Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, December 18, 2010

Seram


Sedar atau tidak kita sering dibelengu oleh rasa takut. Kadang-kadang rasa takut ini membuat kita sukar untuk bersaing dengan mereka yang sudah maju ke depan.
.
.
.
.
Takut apa orang cakap

Kita selalu merasakan bahawa apa juga tindakan kita akan menjadi percakapan orang lain. Padahal orang lain tak ambil kesah pun.


Takut orang tengok

Kadang-kadang kita malas nak iron baju ataupun bila kita pergi bercuti, baju kita akan berkeronyok bekas lipatan dan kesan bertindih-tindih dalam beg. Kita rasa segan nak pakai sebab takut orang tengok. Padahal orang lain tak kesah pun nak tengok.


Takut apa orang pikir

Kita mahu buat sesuatu tetapi tidak melakukannya kerana takut apa yang orang lain akan pikir kalau kita terus melakukannya. Padahal orang lain punya banyak benda lain untuk dipikirkan.


Takut orang ketawakan

Kita takut orang ketawakan kita bila buat benda pelik-pelik. Padahal memang patut pun orang ketawa.. kahkahkah...


Takut orang tak masuk

Kita takut orang tak masuk blog kita dan baca apa yang kita tulis. Padahal memang orang malas nak masuk pun sebab kita suka tulis benda yang merapu-rapu.


Takut salah cakap

Kita takut tersalah cakap setiap kali kita bercakap. Oleh sebab itu kita berhenti bercakap dan buat-buat bisu. Padahal orang takkan terasa apa-apa kalau mulut kita tak laser.


Takut nasi tak cukup

Ini sering berlaku bila kita buat kenduri. Sebab takut tak cukup, kita masak lagi satu periuk. Padahal nasi yang kita baru masak itu tak berusik langsung pun.


Takut lauk tak cukup

Ini juga sering berlaku masa kenduri atau semasa saudara mara datang makan di rumah kita. Kita tergigil-gigil di dapur dan kejap-kejap menjengah dalam periuk takut-takut lauk tak cukup. Padahal okay je.


Takut orang tak datang

Kita masak bagai nak rak dan bersilat-silat di dapur sehari suntuk. Kemudian terjengah-jengah depan muka pintu takut orang yang kita jemput tak datang. Padahal orang memang nak datang pun dan yang datang terlebih pula dari yang kita bajet. Maka mulalah pula terjengah-jengah ke dalam periuk.


Takut tak cukup duit

Ada orang datang minta derma. Nak bagi seringgit pun tangan terketar-ketar takut nanti kita tak cukup duit sampai ke hujung bulan. Padahal seringgit je......


Takut tak laku

Kita berangan-angan nak jual roti tapi tak jadi sebab takut tak laku. Padahal belum cuba pun. Mana tahu tak laku.


Banyak lagi takut yang belum disebut. Apa kata korang tolong sambung......


p/s
Ramai yang tak takut mati. Kalau tak percaya, tengoklah di lebuhraya tu.


kakpah



24 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Kak pah , saya takut ngan hantu je. Yang lain kurang takut.

Kakcik Seroja said...

Kakcik takut kalau berada di khalayak, badan atau mulut kakcik berbau... tapi kakcik tak sedar/tak tahu... :(

Acik Erna said...

kak pah..takut nak pi sepital..asek nak amek ddarah yo..ha ha..
takut masak tak sodap..orang tak makan..

Kakzakie Purvit said...

kakak takut amalan tidak diterima. rasa riak, takbur tanpa disedari akan menghapus amalan yg dibuat. Na'uzubillah....

Mak Su said...

iya saya takut nak cuba meniaga atau kembangkan talent yang tak sepertinya ini sebab takut tak laku, hu hu hu

kakpah, sedihnyer aiiii...

Ati Masrif said...

salam kak pah,

byk sgt takut kan..
psl tu cepat tumbuh uban
mcm kita ni ha..huhu

Tijah said...

saya takut nak jumpa dokter. tapi kok client sakit kemain paksa org tu suh pi spital. huhuhu

hentian said...

takut pada diri sendiri..

lupekanje said...

kak pah...acik takut nak cakap kat orang cenggini...
"Boleh tak pinjamkan acik duit..."
Nnt kawan lari dan elak2 jumpo acik.

ejaMaria said...

takut mati... rasa banyak lagi dosa yg belum di bersihkan... dan lagi takut anak-anak yg ditinggalkan hidup tak tentu hala klu mati dulu...

Ena said...

mungkin ramai yg tak takut mati.. tapi sy takut sangat2 kakpah... sbb amalan yg tak seberapa.. tu pun tak reti2 nak tambah2.. tau cakap je.. huhu

kak long said...

takut jumpo kakpah....!

level kakpah mo sey bebezo....!


jangan marah yo...huhuhuhu...!

Ms.Lilies said...

Takut nak jamu kakpah...
Kakpah adalah otaaiiiiii

ibuintan said...

takut suami dah tak sayang...hehehe

h4ni3 said...

errrr.. errrr..
saya takut lipas!
syyyhhhh.. hihihi

Hjh Noralenna Abbas said...

Akak pula takut langkah longkang, yang lebar dan dalam. Seriau u....

iina said...

saya takut kalau saya datang lagi umah kak pah..takde mee kari utk saya hehehe.. takut tuh kalau kita tukar jadikan muhasabah diri bagus gak tuh kan ;)

ibundo said...

cik ina, tapi sekarang ni citer hantu melambak2 kan.. kpah takut hantu gak.

kakcik, kalau makan potai mesti tutup mulut rapat-rapat haha..

ibundo said...

erna, bau sepital pun dah boleh buat jantung dagdug..dagdug..
masak penat orang taknak makan.. uhu.. sriau gak

kakzakie, yang itu memang patut kita takut..

ibundo said...

maksu, huwa.. marilah kito samo-samo sodeh ..

ati, takut dan banyak yang pikir yang bukan-bukan.

tijah, haha.. tompek carik makan nak buek camno kan..

im, haah kan..

ibundo said...

acik, bagus cik. satu pokaro yang mosti dielakkan. jangan minjam duit orang. bukan apo..takut tak bobaya kan?

ejamaria, dapat pahala ingatkan mati dan pastu tingkatkan amalan.

ena, rasanya kebanyakan orang takut pada yang ini. kakpah punnnnnn..

ibundo said...

kaklong, la... ekau jangan la cakap camtu kaklong. sodih ai tau..huuuu.. jom kaklong, kito jumpo kek kajang sokali. kakpah bolanjo ekau makan.

lilies, haaa.. jangan lah ekau mudah terpedayo hahaha..

ibuintan, osah boto e ibu oi...

hanie, takut lipas? hahaha.. cucuk lengan orang relek yo hanie oi.. lipas yang ko takut...

kaknora, lenkali kalau langkah longkang tutup mata hiiii...

iina, wakaka.. kalau ekau datang mongojut, tontulah takut ekau tu monjadi konyataan..

KTS said...

takut gemuk

.
.

tapi makan tak pernahnya kurang..
hahaha

ibundo said...

kts, takut gomok.. haha ekau kurus dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...