Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, December 19, 2010

Penunggu


Sudah bersiap-siap dengan tshirt muslimah, seluar trek coklat dan tengah menyarungkan stokin bila hasben naik ke atas dan memberitahu,

Drizling outside.

Habis? Aku terhenti menyarungkan stokin.

Kita ronda-ronda je lah dalam kereta.

Begitulah bermulanya pagi setelah solat subuh, mengambil breakfast ringan sekadar mengalas perut dan meround sekejap di alam maya. Jam baru menunjukkan angka tujuh pagi. Kami berdua (ya.. bila anak-anak sudah besar, kami kembali berdua seolah pengantin baru yang berbulan madu) menaiki kereta tanpa hala tuju. Tujuan untuk berjoging di taman tasik terbantut.

Akhirnya aku berhenti sebentar membeli tulang lembu di pasar tani. Asalnya memang aku mahu membeli tulang tetapi bila tulang hanya semata-mata tulang, aku membeli sedikit daging. Bila ternampak sayur-sayur kampung, beli pula pucuk paku, pegaga dan daun kunyit. Begitulah perempuan. Dan perempuan itu aku. Kalau ke kedai, asalnya mahu membeli satu penyudahnya jadi sepuluh.

Pengakhir perjalanan kami pagi tadi ialah di kedai kampucea. Kelihatan yati anak beranak sudah ada di sana menjamu selera.

Aik!! bukan ke semalam kau baru ke sini yati.

Nak rasa nasi sup pulak. Kakpah kata sedap.

Aku dan hasben seperti biasa makan bankuong i.e sedikit mihun, udang dan carrot digulung dengan rice paper dan dicicah dengan sosnya. Kami selalu minta sup tambahan. Satu sarapan sihat kalau dibandingkan dengan nasi lemak dan roti canai.


Rancangan aku hari ini? Sebenarnya aku teramat boring dan terasa amat tertekan dengan kerja. Cuti sekolah berlalu tanpa ke mana-mana. Hari-hari dari pagi sampai ke lewat tengahari aku di tadika. Aku selalu bayangkan aku sedang main baling-baling snow dengan ina di glasgow. Jadi, untuk membunuh rasa boring ini aku ingin jalan-jalan jamu mata aku di alamanda. Tapi..


Semalam pasir dan batu sudah sampai di tadika.

Cikgu!! besok (hari ini) orang saya datang buat tapak.

Betul ke datang?

Betul!!


Rancangan aku mahu ke alamanda terbantut juga. Orang dah janji nak datang. Kita kena tunggu. Kalau tak tunggu dan nanti dia datang kita tak ada, dia tak tahu mana nak letak mainan tu. Aku tunggu. Dari pagi selepas balik meronda dengan hasben aku tunggu. Sampai sup tulang aku masak, aku tunggu. Sampai aku terlelap-lelap depan tv, aku tunggu. Sampai asar aku tunggu. Sampai maghrib dah masuk batang hidung tak nampak jugak.

Menyesal aku tunggu. Kalau aku ke alamanda mungkin dapat aku rembat kasut sepasang.


kakpah


39 comments:

Acik Erna said...

kak pah nasib baik kak pah tunggu..jadi..solamat..kasut dari di rembat..he he..

Nizam.Ariff said...

Ntah-ntah dia letak kat rumah orang lain...?
Kak, aku pun boring gak hari ni. hajat nak berjoging pagi2 tapi hujan lak.

kak long said...

nak ikut poie alamanda haaaa..!

KTS said...

byk untungnya kakpah tak gi alamanda.
klu kakpah jd gi alamanda, bukan setakat dpt rembat kasut, kompem benda lain pun kakpah rembat, kan kan kan.

camno den tau??

den kan org pompuan gak

hihihi

kasihibu said...

yang paling tak best adalah tertunggu tungu kan?
kak , sya suka tengok muka anak anak kecil atas tu chomell..

iina said...

Hehehehe... iye kak ado plan nak main sledge ini hari.. semalam snow turun lagik.. jln rayo putih laei nie.. buat maso nie belum lagik baling snow kek org.. bolehlah kalau kak pah nak jadik org 1st kena baling..

Kak lain kali minta no tepon org yg nak antar brg.. pesan kek dio.. kalau lagik sejam nak datang tepon bgtau sebab aku ada hal.. lagik senang camtu kak.. dr duk tggu pastu xde.. tensen jek hehehe..

ibuintan said...

kesian ea lak...


kak pah jadi penunggu yang setia lah hari ni ye

semalam dia lupa hari ni Ahad tu, Ahad dia cuti

ibundo said...

erna, tu lah.. boring la pulak.

nizam, ekau pandai je kan nak menakut-nakut aku.

ibundo said...

kaklong, jom lah..

kts, pandai lak ekau kan? macam tau-tau jer yang kakpah akan rembat kasut sepasang, baju selai, perabih duit kat kenny rogers.. bla bla.. kts, kalau kau ikut konfem kakpah belanja kau donat.

ibundo said...

sayangibu, menunggu ni sakit. memang tak suka menunggu.

iina, jom main baling2.. ekau imagin jo la akak ado kek dopan ekau. haha..

ibuintan, tu la pasal. agaknya dia lupa la tu yang harini hari ahad. mana ada orang nak keje hari ahad kan?

Ms.Lilies said...

kok buat cupcakes utk saya pun siap dah kak sepnjg nunggu tu


;)

lupekanje said...

kok tk dpt main baling2 saleji ngan iina glasgow...kita main je baling2 bola boling kat Alamanda kak...wat say u...??gi pun udah lamo kito tk jumpo kan kak..heheh
Kak, akak joging kat taman tasik ari ape? acik nnt nk terai joging track kat situ la pulak.

kak wan said...

Salam kakpah..,
Apa kata kali orang tu dtg hari ni kakpah baling dia ngan batu...opps..ngan kata - katalah.
Indon ke..melayu?;-p melayu mudah lupa.....

Cik Ina Do Do Cheng said...

Ini satu kepantangan akak, orang tak menepati janji. Kasihan kak Pah, anggaplah dalam dunia ni, macam-macam ragam manusia ada.

Cik Azz said...

Solamat duit tu dr molayang kek alamanda tu... hehe...

Akak simpan tulang buek sop tu kak... Nanti kok dio datang, kolongkung an tulang tu kek palo eh.... hahaha.... just kidding...

Ena said...

hohoho..

sian kakpah..
tapi memg tension jd kan kalo menunggu tak tak juga muncul2.. abis segala planning.. ish!

ibundo said...

lilies, ekau tak oder camano nak buek haha..

acik, buleh gak kan cik? main boling ni tak buek tangan bosa sobolah ko cik hiii..
cik, cuti sekolah ni joging tak kiro hari tapi ujung minggu tu selalu e konfem la. meh la.. lopeh tu kito pekono bankuong ..

ibundo said...

kakwan, salam... wahaha.. nanti masuk muka kakpah lam suratkabar..haha..
melayu, wan. selalu macam tu lah.

cik ina, sama-sama jadi kepantangan kita ..

ibundo said...

azz,memang selamat... tulang tu pun dah habih kono campak dah kihkih..

ena, tu lah pasal.

Kakzakie Purvit said...

Salam kakpah,

Sebuah penantian yg membosankan akhirnya kecewa. Sebab hari minggu lah dia tak datang agaknya. Tapi sup tulang tu dah siap ok jugalah tu....

ibundo said...

kakzakie, kalau sup tulang tak siap, orang tu kakpah buat sup hahaha..

Ati Masrif said...

seronok ye bila anak2 dah besar
dapat jadi mcm time honeymoon dulu2

ati lani..celik mata je
berperang dgn anak2..huhu

sal said...

assalmualaikum..berziarah di sini membaca entry..sedapnya sup tulang..

julietchun said...

kesian kasut dialamanda dok tunggu kakpah :P

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Penantian memang satu peyeksaan...

Tak tahulah kenapa ramai benar orang kita ni tak boleh nak pegang janji, dah kalau tahu tak boleh datang tu bagi le tahu awal-awal, bukannya zaman dulu...hantar je SMS kalau takut nak tepon. Kak Yan memang tak suka tunggu menunggu ni.

Pssttt...tapi adajugak baiknya...selamat duit tak jadi nak merembat sepasang kasut...kalau tidak, Kak Yan percaya, bukan hanya sepasang kasut...tah-tah siap borong beg tangan bebagai....:-)

h4ni3 said...

kedai kampucea tu kat mana kakpah?

Hjh Noralenna Abbas said...

Buang masa hajah aje. Bangkuong (sounds like 'bengkung')macam spring roll ye?

kakngah said...

kakpah.. apsal tak jogging setompek sambil menunggu??

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

as salam kakpah... kina dtg singgah!

kenapa kakpah x call org tue? kalau call mesti kakpah tahu orgnye jadi dtg ke tak.

P/s: kina jenis x suka tgu org terlalu lama.PENAT...MENCIIIII... hehehehe

ibundo said...

atie, untuk jadi berdua-duaan semula, kena tempuh perang dengan anak-anak dulu.. hehe.. sok sok.. ati rasa cam ni gak la.. anak2 dah taknak ikut lagi dah kemana kita pegi.

ibundo said...

sal, makan sup saja.. tulang jangan..hiii..

juliet, betul.. betul.. aku pun kesian.

yan, memang tak suka menanti sebab tu kalau bejanji dengan orang, kena tepati. kalau kita tak suka, orang pun mesti tak suka kan?
hahaha.. sebenarnya kpah ni susah nak beli kasut. pilih tu pilih ni..masuk kedai keluar kedai.. belinya tak sebab tak pekenan.

ibundo said...

hanie, nama dia MnZ nasi ulam. Dulu nama lain. tapi kedai tu ada jual menu masakan kampuchea. Letaknya tepi stadium seksyen 15, masuk kat petronas dan sebelah kedai mamak yang popular kat sksyn 15 tu. carilah....

ibundo said...

kak hajjah nora, haah.. lebih kurang tapi balut dengan rice paper. rice paper ni pulak susah nak cari. kebanyakan supermarket takde jual.

kakngah, sobab tidur setompek lobeh berpaedah haha..

kina, dah fon tapi tak berangkat la pulak. kpah ni pesen tak suka fon selalu...

Anonymous said...

Salam Kak Pah,

Bab jalan berdua2an, breakfast di pagi bersama-sama tu, macam lebih kurang pulak keadaan kita. Hii

Zaitun said...

Musim beramai2 dah berlalu...seronok masa berdua2an.

ibundo said...

kunang-kunang, haha.. memang dah selalu bedua-dua je dah ni. Dah sama peringkat kita ni kot..

zaitun, nampaknya gitu lah zai. sihat?

iina said...

Kak Pah.. den ado tulis namo akak kek blog den.. silo datang ambik file.. kalau tak krg den email yo..

ibundo said...

coming....coming... aduyaai.. banyak kojo ni.

Pn Razlina said...

kalo pompuan memang camtu la kak pah.pegi mane pon same je.
konon nak pi kedai beli garam. sampai kedai. habis 1 plastik penuh di borong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...