish..ish.. cuba lah tunjuk diri sikit yan oi..
kak zakie, hehe.. tau tak per.
dr singa, kalau dah ramai pakai macam tu, maknanya dah jadi kebiasaan masyarakat. orang dah pandang pelik hehe.. (selalu juga tengok org pantai timur pakai kain batik)
kakmah, haha... err.. tak ada anak nak masuk tadika lagi ke.
kaknora,hiii.. tak gerenti lagi takde yang kenal. Suami saya ni kalau pegi sabah serawak pun ada yang menegur. student dia berselerak satu mesia..
cik ina, dia yang tak kesian kat kpah hehe..
zaidah, hehehe..
bujal, kau ada buat macam tu jugak ke bujal
anie, itu la pasal.. yang singlet masuk ke dalam tu yang tak tahan..
sal, tenkiu sal..
Tasek, takut telucut je..
tijah, akak imajin mamak singsing kain pareh lutut.
kts, bia la aku lapar..
erna, kain batik.. wakaka..
azlina, apa kaba az. citer la.. nanti akak pegi baca.
smm, wahaha.. lawak lah ekau..
ashley, kalau elaun ekau kurang bulan ni.. ekau tau la sobab e ya...
Post a Comment