Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, December 14, 2010

Soya Jeli



Biasalah. Lepas joging pergi cari makan. Sebab pagi sebelum bejoging kami cuma alas-alas perut saja dengan air secawan.

Pergi ke restoren yang agak terkenal di seksyen sembilan mengadap ke seksyen lapan. Aku oder air soya panas. Datang air soya panas satu gelas besar. Dalam hati aku puas aku nak menghabiskannya.

Aku kacau-kacau air soya dan hati aku berkata lagi; ada jeli. Dalam menu tadi tak ada pula kata ada jeli. Aku cuba kaut jeli dengan sudu tapi tak dapat sebab licin.

Aku terus makan laksa kari. Hirup air soya. Makan laksa kari. Hirup lagi air soya. Hirup.. hirup.. lama-lama air soya aku dah tinggal suku gelas. Mangkuk laksa kari aku tolak bawah hidung suami aku sebab aku dah tak boleh nak makan lagi.


Aku ambil sudu dan cuba mengeluarkan jeli yang masih ada dalam gelas. Dapat. Tapi tekak aku sudah mulai kembang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Suami aku mula kepoh gamit-gamit si nepal. Kepoh lagi suruh panggil bos. Kepoh lagi pada bos suruh tengok apa ada dalam gelas. Bos pucat (err.....).

Akhirnya, minum semua free. Cuma bayar laksa kari saja dua mangkuk. Tapi tekak aku tetap kembang separuh hari.



38 comments:

kakcik said...

Yerk! macam mana boleh jadi macam tu? :(

kak Erna said...

kak pah..apo tu..sah tak poie lagi kodai tu kan..
tiap kali ingat mosti tokak kombang..

Insan Marhaen said...

mee kari kegemaran IM. laksa kari? hmm... tak biasa la pulak!

sedap ek?

kakpah said...

kakchik, tak tau la.. mesti tukang buat air tu kena marah tu..

erna, rubberband...

IM, trick menu tu la.. cakap laksa kari tapi yang datang mee kari.

rezeki said...

salam kak pah

itu bukan soya jeli
tu soya geli hehehe

sikap menjaga kebersihan dikalangan peniaga sekarang semakin teruk, tu kat belakang dapur tak tau lah

Hamizah said...

kembang tekak nengoknya..
rajinnya kak pah jogging ye..

kakpah said...

pak itam, haha.. soya geligeman oka gak.

mizah, tengok je dah kembang. apatah lagi yang menghirup..
kena pegi joging utk jaga kesihatan..

kak long said...

kakpah..teringat kaklong maso sekolah rondah...cikgu tu cerito dio balik dari maktsb kek juhor...naik ketoapi...boli soya kotak...tersodut kahak dalam tu..brelukkk..!

shafida said...

k.pah apa sebenarnya jeli tue.....kembang betul tekak saya...tapi tertanya" jugak ape bendanya...apetu?

kakpah said...

kaklong, jangan ekau sobut kahak tu kaklong.. botambah kombang tokak ni ha..

shafida, rubber band. getah pengikat apa ntah..

bujal X said...

what the fish is that?

kakpah said...

bujal, haha.. does it look like a fish haha..

Kak Nora said...

Ada apa dalam soya? Ada getah ikat rambut mat nepal! Yerrk!!!

Ku Tak Sempurna said...

dkt getah tu ada melekat apa2 tak??


blueeekk!

kucingorengemok said...

getah zero point ke? hahaha, kami dah biasa tu kak...

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Macam-macam pulak yer.

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Tolong habaq mai restoren mana???...mana tau takut terpegi nanti.

p/s: Kak Pah, moskil sungguh, pasal apa kita boleh tak kenal???...Kak Yan ni puas jugak dok tenong gambar Kak Pah, tapi tak juga dapat recall....sah! dah tuo!!!!
Rasanya yang baju hijau tu Yam kan?...tapi Kak Yan tak le kenal sangat dengan dia, sebabnya, kalau tak silap, dia join STF masa form 4

Kak Pah, kalau nak tengok muko den, cuba pergi entry den bulan March 18 hb.....rasanya dah tengok gambo pun kak pah tak ingat juga....den dulu langsung tak femes...tu pasal!!!! ekekekekeke!!!

h4ni3 said...

rubberband??
aiyakkk... mesti diorg main lastik2 kat dapo
kopitiam kah kakpah?

KAKTINY said...

errrkkkk....

kompom tak pegi dah rest tu!!... eeeeee...hahaha.

Mak Su said...

masyallah!!!!

Anna Da Lady said...

Hmm...aiyak.manyak goli oo..sepatutnya semua free, sebab diorg tlh spoil kan mood makan/minum satu hari.

Kakzakie said...

Slam kakpah,

Eeeee... gelinya. Kenapa kakpah tak lihat betul2 sebelum minum.

foc pun tekak dan kembang....
sure tak ke sana lagi.

kakpah said...

kak nora, ikat rambut? yark.. kembang balik tokak ni..

kts, wuih.. dah takde selera nak belek2.

kakpah said...

kog, haha.. tak kombang tokak kau?

kunang-kunang, rosak separuh hari hiii..

kakpah said...

yan, tak payah habaq la restoren mana. diorang tak sengaja tu..(kena baik sangka ek..)
Kpah dah pegi dah skodeng n3 yan. tapi tengok muko pun dah tak ingat haha.. agak nya sebab dulu-dulu kita ni raged lagi haha..
Haah.. yang baju hijau tu yam. kpah pun masuk masa form4. geng dengan yam, oli, zailand, faiz, farie, yot..(ada dalam gambar tu excpt faiz.)
Sayang yan tak datang. Ramai budak sains yang ada malam tu. Dua meja. Norlia nasir sibuk kehulu kehilir mungut duit haha..
hope to meet u some time...

kakpah said...

hanie, haha.. ke main tembak2 cicak..

tiny, konpem..

maksu, erk..

anna, dia nak bagi free semua tapi tak sampai hatilah pulak tak bayar mee dua mangkuk tu.

kakzakie, dah cuba ambek dari awal tapi licin. tu la.. ingatkan jeli hehe..

Zaitun said...

Geli geleman tekak saya.

~Kak AZZ~ said...

Huiisshhh.... syiapaleh... Ontah sapo la punyo gotah ikek ghambut tu... huhuhu...

Lain kali bawak yoo air kosong dr ghumah kak... Solamat lagi bersih...

lupekanje said...

betul tu kak pah...kono sangko baik la...yg diorg tu tk sengaja. Agaknya getah tu tepelanting taim diorg sesibuk bungkuskan air soya org lain...

Pengajaran buek yg meniogo la..lenkali hati2...pelanggan mau jago. Kebersihan sekeliling kono jago. Jgn sok2 lipas lak melumpat masuk dlm golas...!! Sib bek dpt pelanggan cam kak pah ngan Prof nih. Tk hebohkan namo kodai tu.

kakpah said...

zaitun, nak buek macamno hiii..

azz, tokak momilih. tak ondak yang bawak dari rumah. padan muko kan?

kakpah said...

acik, iyo la cik... takkan sosongajo lak masukkan bondo alah tu kan. bia dio kono maghah dongan supervisor e supayo lenkali hati hati bilo nak hidangkan makanan kek pelanggan.
kalau lipeh yang masuk cik..... tu dah gerenti masuk harian metro hehe..

Ati Masrif said...

salam kenal kak pah,

emm...sedapnya
tak reti nak buat

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Air soya segera cam barli segera tak?.Mana tahu dia guna serbuk soya. memang geli pun, kalau dah jumpa cam tu.

secangkir madu merah said...

hahahahhahahahhahahhaha...gelihati betol..itu rupanya jelly... sodap boto.. hehehee tak boleh nak bayangkan rupa kakpah masa tu... beriya2 kaut benda alah tu ropa2nya....hahahhahaha..sori ar kakpah over pulak aku ni..

kakpah said...

ati masrif, salam kenal. tenkiu follow.

cik ina, haha.. tak dapat nak tau pulak.

smm, kau golakkan eden ek. skali sok kena kat kau hahaha.. eden golakkan ekau pulak hahaha...

iina said...

uihh kak.. camno tuh.. soya rubberband lah namo ehh.. ontah buek ikat apo pun xtau kan.. takpe kak.. dah selamat masuk perut.. nnti kena p picit2 poei tandas lak hehehe ;)

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Kakpah, harap tu getah yang belum digunalah ye..anggap tu getah utk bungkus air ke ..lauk ker..bukan getah rambut mat nepal.

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Kakpah, harap tu getah yang belum digunalah ye..anggap tu getah utk bungkus air ke ..lauk ker..bukan getah rambut mat nepal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...