Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, December 8, 2010

Que Haidar

Semasa memandu, otak terus berfikir tentang apa yang mahu dimasak untuk makan malam. Kadang-kadang penat berpikir nak masak apa ..nak masak apa. Bila bertanya pendapat, jawapan yang selalu diterima ialah; masaklah apa-apa. Janji boleh makan.

Setelah mendapat idea, aku singgah di kedai basah seksyen 4. Aku capai bakul. Ambil udang sikit. Ambil fish ball mak mah dua plastik. Mee mak mah tiga plastik. Sawi sikit. Tahu lima keping. Togeh sikit. Santan setengah kilo. Daun sup sikit. Sementelah dah sampai, aku tambah sayuran yang sudah tinggal secoet di rumah.

Semasa aku mengambil itu sikit ini sikit, masuk sekumpulan minah indon. Aku agak mereka ni baru balik dari kilang memandangkan uniform kilang yang mereka pakai. Kepoh betul. Aku jeling-jeling dengan ekor mata.

Selesai urusan, aku ke kaunter bayaran. Tiada siapa pun pelanggan lain yang beratur. Cuma aku. Aku menolak bakul ke depan tapi tiba-tiba datang seorang minah indon memintas aku.

Satu je bang. Dia menyampakkan sebungkus cili api di atas tempat penimbang. Budak kaunter mengira berat cili dan menyatakan harga. Beres.

Kemudian datang lagi seorang membawa sebungkus beras.

Satu je bang. Kira ni dulu. Budak kaunter memandang aku. Aku buat muka selamba. Bila aku tidak protes apa-apa dia terus menyatakan harga pada minah itu. Beres.


Kemudian datang lagi seorang minah indon memintas aku.
Kira ni dulu bang. Nak cepat ni.

Aku tolak bakul aku betul-betul depan hidung budak yang jaga kaunter tu.
Ni!! kira saya punya ni dulu. Saya dah berdiri lama kat sini. Kalau semua orang kata satu je satu je, sikit je sikit je.. sampai bila saya nak berdiri kat sini.

Perempuan indon itu terus senyap. Macamlah dia saja nak cepat. Aku ni tak?


Situasi seperti ini kerap berlaku. Nak kata minah indon ni tak berpelajaran, orang kita yang ada pelajaran pun selalu juga buat perangai potong que. Bukan potong que semasa berdiri beratur saja, semasa memandu pun.

Seperti tadi. Tiba-tiba sebuah lori TNB menghimpit masuk ke laluan di depan kereta aku. Masa itu aku tengah menunggu giliran untuk masuk ke simpang kiri. Di belakang lori itu tertulis UTAMAKAN KESELAMATAN. Aku tergelak dalam hati sambil berkata.. ek ele...

p/s maap que haidar. Pinjam nama kejap....

25 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

ooit..TNB pun kena ke..?..dah puas kena potong Q dgn bangla dan indon ni masa beratur bayar kat kaunter Warta, nak2 bila mamat bangla tgh pikul brg2 dia atas bahu.. menyengat bau hamis ketiak dia menyerbu hidung..yak..!

kakngah said...

kurang sopan punyer minah endon! takde rasa hormat kat warganegara malaysia.

Ms.Lilies said...

Banyakla dia punya 1!
Suka2 je...ntah2 sorg 1 bwk brg utk sorg punya je tp mls beratur terus sorg2 bwk 1 brg...ehhhh buruk sangka btlkan hahaha

rezeki said...

salam kak pah

sabor jelah , tapi apa yg kak pah buat tu mmg betul, kalau tak 8 purnama lagi tak kira lagi hehehe

tu yang belum time depa gaji beratur kat ATM, sorang bawak sekali 30-40 kad , mana tak hangin kita kat belakang , tu yg saya urut misai melintang ni, terus depa stop kejap hehehe

Kak Nora said...

Tajuk suspense aje. Ingat hajah jumpa Que Haidar ber'que' sama-sama di kaunter.

iina said...

Yo yolah den ingat jmpo que haidar hahaha.. elok gak sound.. klu den pun kabar gak camtu..

bujal X said...

makcik,

que haidar mintak royalti.he..

kak Erna said...

kak pah..yo yo jo..saya ingatkan..jumpo que haidar kek kodai seksyen 4 tu..buek saspen yo ka pah..

kakpah said...

yati, jangan citer pasal bau hamis lah.. memang nak termuntah kalau selisih dengan mat bangla ni. (tapi ada gak yang wangi.)

kakngah, kan?

lilies, suka2 je carik alasan potong trip.

kakpah said...

pak itam, kena sound juga mau tak mau.

kak nora, nak pinjam glemer que haidar

iina, hehe....

bujal, iya ke!! dia cakap dengan ko ke..

erna, sajo nak bagi saspen ni.

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Saya juga pernah terkena macam ni. Selalu orang beli surat khabar atau rokok. Terus jer ke depan seolah-olah kita ni tak ada di situ.

Memang sakit hati.

julietchun said...

mesti budak kaunter tu pucat tkt kena marah :D

NenekPenne said...

memang kena sound jer perangai indon mereka tu...

i agak laaa memang depa dah pakat amik barang sorang satu pegi kaunter... perangai mcm lanun..

teringat satu programme kat tv yang dihost of Henry Golding... RailRoad kot... dia ni nak merasa makan nasi kandar beratur...punyalah ramai orang beratur dan dia pun sampai penat nak tunggu...so datanglah sorang orang mamak atau melayu kat dia dan cakap, u potonglah que tu sekali Henry tu kata, ITS OK, I'M ENGLISH, I LIKE TO QUE...

pergggh ayat..haaa padan muka mamat tu....

tasekM said...

ko tunjuk jari hantu tak kat drebar lori tu kak...? hehehe...

:p




.

Aku said...

Itu dah kira banyak sabar tu..
Kalau aku lah... hmm... aku rembat je minah indon tu...

DrSinga said...

agak-agak..
que haidar tersedak tak??

Kak Mah said...

ahaks..masuk blog kak pah nie mesti nak tergelak baca...sabar je lah kak pah..

KAKTINY said...

rasa2 que haidar penah kena potong que tak?.. ke, dia yg dok potong que?.. kehkehkeh..

pB said...

kah kah kah


ingatkan Q dtg umah , minang anak akak tadiiii

h4ni3 said...

ni mesti budak2 flat sri ayu tuh

kakpah said...

kunang-kunang, kita ni kalau air sebotol je pun.. beratur.

juliet, bukan setakat pucat dah.. menggeletar..

kakpah said...

nenek, orang putih ni kan kita rasa macam kurang adab je. kita rasa la.. tapi kpah pun penah hidup di kalangan diorang ni dan kpah teperanjat yang diorang ni lebih beradab daripada orang kita. betul!..

tm, hikhik.. aku ni sopan santun orangnya..

kakpah said...

nizam... jangan!! nanti ko disonglapnya balik ke lombok. menangis mama..

dr singa, que!! maap la kalau kau tesodak ek..

kakmah, memang kpah ni penyabar orang nya hehe..

kakpah said...

tiny, haa.. nanti akak tanya ngan linda jasmin dulu ..

pb, erkk... eden pulak tesodak ni..

hanie, haah la tu....

Deliah's Deli said...

assalamu'alaikum kak pah...x suker tau, tajuk lain tp citer lain...hehehe :)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...