Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, December 3, 2010

TUAH

Aku makan 4life Transfer Factor untuk diri sendiri. Aku tidak kempen dengan orang lain untuk mengambilnya sama sebab aku malas. Walaupun upline aku asek mengempen supaya aku kumpulkan orang untuk diceramahkan. Aku malas. Biarlah dia dapat ribu-ribu setiap bulan. Dia rajin ke hulu ke hilir. Aku malas.

Tapi setelah empat lima bulan aku mengambilnya, aku rasa perubahan. Tenaga aku berlebih. Kalau dulu bila berjoging di stadium dua tiga round aku dah penat tapi sekarang aku boleh berjoging 40 minit tanpa henti. Aku boleh round taman tasik. Alhamdulillah. Pergelangan kaki aku yang sakit juga hilang sakitnya. Alhamdulillah.

Tranfer Factor bukan ubat tapi bertindak mendidik sistem imun dalam badan. Sesiapa yang mahu tahu apa dia TF ini, tanyalah pakcik gugel.

Aku bukan mahu berkempen dan mencari downline. Aku cuma nak bercerita bahawa aku mendapat panggilan daripada ofis 4life di Seremban 2 mengatakan aku memenangi cabutan bertuah. Bertuahkah aku? Aku rasa memang aku bertuah kerana daripada beratus (mungkin beribu?) orang yang membuat pembelian di Seremban semasa bulan deepavali haritu, aku di antara 6 orang yang bertuah.


Hamper mengandungi beberapa barangan 4Life dan beberapa jenis coklat dan biskut. Anak-anak cuma berminat dengan coklat. Berat tau hamper ni!!!!


p/s
upline aku cakap ada beberapa orang yang susah untuk mendapatkan perut yang di dalamnya ada benda bergerak-gerak, tapi apabila mencuba TF tiga empat botol... mengandung. Semua kuasa Allah kan. Jah, ekau taknak cubo ko..

19 comments:

kak long said...

tak lamo laie lam porughot kakpah lak ado bondo begorak2....jejago...heheheh

kakpah said...

kaklong, kompem tak. dah pencen...

ejaMaria said...

oh... rahsia cergas kak pah telah di bongkar... mmm bole la saya google nnt ;p
eh... tp saya tak nak benda gerak2 dlm perut buat masa ni... klu lg 2-3 tahun ok la... ;p

Tijah said...

ado moneyback gerenti tak tu kak? hikhikhik

faraulah said...

hehehe..Kak Pah ngan Prof. Update Blog..lebih kurang jer masa..sehati sejiwa..(sajer nak ngacau) ;)

ibuintan said...

salam Kak Pah,

produk apa tu... makanan kesihatan ke?

kak Erna said...

kak pah..memang kak pah bertuah..patut ari tu kak pah..kato ado bondo bergorak lam poghut..rupo e..maakan tu yo..
he he ampun kak pah...

Kak Nora said...

Hajah,
TF dengan kuasa Allh SWT mujarab.Saya pun malas macam hajah nak cari downline baik mana-mana MLM pun. Produk baik, mahal harganya. Tahniah dah rezki hajah!

kak Erna said...

kak pah..kek seremban tu..opis e kek mano kak pah nak pi gak la..nak cubo..

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

k.pah, bebaik teringin nak cuba..jadi terbantut lak bila baca part ada benda bergerak2 dlm porut bila mkn berbotol-botol..al maklum usia dah lepas had berbaby..

apsal tak bawak besekut sama cekelat kat sekolah tadi..tahniah le menang dpt hamper, len kali dpt kreta kebal lak..ek.

Wansteddy Tales said...

stetmen "aku malas" berulang2 kali ditekankan disini ye. nmpk sngt confirm xnk join kempen2 hehe... gelak2 wan baca entry k.pah kali ni ><

aNIe said...

Kak Pah memang bertuah... ada orang jugal ribu2 pun tak dapat...hehehe

Macam menarik kan...anie suka makan makanan kesihatan...

Sebab bila usia dah meningkat ni kita kena ambil makanan kesihatan sampingan untuk kekal cergas....

kakpah said...

maria, haha terbongkar sudah...

tijah, moneytaken gerenti adolah..jah, kalau siap bondoalah tu senin tu kau dtg amek pagi yo.. nak ajak kau poi makan bankuong hehe..

kakpah said...

faraulah, ko memang pandai menyakat kan.

ibu intan, prodak 4Life. Doktor2 ramai yang join. malah dorang prescribe tuk patient. Beli dari doktor mahal. Beli sendiri(ehmm..dari kakpah)baru 169 satu botol 60 bijik hiiii...

kakpah said...

erna, haha.. kpah dah takdo lai dah..

kak nora, h'a.. kak nora pun ambil suplemen ni kan.. okay kan... Saya maintain makan je..

erna, botul ko kau nak cubo ni. Bagi nombor telipun... akak kontek kau(hahaha.. ni potential downline ni..haha)

Ku Tak Sempurna said...

huiiihhh... klu la tetibo skrg ni den dpt perut yg di dlmnya ada benda bergerak2, kompem esok kuar sokkabar : seorang gadis dikerat 19 oleh bapanya

.
.

tak jadi den nak cubo

hihihi :P

kakpah said...

yati, hehe.. nak yang bergerak2 tu ada kombinasi suplemennya. kalau makan yang aku makan ni takde mananya nak bergerak.
biskkut dan coklat tu dah boliau..

wan, makan utk diri sendiri je. Tapi bila kita rasa okay dan cerita pada orang, terpulanglah kalau dorang nak cuba kan..

anie, kalau benda baik takde salahnya kita cerita dengan orang ek..

kakpah said...

kts, hancur terus adala.... tak kenal langsung hahaha..

Tijah said...

yolah. nanti akak update sey yo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...