Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, December 5, 2010

SEKSA SEKETIKA

Aku tujal dengan hujung lidah. Tak bergerak. Aku cungkil dengan hujung jari. Sedikit pun tidak beralih. Melilau mata aku mencari alat tapi satu pun tak ada. Aku tujal tujal lagi dengan lidah. Sudahnya lidah aku yang sengal.

Sengsaralah hidup aku seketika selagi daging yang terselit di celah gigi tidak dapat dikeluarkan.

Dulu aku tak kesah. Tapi suami aku kesah dan lama-lama buat aku kesah sama. Dia, setiap kali lepas makan akan mencari pencungkil gigi dan berus gigi. Memang patut pun kalau sampai umur lebih separuh abad giginya semua masih ori dan tak sebatang pun yang kena tampal. Lainlah dengan aku. Banyak yang dah ranap.

Dia bercerita:
Satu hari abang makan dengan kengkawan. Ada kawan yang sorang tu memang loaded. Selesai makan, abang seluk poket dan keluarkan wallet. Kawan abang yang loaded tu terus bangun dan menggoyangkan tapak tangannya yang berjari lima itu seraya berkata; tak payah...tak payah... biar aku yang bayar.
Abang bukan nak ambil duit pun. Cuma nak ambil penyungkil gigi yang abang simpan dalam wallet.


Bila lidah aku dah sengal kerana asek menujal serpihan daging yang melekat, aku minta simpati suami aku kalau-kalau ada terselit penyungkil gigi di celah-celah walletnya. Dapat satu. Dan aku tengok hujung pencungkil gigi itu dah tumpul, bekas menujal taik gigi. Aku lelapkan mata buat-buat tak nampak akan hujung yang telah pun tumpul itu.

Nikmat bila tidak ada benda lagi yang terselit.

22 comments:

Ummi Humaira said...

salam kak pah...

apa khabar?
ummi skrg dah jarang bersiaran....

he he he seksa woooo kalu daging sangkut kat gigi bila gi makan kenduri ....

Kak Nora said...

Salam hajah,
Ada juga pengcungkil gigi yang hujungnya ada perasa 'mint', terasa cool bila cungkil daging terselit dicelah-celah 'pagar'.

~Kak AZZ~ said...

Kihkihkih....

Tu yg maleh nak makan daging tu kan...

Tie-Ibu wawanisolehah said...

betul kak jah walaupun nampak enteng tapi memang x senang duduk selagi tak dikeluarkan kan!

kak long said...

perghhh...!

logoooo...!

tasekM said...

bekas laki yu... tak pe. ha ha.



.

kak Erna said...

kak pah..memang sekso..tapi se tak ponah guno pengcungkil..se guno oral B satinfloss yang ado mint tu..tak pandai guno pencungkil..guno tali tu..sonang..

Tijah said...

wahhh! tu namo eh sharing is caring. share pencolek lagiii...

Marina Monroe said...

Ingat saya jer simpan spare pengcungkil gigi dalam purse, ruper2 ada juga org lain buat...he he he

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

serupo le kita k.pah...tapi kita pastikan dalam handbag mesti ada berus gigi..kalau singgah toilet siap amik kesempatan berus gigi sekali..nak bersugi tak reti walau sunnah nabi.

ibuintan said...

penting jugak ye pencungkil gigi ni..

kak pah pun kena la standby satu dalam purse

AZANI said...

salam hajjah
saya beli swiss army knife sebab ada tooth pick...senang sikit

Ena said...

tu la time makan tak hengat.. ena pun sokmo tak senang duduk lepas makan daging.. huhu..

Kakzakie said...

Salam Kakpah,

Nasib baik dah habis makan baru rasa terselit. Kalau masa makan mesti tak selesa. Ok gak en hubby tu ada tooth pick.

iina said...

sungguh romantik kak.. cungkil gigi pun kongsi ahaks... ;)

kakpah said...

ummi, salam... kakpah sehat alhamdulillah. ummi juga hendaknya.

kak hajjah nora, berangin je kan kak..

azz, osah botul..

kakpah said...

tie, boleh tak tidur malam tu kalau tak keluar.

kaklong, memang logo..

tasek,tu lah pasal

erna, pakai tali pun kadang2 tekial-kial gak hehe..

kakpah said...

tijah, takdo maso lak nak sterile dulu hehe

marina, tak sangka yu..

yati, kadang-kadang tepi jalan pun boleh berus gigi.. guna air mineral haha

ibuintan, selalu ada je standby.. tapi kes terlupa nak top up la ni

kakpah said...

azani, mak ai... tak terlilih ko mulut kau..

ena, kakpah memang tak suka makan daging. sebab tu la...

kakzakie, penyelamat la tu..

ina, hahaha... kongsi taik gigi lagi haha..

aNIe said...

Kak...dulu anie kalau keluar mesti bawak spare floss... floss abis bawak benang pulak...tapi bila ari tu dah cabut geraham bongsu tu... dah tak payah bawak benang dah...aman...

secangkir madu merah said...

cabut je gigi tu kakpah...jgn kasi muka...

kakpah said...

anie, tenang pikiran bila tak payah cungkil sana sini hiii..

smm, mana boleh yati oi.. apa yang tinggal kat mulut aku hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...